in , ,

Ada Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton UEFA EURO 2016 #AstroEuro2016

Eh eh, UEFA EURO kembali lagi? Rasa macam semalam je Sepanyol dijulang sebagai juara, kan? Cepat betul masa berlalu. Tup tup… kita akan disajikan dengan aksi penuh debar dalam UEFA EURO 2016. Tak sabar tak sabar!

Aduh, Budiey pulak yang teruja nak tengok samada Jerman dapat mara mengejar kejuaraan Eropah buat kali ketiga berturut-turut pada kali ini. Atau mampukah pasukan Sepanyol menyekat kemaraan Jerman yang merupakan juara Piala Dunia? Adakah pasukan Perancis mampu menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri nanti?

Euro Astro Launch
Budiey & Cyrill buat liputan di acara ini dan teruja untuk menemubual bintang bola sepak jemputan.

Baru-baru ini, pada 7 April 2016, Budiey telah menghadiri Majlis Pelancaran UEFA EURO 2016 yang dianjurkan oleh Astro. Budiey tengok, memang meriah acara ini berlangsung sebab ada bintang bola sepak terkenal Fernando Morientes diterbangkan khas untuk bertemu dengan peminat bola sepak di majlis pelancaran ini. Patutlah ramai orang datang. 

Euro Astro Launch

Astro selaku penyiar rasmi dan eksklusif UEFA EURO 2016 dengar khabarnya menyediakan liputan menyeluruh sama ada di televisyen, atas talian, mobil mahupun radio untuk kemudahan anda semua! Yeah, ini semua untuk memastikan anda tidak ketinggalan setiap perlawanan yang bakal disiarkan LIVE dari Perancis.

Saksikan siaran secara langsung di televisyen dan juga Astro on the Go melalui dua saluran Astro Supersports yang didekasikan khas untuk UEFA EURO 2016 ™ (HD: Saluran 841 & 842) dan SD: Saluran 821 & 822).

Jadi, kepada yang tak nak lepaskan peluang, apa kata langgan Sports Pack sekarang sebab anda akan dapat akses percuma Sports Pass untuk menonton kesemua 51 perlawanan secara langsung! Budiey dari awal lagi dah melanggan Sports Pack ni. Jadi, takde la nak risau apa lagi dah.

1D4_0369

Budiey sampai di lokasi agak awal sebab Budiey nampak majlis ini sebenarnya berlangsung secara terbuka untuk orang awam. Kelihatan ramai peminat bola sepak berpusu-pusu untuk menyertai majlis ini dan ramai yang berkumpul di hadapan Sunway Pyramid. Wajah masing-masing semuanya ceria dan segar bugar nak bertemu mata dengan bintang bola sepak terkenal. Bukan itu sahaja, macam-macam acara dan aktiviti ada kat sini.

Banter Session With Fernando Morientes

Jam 3.45 petang, acara dimulakan dengan pengenalan dari dua orang hos terkenal. Bagus la diorang ni kasi hype kan lagi UEFA EURO 2016 sebab gabungan kedua hos memang serasi. Oh ya, acara diselangi juga dengan persembahan dari STOMPERS yang menyemarakkan lagi suasana dengan bunyi-bunyian yang meriah dan bersemangat. Budiey rasa macam duduk kat dalam stadium pun ada.

1D4_0588

[dropcap]U[/dropcap]ntuk info pembaca, cakap pasal stadium ni, aplikasi dan laman sesawang Stadium Astro akan dinaik taraf untuk menawarkan fungsi pengalaman skrin kedua UEFA EURO 2016 buat semua peminat bola sepak tanahair.

Jadi, senanglah korang nak dapatkan statistik rasmi perlawanan serta saksikan aksi perlawanan dari pelbagai sudut, berita terkini merangkumi video dan juga keputusan perlawanan, di samping untuk turut serta dalam permainan Stadium Astro Fantasy edisi EURO bahkan mengaktifkan fungsi rakaman kawalan jauh program sukan kegemaran anda melalui Stadium Astro.

Kesemua pelanggan ‘Sports Pack’ akan mendapat akses percuma ‘Sports Pass’ untuk liputan penuh dan menyeluruh UEFA EURO 2016TM. Pelanggan Astro yang lain boleh mendapat akses yang sama secara percuma dengan melanggan ‘Sports Pack’ sebelum 30 April 2016. Bermula 1 Mei 2016, pelanggan Astro dan Njoi boleh melanggan ‘Sports Pass’ hanya pada harga RM 104.95*.

Budiey sempat menemubual Fernando Morientes selesai acara ini. Nanti jangan lupa untuk saksikan temubual eksklusif ni tau.

Pada mereka yang tidak mempunyai akses ‘Sports Pass’ boleh juga menonton 12 perlawanan terpilih secara langsung di Astro Arena dan mendengar ulasan perlawanan tersebut di Radio Arena.

Euro Astro Launch

Budiey sempat menemubual bintang bola sepak terkenal ini. Jangan lupa untuk tonton temubual eksklusif ini ya.

Sementara itu, mereka yang tidak melanggan Astro dan Njoi juga boleh membeli ‘Sports Pass’ untuk tontonan di Astro on the Go. Beberapa perlawanan terpilih turut boleh ditonton secara berasingan berdasarkan ‘pay-per view basis’ pada harga RM 6* setiap satu.

Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata:

“Kami berhasrat untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman tontonan sukan terbaik di kesemua platform dan skrin. Kami memahami yang peminat sukan di luar sana mahu menonton aksi sukan secara langsung di mana sahaja mereka berada; dan tidak hairanlah sukan merupakan kandungan paling popular di Astro on the Go”.

– Henry Tan

“UEFA EURO 2016 ™ merupakan acara bola sepak paling dinantikan tahun ini dan Astro akan memberikan liputan yang tiada tandingnya, aksi kesemua 24 pasukan Eropah bertanding dalam merebut kejuaraan bola sepak berprestij ini. Pelanggan-pelanggan ‘Sports Pack’ kami akan menerima akses percuma ‘Sports Pass’ untuk liputan yang menyeluruh.

Pelanggan yang lain juga boleh menerima akses percuma lengkap ini jika mereka melanggan ‘Sports Pack’ sebelum 30 April 2016 ataupun mendapatkan ‘Sports Pass’ untuk kesemua 51 perlawanan secara langsung”.

UEFA EURO 2016 ™ akan memulakan aksinya menerusi perlawanan pembukaan di antara pasukan Perancis dan Romania, jam 3 pagi, 11 Jun 2016 (waktu Malaysia). Bagi menghangatkan lagi demam UEFA EURO 2016TM kali ini, pelanggan Astro boleh menonton barisan program pra-perlawanan istimewa seperti ‘Road to UEFA EURO 2016 ™’, ‘UEFA EURO 50 Classic Matches’, ‘Great Goals of European Football – Decade by Decade’ dan banyak lagi.

Lan_4297

Kesemua perlawanan secara langsung UEFA EURO 2016 ™ akan disiarkan bersama ulasan sebelum perlawanan, separuh masa perlawanan dan juga ulasan selepas perlawanan. Ulasan dalam Bahasa Malaysia pula boleh didapati melalui kesemua perlawanan secara langsung di Astro Arena.

2016 merupakan tahun gemilang buat peminat sukan di luar sana. Selain UEFA EURO 2016TM, Astro akan turut membawakan liputan lengkap acara sukan utama seperti Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Uber 2016 dan juga Sukan Olimpik Rio 2016. Astro juga telah berjaya mendapatkan hak tayangan Liga Perdana Inggeris di Malaysia untuk 3 lagi musim sehingga tahun 2019.

Untuk melanggan Astro, layari http://www.astro.com.my atau hubungi 03-9543 3838.

Lan_4157
Lan_4013
From Left, Fernando Morientes, Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro; Lee Choong Khay, Astro'S Head Of Sports Business
1D4_0740
1D4_0667
Fernando Interviewed By Astro Awani
Euro Astro Launch

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang MaxisONE DataPool & Naiktaraf

AirAsia X Tambah Kekerapan Penerbangan Ke Lapan Destinasi