in , ,

Astro Shaw Berkolaborasi Dalam Menerbitkan Filem Indonesia BACKSTAGE

Astro Shaw terus progresif dalam memacu agenda mempelopori industri perfileman dengan inisiatif menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak.

Terbaru, Astro Shaw berkolaborasi dengan penerbit dari Indonesia yang menerbitkan filem hebat ‘Gundala’ (1.6 juta penonton di pawagam), iaitu Ideosource Entertainment (IDEO) dan Paragon Pictures serta pelabur dari Endeavor Content dan PT NFC Indonesia Tbk (NFCX) dengan sokongan oleh Tokopedia dalam menghasilkan sebuah filem terbaru, ‘Backstage’.

Backstage adalah sebuah filem bergenre drama yang mengangkat tema saudara perempuan (sisterhood) dan muzik yang mana amat dekat dengan cita rasa peminat dan penonton di Indonesia dan Malaysia.

BACKSTAGE_Character_Sissy Priscillia

Filem ini diarahkan oleh pengarah filem ‘Ayat-ayat Cinta 2’ (3.6 juta penonton di pawagam), ‘Assalamualaikum Beijing’, ‘Purple Love’, Guntur Soeharjanto.

Lebih mengujakan, Astro Shaw berpeluang bekerjasama dengan bintang-bintang dari seberang seperti gabungan adik beradik terkenal Sissy Priscillia dan Vanesha Prescillia. Sissy Priscillia merupakan pelakon yang membintangi francais filem cinta remaja popular Indonesia iaitu ‘Ada Apa Dengan Cinta?’ (2.7 juta penonton di pawagam), ‘Ada Apa Dengan Cinta 2? (3.6 juta penonton di pawagam) dan ‘Milly & Mamet’ (1.4 juta penonton di pawagam).

BACKSTAGE_Character_Vanesha Prescillia

Manakala, Vanesha Prescilla adalah pelakon dari filem romantik nombor satu Indonesia, Dilan 1990 (6.3 juta penonton di pawagam), Dilan 1991 (5.2 juta penonton di pawagam). Ini juga merupakan kali pertama dua figura adik beradik ini bergandingan di layar perak, dan menjadi fenomena apabila peminat di Indonesia begitu teruja dengan pengumuman yang telah dibuat pada sidang media majlis pelancaran filem itu di Indonesia.

Backstage akan ditayangkan di Indonesia bermula Jun 2020 manakala di Malaysia di jangka Julai 2020.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan Astro Shaw rasa amat berbesar hati dapat turut sama terlibat dalam pembikinan filem Backstage dan berpeluang sekali lagi bekerjasama dengan penerbit terkemuka dari Indonesia iaitu Ideosource Entertainment dan Paragon Pictures serta kru dan pelakon-pelakon yang berbakat besar.

Astro Shaw percaya pada konten dan jalan cerita filem yang baik mampu menarik perhatian penonton dalam skala yang lebih besar.

Kami komited untuk bekerjasama dengan rakan penerbit yang memiliki visi dan idea yang sama dalam menghasilkan filem yang menarik dari pelbagai genre.

Dengan gabungan pengalaman serta kepakaran, ini memberi ruang buat kami untuk bertukar pendapat dan input.

Sebagai peneraju filem di Malaysia, kami harap lebih banyak kerjasama seumpama ini dapat terjalin di masa akan datang sekali gus mampu merapatkan jurang perfileman di peringkat serantau.”

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad 
Dari kiri, Vanesha Prescilla, Sissy Priscillia

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ideosource Entertainment, Andi Boediman berkata 

Kolaborasi bersama Paragon Pictures, Astro Shaw, Endeavour Content dan NFCX dalam mnghasilkan filem Backstage ini akan menjadi senergi yang ideal agar kualiti filem standing filem antarabangsa.”

Andi Boediman

Menurut Penerbit Paragon Pictures, Robert Ronny,

“Idea untuk menghasilkan filem ini bermula sejak tahun 2016 iaitu ketika kami berbincang dengan Sissy untuk membawa kisah adik beradik yang ingin menjadi penyanyi dan memerlukan pengorbanan bagi Sissy dan Vanesha.

Backstage begitu istimewa buat mereka kerana filem ini meletakkan muzik sebagai penguat emosi filem.”

Robert Ronny

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Backstage, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw, Ideosource Entertainment (IDEO) dan Paragon Pictures.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Doing Our Part To Protect The Community

Aliff Syukri Tertekan & Mengalami Depresi Sehingga Mahu Bunuh Diri?