in ,

Atilia Jadi Penerbit Album INDAH

Setelah lama menyepi dari sebarang album terbaru, Raja Putri Atilia Raja Haron atau lebih dikenali sebagai Atilia mucul dengan album terbaru INDAH. Pelancaran berlangsung di Celebrities Hall of Music, Jalan Solaris Mont Kiara.

Album ‘Indah’ yang merupakan terbitan Mujik Productions, memuatkan 10 buah lagu, iaitu enam lagu Melayu dan empat lagu Inggeris. Konsep album ini tidak jauh berbeza daripada album ‘Sangkar’ iaitu ‘neo jazz’.

Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album ini ialah “Indah”, “Harus Bagaimana”, “Terindah Pilihanku”, “Gelombang”, “SelainNya”, “Old Love”, “Leka”, “Change”, “Angel” dan “Silly Little Thing”.

Buat pertama kali Atilia dapat bergabung bersama Noh HUJAN melalui sebuah lagu Inggeris Old Love, walaupun pertama kali bergabung, ternyata lagu duet ciptaan Mike Bloemendal mampu mewujudkan keserasian. Malah impiannya untuk berduet bersama kumpulan Indonesia yang diminati juga tercapai melalui lagu Harus Bagaimana bersama dan Maliq and D’Essentials serta kumpulan Sore dengan lagu Silly Little Thing.

Atilia

Menurut Atilia album ini sangat bermakna buatnya, kerana ini adalah kali pertama dia menerbit albumnya sendiri bersama Tok Khon dan Adam Sofian. Selain itu, dapat berduet bersama 3 nama besar yang amat beliau minati, ia juga adalah juga hadiah buat para peminat yang telah lama menantikan album penuhnya. ““Album kedua saya ini lebih friendly kerana bekerja dengan ramai komposer seperti Paul Morisson, T.K (Tok Khoon) dan Mohariz Yaakup dan lagu-lagu yang ditulis oleh saya sendiri adalah Selainnya dan Indah.

Tambahnya lagi “Kolaborasi dengan band Maliq n D’Essentials menerusi lagu Harus Bagaimana dan band Sore (Silly Little Thing) merupakan suatu perkara yang saya idamkan. Tambahan lagi, saya telah melancarkan single pertama Silly Little Thing pada 1 April di Jakarta” dan album “Sombreros Kiddos” yang memuatkan lagu Silly Little Thing telah habis dijual selepas beberapa hari sahaja di Indonesia. Lagu itu juga banyak dimainkan di XFresh walaupun belum dilancarkan di Malaysia. Album ini juga turut menyelitkan lagu Angel (OST Talentime), Leka (OST PRamlee The Musical) dan Gelombang nyanyian asal ibunya Salamiah Hassan.

Atilia bertindak sebagai penerbit eksekutif disamping Tok Khon dan Adam Sofian sebagai penerbit bersama. Album ini adalah terbitan Mujik Productions manakala Alibi Music terlibat sebagai pengedar dan promosi secara fizikal dan digital.

Atilia Mahu Kahwin

Bagi Atilia, dia ingin menjadi penyanyi yang lebih dikenali dan tidak mahu digelar artis yang sangat ekslusif atau terhad kepada irama jazz semata-mata. Malah, Atilia turut berharap muzik yang dibawanya itu diterima oleh peminat.

“Saya tak boleh nak ‘syok’ sendiri. Saya kena tahu apa yang pendengar mahu. Macam mana nak bagi orang suka kita kalau orang tak boleh terima lagu kita,” katanya yang turut berkongsi mengenai laman web www.atilia.us yang kini mencecah 3.6 juta pengunjung.

Umum mengetahui Atilia kini sedang bercinta dengan pemilik sebuah syarikat produksi yang berusia 33 tahun dan bercadang untuk berkahwin pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Namun, apabila diajukan soalan mengenai cinta hatinya, Atilia lebih selesa untuk tidak memberi sebarang komen.

“Kalau ada apa-apa, saya nak kahwin ke atau apa-apa, saya akan beritahu. Saya harap dapat berkahwin dalam masa terdekat ini untuk mendapatkan anak. Lagipun umur saya dah 36 tahun,” ujarnya yang akan bertolak ke Jakarta pada bulan depan untuk melancarkan albumnya di sana.

Luahan Rasa Atilia

1) Indah – “Seindah indah melodi INDAH ditulis oleh seorang kawan dari seberang”. Menurut Atilia penulis ini telah banyak memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi seorang penyanyi, penghibur dan pemuzik yang bervisi dan berdedikasi. Beliau yang dimaksudkan Ifa Fachir! “Jutaan terima kasih kepada kepada anda dari hati saya yang luhur; Moga bait-bait INDAH yang ditulis menjadikan lagu ini benar-benar indah.” Setiap kali saya akan terkenang dengan momen indah bersama Maliq N D’essentials, dah setiap kali itulah lagu Indah bermain difikiranku. Indah juga mengambarkan suasana indah bersama teman, keluarga dan peminat.

2) Harus Bagaimana – Peluang berduet bersama salah satu band kegemaran saya ; MALIQ n D’essentials adalah pengalaman yang sukar untuk dilupakan sampai bila-bila. Lagu ini adalah lagu pilihan saya dari album mereka yang pertama. Saya ke Jakarta untuk merakamkan lagu ini, memakan masa hanya sehari sahaja untuk disiapkan. Sungguh mengujakan apabila kami dapat memujudkan keserasian ketika merakamkan lagu ini. Penyatuan dan keakraban mereka menghasilkan muzik mereka yang tersendiri. Terima kasih banyak-banyak kerana anda mengajar saya menjadikan saya seorang passionate. Satu kebanggaan.

3) Terindah Pilihanku – untuk album kali ini, saya ingin memasukkan sebuah lagu cinta dan ini adalah lagunya. Juga hasil ciptaan Ifa Fachir. Terindah Pilihanku adalah sebuah lagu khas buat pasangan yang sedang hangat bercinta! – I’ve taken out the last line here

4) Gelombang – Diberi peluang untuk merakamkan lagu ini, terlalu banyak persoalan bermain difikiran saya. Mama seperti hero buat saya dan satu-satu anugerah tuhan yang tidak akan saya abaikan. Ciptaan Kassim Masdor dan lirik oleh Bahyah Mahmood. Lagu yang menceritakan tentang kesedihan seorang wanita dan saya pasti setiap yang mendengarnya akan dapat menyelaminya. Mama akan sentiasa menangis apabila melihat saya menyanyikan lagu ini, dia adalah segala-galanya… Love you mama!

5) SelainNya – lagu ciptaan rakan saya; Mohariz Yaakup dan saya menulis lirik bagi lagu ini. Lagu ini tentang betapa cintanya seseorang itu kepada seseorang yang lain…Sehingga cinta itu menjadi sesuci cinta kepadaNYA. Jika anda mendengar lagu ini seperti adanya orang ketiga di dalam percintaan If you just listen to the song you would probably think this song is about “orang ketiga” hehe…(I just blew the whole read-between-the-lines-surprise didn’t I?). Semoga anda sukakan lagu ini.

6) Old Love – Okaaaay….menceritakan tentang lagu ini semamangnya menarik. Mengapa saya berkata begitu, untuk meminta Noh menyanyikan lagu Jazz dalam Bahasa Inggeris semamangnya idea yang sangat baik. Pertama kali saya menonton persembahan NOh ketika HUJAN membuat persembahan pembukaan di konser Butterfingers di Istana Budaya. i was blown away right away! He has magic. Maka terhasillah idea untuk berduet bersama-sama melalui lagu Old Song. Ditulis oleh rakan baik saya sendiri; Mike Bloemendal (hanya mengambil masa beberapa jam untuk dihasilkan), lagu yang menceritakan cinta yang terdahulu, masih lagi tersimpan didalam hati.

7) Leka – Lagu ini saya persembahkan ketika memegang watak isteri pertama P Ramlee : Junaidah didalam PRamlee The Musical. Semamangnya saya memasang impian untuk memuatkan lagu ini dalam album terbaru saya, dan ia tercapai. Memegang watak ini adalah impian yang tidak akan saya lupakan, saya benar teruja. Masih juga berharap agar ia dapat dipentaskan semula dan saya akan sentiasa bersedia untuk membawakan watak itu semula. Lagu ditulis oleh Dick Lee dan lirik ditulis oleh sahabat saya sendiri Adlin Aman Ramlie.

8) Change – Lagu ini bercampur ceria dan serius tentang manusia yang takala kini mengejar kebendaan dan menanggap ia adalah segala-galanya. Kita patut berfikir, memerhati dan Cuba menyerap apa yang berada disekeliling kita, adakah berubah kerah yang lebih positif. Ditulis oleh seorang composer yang amat saya kagumi; Paul Morrison. Let’s dance to this!

9) Angel – Sewaktu saya merakamkan lagu ini, saya menangis. Hasil nukilan Pete Teo telah menyentuh perasaan saya sendiri sebagai seorang penyanyi. Dedikasi khas buat Arwah Yasmin… You’re our Angel!

10) Silly Little Thing – Kumpulan Sore, pertama kali diperkenalkan oleh Noh, saya terus jatuh cinta kepada kumpulan ini, sangat dahsyat band ini! Checkout this band at myspace/sore. Saya terus mempelawa mereka untuk berduet bersama-sama dilaman sesawang social Twitter. Dan mereka terus membalasnya, maka terhasilah Silly Little Thing, Alhamdulilah…saya ke Jakarta berjumpa dengan mereka dan Voila! ternyata mereka sangat hebat…Sore, saya berharap kita akan dapat berkelobrasi lagi dimasa-masa akan datang, Sore-Philia!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Foto Menarik di Anugerah Seni Boh Cameronian Terakhir

Creative Advertisement iPhone4 in Japan Subway