in ,

Astro Radio Lebarkan Sayap Frekuensi di Sarawak

[dropcap]B[/dropcap]erita baik buat seluruh warga Miri! Penduduk di sekitar Miri kini beperluang berhibur serta mendapatkan info – info menarik melalui rangkaian terbaharu ASTRO Radio Sdn. Bhd. Rangkaian stesen radio No.1 Malaysia juga di kenali sebagai sebagai Astro Radio akan memperluaskan empayar mereka dengan melebarkan sayap frekuensi stesen – stesen seperti Era FM, MY FM, hitz.fm ke seluruh Miri, Sarawak. Acara ini bakal berlangsung pada 24 Ogos 2013 bertempat di Bintang Megamall, Miri pada pukul 11 pagi.

Skuad ERA

Ketiga-tiga stesen di bawah payung Astro Radio ini akan menyiarkan kandungan yang lebih terperinci dan menepati kehendak penduduk setempat. Antara acara-acara yang bakal menemui pendengar seperti acara komuniti bersama penduduk setempat dan lebih kepada penyampaian maklumat pelanggan yang tersediakan di rantau ini.

Ini membuktikan bahawa satu lagi usaha Astro Radio bagi mengukuhkan lagi perlaksanaan mereka sebagai pilihan radio No.1 pendengar Malaysia.

Sehubungan dengan itu, bukan sahaja frekuensi yang boleh didengari oleh penduduk Miri, malah, ketiga-tiga stesen tersebut juga mempunyai pasukan ‘on ground’ yang akan berada di bumi Miri , bermula pada 19 hingga 24 Ogos 2013. Para pendengar boleh memenangi beberapa hadiah sagu hati sambil melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti menarik!

Jangan lupa untuk mengejar dan berkenalan dengan Skuad ERA Perodua, MY FM cruiser & hitz.fm yang akan sentiasa memberikan lintas langsung lokasi pilihan mereka.

Majlis pelancaran Astro Radio di Miri ini disokong oleh Bintang Megamall sebagai lokasi rasmi dan Meritz Hotel sebagai hotel rasmi.

Berikut adalah lokasi – lokasi Skuad ERA Perodua, MY FM & hitz.fm cruiser di Miri.

Astro Radio

Astro Radio

MYFM Cruiser

hitz.fm cruiser

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Tertinggal dari Iklan HTC Robert Downey JR

South East Asian Motorcycle Business Forum 2013