in ,

Autotune Band & The Truth Persoalkan Bukti Cinta Sebenar

Pernah viral menerusi cover Panama versi dakwah di YouTube Malaysia, Autotune Band tampil berani mempersoalkan bukti cinta sebenar umat Islam dalam sebuah karya baru bertajuk Bukti.

Bukti membawakan mesej berkenaan kecintaan kita kepada llahi. Hari ini ramai yang mengaku dirinya bertuhan, namun menjadi persoalan apabila berlaku pertembungan antara kenginan duniawi dan cinta terhadapNya. Adakah ianya hanya sekadar bait-bait yang keluar dari mulut atau terbukti seiring dengan perbuatan kita.

Menurut Hafiz Autotune Band, single Bukti menggunakan pendekatan yang lebih berterus-terang dalam menyampaikan persoalan pokok lagu terbaru mereka. Walau bagaimanapun elemen bahasa melayu yang puitis masih lagi diterapkan.

“Kami cuba untuk mengelakkan penggunaan lirik yang ada double meaning. Dalam persoalan tauhid, ia perlu disampaikan dengan bahasa yang jelas agar tiada salah faham yang timbul di kalangan pendengar.

“Insya Allah anak muda hari ini akan lebih mudah faham mesej di dalam lirik lagu yang tidak terlalu kompleks laras bahasanya.

Irwan The Truth

Ingin mengelakkan sebarang kekeliruan, Naufal The Truth berkata Bukti bukan sebuah karya yang bersifat judgemental. Menurut beliau, persoalan “memilih antara wahyu dan nafsu” adalah isu dan situasi yang sering dihadapi setiap hari oleh semua orang tidak terkecuali para ilmuwan agama sekalipun.

“Bukan niat kami untuk mempersoalkan kejujuran dan keikhlasan cinta seseorang terhadap Yang Maha Esa. Apa yang ingin kami lontarkan di dalam lirik Bukti adalah sebuah kenyataan yang diharapkan akan menjentik hati pendengar untuk menilai diri sendiri sejauh mana mereka jujur dalam mencintai Allah swt dan Rasul saw.

“Adakah cinta ini hanya sekadar lafaz di bibir? Kalau benar cinta, apa buktinya?

Naufal The Truth

Mengetengahkan irama Hip Hop/Trap di dalam nasyid, BUKTI memperdengarkan sentuhan sulung pelukis komik dakwah terkenal, Abeben (Lukisan Tarbiah) bersama ustaz Adnin Roslan dan juga Rahman Dashuki.

Terdahulu, Autotune Band pernah berkerjasama dengan pendakwah muda, Iddin Ramli menerusi lagu Jauh. Kini mereka berkolaborasi bersama duo yang kian meningkat naik di dalam industri nasyid, The Truth yang dianggotai Naufal Isa dan Irwan Fariz.

Menerusi gandingan itu, mereka berharap mesej yang ingin disampaikan akan diterima dengan baik oleh semua rakyat Malaysia.

Klip video rasmi BUKTI nyanyian gandingan Autotune Band dan duo The Truth itu kini sedia ditonton di saluran rasmi YouTube Tarbiah Sentap serta semua platform digital termasuk Joox, Apple Music dan Spotify.

INFO BUKTI

Tajuk: Bukti
Genre: Hip Hop/Trap
Penyanyi: Autotune Band & The Truth
Lirik: Ustaz Adnin, Rahman Dashuki & Abeben
Lagu: Ustaz Adnin , Rauf Dashuki (SampaiJadi) & Rahim Dashuki (SampaiJadi) Mixing Mastering: Amin Nordin
Video & Design Concept: Aidil Azhar & Azeem Razali

Aiman ATB

LIRIK BUKTI

CHORUS
Sungguh menipu andai cintamu padaNya Hanyalah palsu andai ia mainan kata
Apa yang ada dihati ia kosong tak berharga andai kau tak beri segala
Sekadar kata siapapun boleh kata
Ungkapan cinta siapa-siapapun boleh ungkap Apa yang ada dijiwa ia kosong tak berharga Kau perlu korban segala-gala sebagai bukti

VERSE 1
Kutulis tinta tersingkap makna
kalimat nyata yang bertakhta
Dibalik noktah mempersona
Bingung merata
Penghambaan untuk memilih antara nafsu dan wahyu *(Kebingungan yang merata
Perjalanan untuk kau mencari
Kebenaran untuk kau singkapi
penghambaan untuk memilih
antara kering nafsu atau suci wahyu)

Suara hati hipokrasi mati
harus henti, ilustrasi mimpi sepi Kembalikan nyata, Realiti pusaka, kitalah hamba, kitalah hamba

Buktikan padaNya

Apa bukti syahadah yang kau beri
Dalam dua kalimah lafaz saksi
Saat lumpur dunia dilumur dinding hati
Harum semerbak dosa tak mampu kau hindari

VERSE 2
Terpukau, tertawan, bisikan syaitan
Tak mampu kau lawan kau jadikan kawan Pabila dua mata terpaku bak dijampi
Di satu mata dajal dalam kotak empat segi
Jika benar kau cinta, janji harus kau kota
Harus engkau buktikan walau korbankan segala

Melayari sesawang jari kejang tabur fitnah Sembunyi balik jubah berjoget disebalik purdah Ingat balik tujuan, semak balik firman Tuhan Episod nombor dua kalam dua puluh Sembilan

Usah dusta kata kau ada bukti Pabila minta kau dulu angkat kaki Cabut lari cinta dunia takut mati Takut pada manusia lebih pada ilahi

Hafiz ATB

What do you think?

67 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lepas Sharnaaz, Giliran ‘Pakcik Baru’ Pula Kena Nyanyi Lagu Kesukaan Jebat Jayden

WAVE Awards 2021 Dalam Norma Baharu Lanjut Tarikh Penyertaan Hingga 15 Jun 2021