in

Asyik Sibuk Dengan Kewangan Negara, Sekali Tengku Zafrul Tayang Isteri di IG

Mungkin ramai yang masih belum mengenali Tengku Zafrul. Nama sebenar figura ini ialah Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dan dilahirkan pada 25 Jun 1973. Tengku Zafrul merupakan ahli senator, pelabur dan juga tokoh koporat.

Tengku Zafrul kini telah dilantik sebagai Menteri Kewangan di dalam kabinet Muhyiddin berkuatkuasa pada 9 Mac 2020. Wajahnya sering sahaja muncul di kaca televisyen mahu pun media sosial apabila melibatkan pengurusan kewangan Negara.

Tayang Isteri Di Media Sosial

Selama ini soal berkaitan Negara dan tugasan harian menjadi tumpuan. Namun pada kali ini Tengku Zafrul telah mencuri mata orang ramai dengan berkongsi gambar raya bersama isteri tercinta, Raja Datin Seri Johanna Raja Arshad.

https://flic.kr/p/2j7E4Dw

Pasangan ini lengkap mengenakan pakaian yang sedondon berwarna ungu sewaktu menyambut hari raya pada beberapa hari yang lalu. Malah Tengku Zafrul dilihat sempat mendedikasikan ucapan buat para pengikutnya di Instagram agar kekal patuh dengan arahan kerajaan sepanjang tempoh perayaan ini.

Asyik Sibuk Dengan Kewangan Negara, Kini Tengku Zafrul Tayang Isteri Di IG. Kecantikan Jadi Perhatian Ramai

Dedikasi Ucapan Kepada Pengikut Di IG

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, daripada saya & isteri (boss) tersayang. Dalam Perjalanan ke rumah mak dan ayah. Bagi yang menziarahi keluarga terdekat, amalkan penjarakan sosial, pakai topeng muka & #staysafe. Moga sambutan dengan penuh keberkatan. Take care,”

– Tengku Zafrul

Dapat diperhatikan Tengku Zafrul dan pasangan dilihat gembira dalam menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini biar pun sedikit berbeza berbanding sebelumnya.

Sebagai rekod, figura ini berkahwin dengan Datin Seri Johanna yang juga merupakan anak sulong kepada Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, iaitu seorang ahli perniagaan terkemuka di Negara kita.

Asyik Sibuk Dengan Kewangan Negara, Kini Tengku Zafrul Tayang Isteri Di IG. Kecantikan Jadi Perhatian Ramai

Ramai Puji Kecantikan Isteri

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata terdiri daripada Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan juga Tengku Zayn Aqeel.

Melihat kepada reaksi pengikutnya di Instagram, rata-rata memuji kecantikan isteri yang jarang sekali dipamerkan kepada umum.

https://flic.kr/p/2j7E4DG
Asyik Sibuk Dengan Kewangan Negara, Kini Tengku Zafrul Tayang Isteri Di IG. Kecantikan Jadi Perhatian Ramai
Antara komen netizen

Namun bukan lah paras rupa yang jadi ukuran. Semoga Tengku Zafrul dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan saksama kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seperti Individu Berbeza, Influencer Ini Dedah Rupa Sebenar Tanpa Suntingan

Aliff Aziz Kini Bekerja di Pusat Komuniti Islam, Buat Kerja Amal