in ,

Atai Bakal Lancar Single Terbaru KUL IT Tribute Sudirman

Masih ingat lagi dengan Atai? Budiey rasa ramai yang kenal dengan beliau yang begitu sinonim dengan penghibur terkenal Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad. Pada yang tak kenal, Atai atau nama sebenarnya Razman Azrai Zainuddin adalah anak saudara kepada Allahyarham Datuk Sudirman.

Budiey dengar, Atai akan kembali menyemarakkan dunia seni dan sebagai memanaskan enjin, Atai akan melancarkan single terbaru berjudul KUL IT, sebuah lagu tribute untuk memperingati Datuk Sudirman pada 21 Februari ini. Mmm… baguslah!

Atai Bakal Lancar Single Terbaru Tribute buat Allahyarham Dato’ Sudirman

[dropcap]S[/dropcap]ebelum ini, Atai pernah bikin album sekitar tahun 1985 berjudul Sahabat dan beliau dikatakan klon kepada Sudirman kerana wajah mereka yang seiras. Tapi setelah Datuk Sudirman meninggal dunia, Atai tidak lagi aktif menyanyi. Budiey pernah berjumpa dengan Atai beberapa kali di acara. Isteri beliau seorang PR pun pernah kenal. Dalam pada lama menyepi, Atai telah giat aktif dengan kerja sebagai usahawan.

Kul it! Kul it! Berbagai warna kul it! Kul it! Kul it! Kalau dicubit sakit…Kul it! Kul it! Di tengah panas terik….Sakit kul it! Ada jenis berjangkit…kulit berjerawat boleh dirawat Niat jahat bawa akibat…Kulit jangan dijadikan alasan memisahkan sesama insan…Bezanya zahir sahaja…Sawo matang itu warna kulit ku Putih kuning mungkin kulit mu…Biar hitam atau pun putih susu yang utama hati budi mu…Lihat…anak-anak itu…Lihat mereka bak satu…Jangan…diajar mereka..Cara..beza membeza.

Lagu Kul It dengan nafas baru dari Atai bakal dilancarkan pada hari Jumaat ini, 21 Februari 2014 di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Lagu Kul It ini sebenarnya pernah dirakam oleh Sudirman pada tahun 1986. Lagu ini adalah hasil karya Habsah Hassan dan menurutnya, suara Atai tak ubah seperti Datuk Sudirman.

Atai akan ditemubual oleh penyampai Sinar FM jam 11 pagi Jumaat 21 Februari 2014, dan Selamat Pagi Malaysia di TV1 hari Sabtu 22 Februari 2014. Jangan ketinggalan untuk menontonnya.

Sekurang-kurangnya, dengan comeback Atai ini dapat mengembalikan semula detik-detik gemilang seni suara Malaysia yang pernah dulu melonjak nama Malaysia di persada dunia, kan?

Kepada anda yang mahu mengenali ATAI, boleh layari Facebook Fanpage beliau: www.facebook.com/RazmanAzraiZainudin

ATAI

ATAI

ATAI

ATAI Sudirman

ATAI Sudirman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Ishak Jadi Anak Mama Dalam JODOH 2

Senarai Pemenang Planet Joget Musim Pertama