in ,

Astro Perkenal Raise The Star Malaysia, Program Nyanyian & Komposer

Program Nyanyian Digital Baharu Dengan Gabungan Komposer Popular Dan Uji Bakat Terbuka, Siap Siaran Di Televisyen Dan Platform Digital

Astro kini mengorak langkah besar dengan memperkenalkan program nyanyian terbaharu Raise The Star Malaysiayang menjanjikan kelainan total daripada pertandingan nyanyian yang biasa kita lihat di kaca TV. Menggabungkan format digital dan fizikal, pertandingan ini membuka ruang kepada bakat-bakat baharu untuk menyerlah dan berentap di bawah bimbingan lima komposer paling tersohor di Malaysia.

Pentas Impian Dengan Lima Nama Besar Industri Muzik

Antara yang menjadikan Raise The Star Malaysia begitu istimewa adalah barisan mentor yang terdiri daripada AjaiAina AbdulShila AmzahAudi Mok, dan Ikhwan Fatanna — satu senarai nama yang bukan sahaja dihormati, tetapi juga membawa pengalaman bertaraf antarabangsa dalam industri muzik. Dengan kombinasi mentor seperti ini, peserta bukan sekadar diuji suara, tetapi juga diasah bakat seni, persembahan pentas dan interpretasi lagu.

Astro Perkenal Raise The Star Malaysia, Program Nyanyian & Komposer

Seperti kata pihak produksi, “Kami mahu mencari bukan sahaja penyanyi yang berbakat, tetapi juga artis yang mampu menyentuh hati pendengar melalui setiap lirik yang dinyanyikan.”

Format Pertandingan Yang Lebih Dinamik Dan Interaktif

Program ini berbeza daripada program nyanyian lain kerana ia menggabungkan undian penonton secara dalam taliandengan penilaian juri profesional. Dari ribuan calon yang hadir, hanya 30 peserta terbaik akan dipilih untuk mara ke pertandingan utama. Mereka perlu bersaing selama lapan minggu, bukan sahaja untuk mengelak penyingkiran tetapi juga untuk memenangi hati komposer, agar berpeluang merakam lagu asli ciptaan mentor masing-masing.

Maklumat Uji Bakat: Jangan Lepaskan Peluang Emas Ini!

Bagi mereka yang berminat, uji bakat secara dalam talian telah pun bermula dan akan berakhir pada 8 Mei 2025. Caranya mudah sahaja — muat naik video nyanyian anda di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #RaiseTheStarMY

Untuk yang mahu turun padang dan merasai sendiri suasana uji bakat, anda boleh hadir pada 10 – 11 Mei 2025 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi

Syarat Penyertaan
Berbakat dalam bidang nyanyian
Berperwatakan menarik
Warganegara Malaysia (berbilang kaum)
Berumur 18 tahun dan ke atas

Astro Perkenal Raise The Star Malaysia, Program Nyanyian & Komposer

Tarikh Siaran Dan Platform Penonton Setia

Program ini bakal memeriahkan malam Ahad anda bermula 22 Jun hingga 10 Ogos 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria, saluran 104. Bagi peminat digital, anda boleh menonton di On Demand, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Dengan lapan episod penuh cabaran, setiap minggu pasti ada drama, kejutan dan detik emosi yang akan menggamit perhatian peminat muzik tempatan

Penaja Utama: U Mobile

Tidak lengkap rasanya tanpa menyebut sokongan daripada U Mobile selaku penaja utama, yang memberi suntikan segar kepada produksi besar ini. Sokongan seperti ini penting untuk memastikan platform pencarian bakat terus hidup dan berkembang

Apa Kata Budiey?

Secara peribadi, Budiey melihat Raise The Star Malaysia sebagai satu nafas baharu yang sangat diperlukan dalam industri muzik tanah air. Bukan sekadar program realiti biasa, ia membawa misi yang lebih besar — mencari dan membentuk artis serba boleh yang mampu melangkah jauh.

Budiey juga tertarik dengan konsep penglibatan komposer secara langsung kerana ia bukan sahaja menaikkan kualiti peserta, malah memberikan inspirasi kepada penonton tentang bagaimana lagu dicipta dan disampaikan dengan penuh jiwa. Nasihat Budiey kepada mereka yang berbakat: jangan tunggu lagi, cuba nasib anda sekarang! Siapa tahu, anda mungkin bakal jadi bintang seterusnya yang akan menggegarkan industri muzik Malaysia

Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut, anda boleh layari http://gempak.com/raisethestar untuk info penuh. Jangan lepaskan peluang kerana masa depan anda bermula di pentas ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini 8 Sebab Anda Perlu Memiliki Samsung Galaxy Ring: Bukan Sekadar Aksesori