in ,

Astro Perluaskan Program Kem Bola Ke Negara-Negara Asean

Astro, menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah naungan Astro Kasih meneruskan komitmennya dalam mempertingkatkan lagi mutu bola sepak Malaysia melalui Astro Kem Bola. Tahun ini merupakan tahun kelima penganjuran Astro Kem Bola yang mencatatkan rekod penyertaan 12,000 kanak- kanak berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun. Sepanjang empat tahun lalu, 150 peserta telah menjalai latihan intensif yang dikendalikan oleh kelab-kelab bola sepak terkemuka di Eropah.

Astro Perluaskan Program Kem Bola Ke Negara-Negara Asean

[dropcap]P[/dropcap]ada tahun ini, Astro Kem Bola mengambil inisiatif untuk melebarkan empayar program ini merentasi seluruh rantau Asia termasuklah ke Singapura dan Filipina melalui kerjasama StarHub, Persatuan Bola Sepak Singaputa (FAS) dan Globe Telecom.

21 pemain bola sepak yang berbakat dari Singapura dan Filipina telah terpilih untuk melaksanakan sesi latihan di Kuala Lumpur.

ASTRO COLLABORATES WITH F.C. BARCELONA

Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata,

“Astro sentiasa komited untuk memartabatkan lagi program-program sukan untuk rakyat Malaysia. Kami menawarkan siaran kandungan sukan terbaik dan paling komprehensif peringkat global dan tempatan untuk semua peminat sukan di Malaysia secara langsung. Melalui rancangan-rancangan yang disiarkan di kaca TV, kami menyambung usaha ini melalui program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti Astro Kem Bola dan Kem Badminton Astro bagi memupuk lagi semangat kesukanan. Kami amat gembira untuk menjadikan program sebegini sebagai salah satu platform pembangunan sukan diperingkat antarabangsa untuk menyediakan landasan bagi kanak-kanak yang berbakat dalam bidang yang diminati untuk mencapai impian mereka”





Menurut Lee Soo Hui, Ketua Kandungan dan TV StarHub,

“Astro Kasih telah melaksanakan sebuah program yang sangat bagus seperti Astro Kem Bola dan kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan mereka dan juga Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) buat pertama kalinya melahirkan sebuah program yang bermakna ini kepada pemain bola sepak muda Singapura. Astro Kem Bola adalah sebuah program yang dapat mengasah dan menyokong bakat bola sepak terang kami dalam mempertingkatkan lagi semangat kesukanan untuk mencapai impian mereka.

Menurut Ernest Cu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Globe Telecom,

“Kami amat berbangga kerana dapat menjalinkan kerjasama ini dengan pihak Astro sebagai rakan kongsi di Filipina. Dengan adanya kerjasama sebegini, pihak kami turut membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak muda berbakat di Filipina yang mahu mengasah lagi kemahiran dan mencapai impian mereka. Melalui platform sukan sebegini, kami berharap agar dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan organisasi-organisasi lain untuk membantu meningkatkan lagi taraf kehidupan belia terutamanya yang dipinggirkan dan inilah peluang untuk mempamerkan bakat mereka. “

Seramai 72 kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki yang berumur antara 10 hingga 12 tahun telah dipilih melalui bengkel latihan bola sepak yang diadakan di Malaysia, Singapura dan Filipina untuk berlatih di Kuala Lumpur. Seterusnya, 32 pemain muda akan mendapat peluang untuk berlatih di bawah salah satu kelab bola sepak paling berjaya di Eropah.

ASTRO COLLABORATES WITH F.C. BARCELONA

ASTRO COLLABORATES WITH F.C. BARCELONA

ASTRO COLLABORATES WITH F.C. BARCELONA

About StarHub
StarHub is Singapore’s fully-integrated info-communications company, offering a full range of information, communications and entertainment services for both consumer and corporate markets. StarHub operates a mobile network that provides 4G, 3G and 2G services. It also manages an islandwide HFC network that delivers multi-channel pay TV services (including HDTV, Internet TV and on-demand services) as well as ultra-high speed residential broadband services. StarHub operates an extensive fixed business network that provides a wide range of data, voice and wholesale services. Over Singapore’s fibre-based Nationwide Broadband Network, StarHub offers a broad range of home and business broadband plans, as well as commercial and residential IPTV services.

Launched in 2000, StarHub has become one of Singapore’s most innovative info-communications providers, and the pioneer in ‘hubbing’ – the ability to deliver unique integrated and converged services to all its customers. StarHub, listed on the main board of the Singapore Exchange since October 2004, is a component stock of the Straits Times Index, MSCI Singapore Free Index and SGX Sustainability Leaders Index.

About Globe Telecom
Globe Telecom is a leading full service telecommunications company in the Philippines, serving the needs of consumers and businesses across an entire suite of products and services including mobile, fixed, broadband, data connections, internet and managed services. Its principals are Ayala Corporation and Singtel who are acknowledged industry leaders in the country and in the region. For more information, visit www.globe.com.ph. Follow us on Twitter: twitter.com/talk2Globe and Facebook: facebook.com/GlobePH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hotel Pudong Shangri-La : Kemilau Kemewahan Shanghai

Ifa Raziah Bakal Lancar Single TERUS TERANG