in , ,

ATAS ANGIN Festival 2023 Himpunkan 75 Artis Selama 15 Jam di 4 Buah Pentas 

Atas Angin Festival Kembali…. Kali Ini Lebih Gempak, Luar Biasa!

Selepas menerima sambutan hangat pada tahun lalu, Atas Angin Festival kembali pada tahun ini. Kemunculan semula Atas Angin Festival 2023, yang bakal berlangsung pada 5 Ogos ini lebih luar biasa dan tidak seperti tahun lalu. 

Kali ini, Atas Angin Festival menampilkan 75 barisan artis tempatan dan empat pentas yang akan menampilkan persembahan-persembahan hebat, pada hari yang sama. Ini merupakan konsep luar biasa yang cuba dibawakan oleh Atas Angin MY. 

Tidak keterlalun jika dikatakan Atas Angin Festival 2023 bersedia untuk melakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia. Bakal diadakan di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival ini dibahagikan kepada tiga kategori persembahan iaitu artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ. 

Antara barisan artis yang bakal menggegarkan festival ini ialah IamNEETA, 6ixth Sense, Skudap Skudip Kugiran Masdo dan ramai lagi. Atas Angin Festival bakal membawa pembaharuan dan bersedia menggalas tanggungjawab dalam membawa musik dan artis lokal Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. 

Dalam pada itu, festival ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti yang akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga acara tamat. 

Mengulas mengenai Festival Atas Angib 2023, Pengarah Projek, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam berkata, pihak penganjur menjanjikan yang terbaik kepada para pengunjung dan bakal memberi kepuasan maksima kepada semua. 

“Besar harapan kami agar festival ini dapat dilaksanakan dan dijayakan. Saya sebagai wakil pihak penganjur merasakan bahawa festival ini akan memberi impak kepada barisan artis lokal, selain dapat membuka mata pengunjung tentang bakat-bakat yang ada di negara kita. 

“Saya juga berharap usaha dan mesej yang kami bawa menerusi festival ini nanti sampai kepada masyarakat, iaitu, untuk membuktikan bahawa ‘underground scene’ juga mempunyai ramai bakat besar dan luar biasa yang hebat. 

Mengulas mengenai jualan tiket, Bam berkata, setakat ini hampir separuh tiket terjual sebaik sahaja pengumuman mengenai festival ini dihebahkan. 

Jualan tiket kini berada di fasa kedua dan kepada yang masih belum mendapatkan tiket, boleh dapatkan di laman sesawang www.atasangin.com dengan harga serendah RM150 bagi ahli dan RM 170 bagi yang bukan ahli. *Harga tiket tidak termasuk caj pemprosesan pembelian tiket. 

www.atasangin.com 

Butiran Acara: 

Tarikh : 05.08.2023 

Masa : Rooftop @ 7 MyTown, Cheras 

Tempat: 9:00AM–1:00AM

Harga Tiket Festival: 

Fasa 1 

–  RM130 (Members)

–  RM150 (Non Members) 

Fasa 2

–  RM150 (Members)

–  RM170 (Non Members)
*Harga tidak termasuk yuran pemprosesan RM10 Laman Web Tiket Rasmi: www.atasangin.com

Artis Solo: 

  1. LEAISM
  2. AMIR JAHARI

Artis Berkumpulan: 

  1. GERHANA SKA CINTA
  2. POP SHUVIT
  3. 6IXTH SENSE
  4. MASDO
  5. MARGASATWA
  6. RAMAYAN
  7. IAMNEETA
  8. HYPER ACT
  9. DRAMA BAND
  10. BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG
  11. JOHNY COMES LATELY
  12. LOKO
  13. NASTIA
  14. DEWATARAYA
  15. PLAGUE OF HAPPINESS
  16. GREY SKY MORNING
  17. ARMPUNK SINDICATE
  18. SKUDAP SKUDIP
  19. ORKES A. HIZADIN
  20. KYOTO PROTOCOL
  21. KRUSTY
  22. NARATU
  23. KOLAR HIJAU
  24. EMPTY PAGE
  25. OH CHENTAKU
  26. TOKO KILAT
  27. THE TIMES
  28. COUPLE
  29. FUGO
  30. A.C.A.B.
  31. TILU
  32. HACKTICK!
  33. LOST CONTROL
  34. MIDNIGHT FUSIC
  35. PUREVIBRACION
  36. THE VENOPIAN SOLITUDE
  37. A.LIMIN
  38. POPKONSPIRACY
  39. PURBAWARA
  40. MAVERICK
  41. TEMAN LELAKI
  42. THE IMPATIENT SISTERS
  43. JOANNA & CO
  44. TIME MACHINE
  45. BONAFIDES
  46. MONOTONES
  47. MASSACRE CONSPIRACY
  48. RESTRAINT
  49. TRANSITION
  50. RUMPELSKIN
  51. MILO DINOSOUR
  52. RUNS
  53. NEMESYS
  54. DISH
  55. ZEROPHOBIA
  56. MUDDLED
  57. MODREAD
  58. MADDAME

DJ 

  1. JEMPUT DENGAR
  2. SOULBOSS
  3. MILY
  4. FI7I 
  5. AFIQ AZREN
  6. DJ LINGKUP
  7. PIPONATION
  8. BEATMINOR
  9. SIR BIRDO
  10. S4D KL
  11. DJ HAZIQ HAZE
  12. BERUK 45’S
  13. WOLF
  14. AFIKURAJI
  15. KUMPULAN TANGAN HITA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vokal Padu Hasif Upin & Ziana Zain Bergabung Dalam Single WAKTU

Sambutan International French Fry Day Anjuran McDonald’s Malaysia