in ,

Azrul Zaidi Jadi Pengacara ZOOM UPSR Astro TV

[dropcap]A[/dropcap]stro Tutor TV UPSR dengan bangganya memperkenalkan ZOOM UPSR – sebuah rancangan kuiz terbaru yang akan disiarkan setiap Ahad pada jam 11 pagi, bermula 14 Julai 2013 di ASTRO TUTOR TV UPSR (saluran 601). Sempena pelancaran rancangan ini, para penonton berpeluang menyaksikan episod khas ZOOM UPSR pada 7 Julai jam 11 pagi, yang akan memaparkan sesi uji bakat para peserta serta rakaman di sebalik tabir rancangan ini.

UPSR

Rancangan kuiz ZOOM UPSR menggabungkan hiburan dan pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran UPSR seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Program kuiz ini menjanjikan keseronokan serta memberikan peluang kepada para pelajar tahun 6 untuk menguji persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR!

Encik Ravi Gopal, Ketua Bahagian Pendidikan, Astro berkata:

“Astro terus komited dalam menawarkan program-program pendidikan berkualiti tinggi dengan pembelajaran menyeronokkan untuk memperkaya ilmu kanak-kanak di Malaysia. Dengan pengenalan program kuiz baru ZOOM UPSR, kami berharap rancangan ini dapat membantu para pelajar dalam mempersiapkan diri mereka untuk peperiksaan UPSR dengan cara yang menyeronokkan dan menarik.”

Para penonton boleh menyertai hos Azrul (Raja Lawak) dalam rancangan ZOOM UPSR bersama dengan para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang mewakili sekolah-sekolah berprestasi tinggi di Selangor. Dalam setiap episod, 2 pasukan akan bertembung, dan setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta. Mereka akan bertanding dalam 3 segmen yang menyeronokkan, iaitu; Segmen 1 ‘Cari Kata’, Segmen 2 ‘Roda Minda’ dan Segmen 3 ‘Zoom Ekspres’. Pasukan pemenang akan layak ke pusingan seterusnya, dan menuju matlamat utama iaitu menjadi juara Zoom UPSR 2013 dengan hadiah wang tunai RM 5 000!

Sudah menjadi adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang. Namun, para peserta tidak perlu bimbang kerana Zoom UPSR turut mengundang selebriti-selebriti tanahair sebagai mentor untuk menghibur dan menyokong para peserta. Bukan itu sahaja, selebriti mentor juga akan menjadi ‘mangsa’ jika pasukannya memberikan jawapan yang salah. Nantikan aksi-aksi lucu selebriti menerima hukuman seperti disimbah cecair lendir dan air berwarna! Antara selebriti-selebriti terkenal termasuk para pelakon Oh My English! seperti Akhmal Nazri (Jibam), Zhafir Muzani (Mazlee), mahupun Hafizul Kamal (pemenang ON AIR Astro), Hefny Sahad (ON AIR Astro), Haziq (Tom Tom Bak) dan ramai lagi yang akan membuat penampilan istimewa serta memeriahkan lagi episod-episod ZOOM UPSR.

Pastikan anda, terutamanya pelajar-pelajar tahun 6, jangan ketinggalan untuk menonton rancangan baru ZOOM UPSR, bermula dengan episod khas (sesi uji bakat para peserta dan rakaman di sebalik tabir) pada 7 Julai jam 11 pagi , diikuti dengan tayangan perdana ZOOM UPSR pada 14 Julai, setiap Ahad jam 11 pagi hanya di ASTRO TUTOR TV UPSR (saluran 601).

Tayangan ulangan setiap Ahad, jam 4 petang dan 9 malam.

Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

UPSR

UPSR

UPSR

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program Menarik TV3 Sepanjang Ramadan 2013

Rezeki Linda Hashim & Beego Makin Bertambah Lepas Kahwin