in ,

Aubrey Suwito & Friends with the MPO – A Celebration of 30 Years in Music

Sebuah sejarah bakal terlakar dalam industri seni tanahair apabila Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) meraikan muzik oleh komposer/penerbit/penggubah/pemain piano Aubrey Suwito dalam konsert bertemakan Aubrey Suwito & Friends with the MPO – A Celebration of 30 Years in Music, yang bakal berlangsung pada hari Jumaat, 19 Mei 2017 dan Sabtu, 20 Mei 2017 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP).

Konsert ini akan terus menyaksikan keunggulan MPO yang melangkaui pelbagai genre muzik; dari muzik klasikal barat ke runut bunyi filem, pop, jazz dan kontemporari. Ditubuhkan pada tahun 1998, MPO terus menyajikan persembahan bertaraf antarabangsa kepada pelbagai lapisan penonton menerusi 100 konsert setiap musim di DFP. MPO juga telah melebarkan sayap ke negara-negara luar seperti Singapura, Taiwan, Korea, China, Jepun, Vietnam dan Australia.

Aubrey Suwito &Amp; Friends With The Mpo

Aubrey Suwito & Friends with the MPO – A Celebration of 30 Years in Music

Dilahirkan di Melaka, Aubrey Suwito merupakan nama yang cukup terkenal sebagai salah seorang komposer dan penerbit paling berjaya di Malaysia, dengan menghasilkan lagu-lagu popular untuk superstar Malaysia dan telah memenangi sebanyak 19 penghargaan di Anugerah Industri Muzik (AIM).

Konsert ini bakal menjadi antara peristiwa terpenting dalam lipatan karier seni beliau, sekaligus menjejaki senarai artis tempatan yang pernah berkolaborasi dengan MPO seperti Tan Sri SM Salim, Dato’ Sheila Majid, Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ M Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Zainal Abidin dan Datuk Ramli Ibrahim.

Aubrey memulakan kariernya dengan mencipta lagu untuk iklan TV dan radio sebelum bekerjasama dengan penyanyi legenda Sudirman Haji Arshad. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Berklee College of Music di Boston.

Karier beliau memuncak tatkala menerbitkan album sulung Casey berjudul Seribu Impian pada tahun 1994. Beliau kemudian berkolaborasi dengan artis-artis ternama Hong Kong dan Taiwan seperti Jacky Cheung dan Sandy Lam, menjadi pengarah muzik untuk konsert, program realiti TV dan album, dan memenangi anugerah, antaranya di Anugerah Juara Lagu untuk lagu nyanyian Jaclyn Victor, Gemilang, pada tahun 2006.

Aubrey telah menerbitkan 5 album solo dan merupakan salah seorang pemuzik untuk konsert jelajah Asia bagi David Foster di mana beliau pernah mengiringi persembahan artis-artis antarabangsa seperti Richard Marx, Babyface, Chaka Khan dan mendiang Natalie Cole.

Konsert kali ini bakal menyaksikan MPO mempersembahkan lagu-lagu ciptaan Aubrey seperti Sedingin Mana Cintamu, Layarlah Kembali, Malacca Sun, Counting Days, Gemuruh dan Menatap Dalam Mimpi. Konsert ini juga akan menyerlahkan bakat gubahan beliau untuk lagu-lagu klasik seperti Hujan, Bohemian Rhapsody dan Tanah Pusaka, kesemuanya digubah dalam bentuk simfoni.

Aubrey sendiri akan bermain piano bersama dengan pemuzik-pemuzik MPO seramai 90 orang. Konsert ini akan menampilkan penyanyi-penyanyi Dayang Nurfaizah, Sean Ghazi, Faizal Tahir dan Jaclyn Victor, dan akan dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose, seorang lagi graduan Berklee College of Music.

Beliau pernah membuat persembahan di pesta muzik kebudayaan di Indonesia, Singapura, Perancis dan Amerika Syarikat. Di pentas DFP, beliau pernah memimpin konsert-konsert seperti Keroncong Merdeka (2012), MPO Rocks (2013) dan MPO & Zainal Abidin (2016).

DFP boleh memuatkan seramai 920 penonton dalam satu masa dan mempunyai rekabentuk dan akustik yang mengkagumkan. Saksikan kolaborasi dinamik MPO bersama bakat-bakat seni tanahair, hanya di DFP!

Aubrey2

‘Aubrey Suwito & Friends with the MPO –A Celebration of 30 Years in Music’

Maklumat Persembahan

Tarikh
Jumaat, 19 Mei 2017 dan Sabtu, 20 Mei 2017 jam 8.30 malam

Tempat
Dewan Filharmonik PETRONAS
Menara Berkembar PETRONAS

Orkestra / Konduktor / Solois / Vokal
Orkestra Filharmonik Malaysia / Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)
Ahmad Muriz Che Rose konduktor
Aubrey Suwito piano
Dayang Nurfaizah vokal
Sean Ghazi vokal
Faizal Tahir vokal
Jaclyn Victor vokal

Harga Tiket
Premium: RM380, A Reserve: RM270 & B Reserve: RM210

Waktu Operasi Box Office
Selasa hingga Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada hari persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan

(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali pada hari konsert yang dijadualkan)

Tempahan Telefon: 03-23317007

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web MPO: www.mpo.com.my

Facebook: fb.mpo.com.my

Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra

Hft_9507

Jaclyn Victor 5_Resize

Dayang 0069 2Ed_Resize

Dsc04216_Edit

Faizal Tahir 13631_Resize

Sean Ghazi #2 Photo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Lancar NJOI Now Untuk Perkhidmatan Penstriman Video Percuma

Konsert Pitbull Climate Change Tour Live in Malaysia Dibatalkan