in , ,

AVENGERS: ENDGAME Akan Kembali Ke Pawagam Minggu Depan Dengan Tambahan ‘End Credit’?

Di tengah peluang yang semakin menipis ini, siapa sangka Marvel Studios membuat langkah bijak untuk menaklukkan Avatar, dengan cara mengulang-tayang filem Endgame pada 28 Jun 2019. Menurut Kevin Feige, versi terbaru Endgame ini dijangka berada dipawagam pada 28 Jun.

Di tengah peluang AVENGERS: ENDGAME mahu bersaing dengan filem AVATAR untuk rekod filem paling laris, Marvel Studios melakukan langkah bijak dengan cara mengulang tayang filemnya dengan menambah beberapa babak tambahan semasa end credit.

Buat mereka yang sudah menonton filem Avengers: Endgame, pasti anda mengetahui bahawa filem berkenaan tidak mempunyai end credit dan ia berakhir hanya di situ, kan?

Namun menurut laman Screen Rant, filem Avengers: Endgame dilaporkan akan kembali ke pawagam Amerika Syarikat dengan versi baru; YA kali ini dengan end credit!

AVENGERS: ENDGAME

Perkara ini disahkan sendiri oleh Kevin Feige dan ia mungkin salah satu strategi Marvel bagi menambah kutipan filem bagi mengatasi filem Avatar yang masih memegang rekod kutipan paling banyak sepanjang masa.

Menurut Kevin Feige, versi terbaru Endgame ini dijangka berada dipawagam pada 28 Jun. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan ditayangkan seluruh dunia, atau hanya di Amerika Syarikat sahaja.

Perkara ini juga dikongsikan bersama oleh TGV Cinermas dan ia mungkin memberi gambaran Endgame versi terbaru ini akan turut ditayangkan di pawagam Malaysia.

Dapatkah filem Avengers: Endgame mampu merebut takhta gelar Avatar sebagai filem paling laris sepanjang masa? Ya, pertanyaan ini terus menjadi tanda tanya sejak Endgame telah mendapat sambutan dan menggempur box office dalam dua bulan terakhir.

Namun jika melihat kepada pencapaian pendapatan Endgame yang kian tipis dan lesu, sebahagian pihak pun agak ragu-ragu bahawa filem puncak Marvel Cinematic Universe Phase 3 ini boleh memecah rekod yang dibuat oleh Avatar.

Di tengah peluang yang semakin menipis ini, siapa sangka Marvel Studios membuat langkah bijak untuk menaklukkan Avatar, dengan cara mengulang-tayang filem Endgame pada 28 Jun 2019. 

Ulang tayang Endgame ini disahkan sendiri oleh Kevin Feige, orang kuat MCU, semasa beliau diwawancara di Comicbook.com. Untuk membuat ulang tayang ini semakin menarik bagi audiens, Feige pun memastikan kehadiran adegan baru yang sebelumnya tak ada di tayangan pertama.

Feige juga menambahkan, adegan baru ini akan muncul di akhir filem, dan itu meliputi babak-babak yang dipotong (deleted scenes), tribut kecil-kecilan dan kejutan.

Selebihnya, Feige belum menjelaskan lebih detail soal konten adegan baru yang hendak ditampilkan. Ia hanya menyatakan, Endgame dengan tambahan adegan baru ini bukanlah versi “Extended Cut”. 

“Kami sedang melakukan kesilapan untuk mengulang-tayang di pawagam seluruh dunia. Saya tak tahu apakah ini sudah diumumkan. Dan saya juga tak tahu seberapa banyak (adegan barunya). (Yang jelas) kami akan melakukannya minggu depan,”

Kevin Feige

Untuk info pembaca, sejak 20 Jun lalu, jumlah pendapatan kutipan filem Endgame mencapai $2,743 juta, atau hanya berbeza lebih kurang $45 juta saja dari kutipan filem sci-fi 2009 James Cameron ($2,788 juta). Kini yang menjadi pertanyaan, akankah ulang tayang ini akan membuatkan Endgame mengalahkan kutipan Avatar

Dikatakan filem Avengers: Endgame akan tayang ulang di pawagam pada 28 Jun, seminggu sebelum Spider-Man: Far from Home dirilis. Di luar Amerika, belum ada informasi lebih lanjut tentang tarikh ulang tayang filem Endgame di pawagam.

Namun, Budiey ada menerima jemputan dari satu agensi untuk menonton filem ini minggu depan bersama dengan kehadiran bekas Perdana Menteri dan isterinya di sebuah pawagam di ibu kota di satu acara iaitu Marvel Studios: Ten Years of Heroes Exhibition lands in Malaysia. Segala perkembangan akan dilaporkan dalam masa terdekat ini gais!

Marvel Exhibition_KeyArt

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Prekuel KINGSMAN Umum Judul & Sinopsis

Marvel Studios: Ten Years Of Heroes Exhibition Lands In Malaysia