in ,

Asyraf Ali Selamat Nikah dengan Model Hijab

Perkenalan di sebuah konsert disusuli lamaran dua hari kemudian, membawa pelakon, Asyraf Ali dan model hijab, Wardina Anuar ke jenjang pelamin.

Asyraf, 26, dan Wardina, 19, selamat dinikahkan pada majlis ringkas yang dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19 di sini, semalam.

Asyraf menyerahkan hantaran sebanyak RM30,000 selain mas kahwin berupa barang kemas bernilai RM33,260 kepada Wardina.

Tidak ketinggalan, tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang.

Asyrafaley-Asyrafaley-15915190821291

Mengikut pasangan ini, mereka berkenalan ketika menyaksikan sebuah konsert di Jakarta, Indonesia.

Selain berlakon, Asyraf mengusahakan perniagaan sendiri dalam sektor pembinaan.

“Sejak awal perkenalan, semuanya dipermudahkan. Wardina meminta saya berjumpa keluarga jika benar-benar serius untuk berkahwin.

“Saya mahu bertanggung jawab kepada dirinya yang masih muda. Selama ini, saya selalu menonton drama di mana pengantin perempuan adalah wanita muda.

“Akhirnya perkara ini terjadi kepada saya,”

– Asyraf Aley
Hattadolmat_-Hattadolmat_-15914568263654

Asyraf yang pernah membintangi drama Jejak Karmila dan Meh Sandarkan Pada Aku berkata, biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana semua langkah terbatas, dia enggan melengahkan hari bahagianya itu.

“Hendak tunggu wabak ini pulih kita tidak mampu menganggar bila.

Pada saya, buat apa hendak menangguhkan perkara baik?

“Apa yang penting bernikah dan majlis persandingan dibuat mengikut adat,” katanya.

– Asyraf Aley

Akur SOP ditetapkan, Asyraf berkata, hanya 10 orang hadir pada majlis pernikahannya.

“Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis resepsi pada 1 Januari depan. Harap semua urusan itu dipermudahkan,”

– Asyraf Aley

Biarpun sudah tidak aktif berlakon sejak tiga tahun lalu, Asyraf tidak keberatan melepas rindu jika ada tawaran menarik.

Sumber: BH Online
Hattadolmat_-Hattadolmat_-15914568263653

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan Jewels Habib | 16

Promosi Syawal Habib Mengajak Pengguna Melabur 

Anas | 17

Transformasi Wajah Video Cabaran LATHI, Anas Zahrin Jadi Perhatian di Indonesia