in

Astro Oasis Umum Senarai Peserta Imam Muda Musim 3

Setelah mendapat perhatian dunia dan sokongan padu penonton tempatan serta hampir setengah juta pengikut di laman sosial, jenama Imam Muda semakin kukuh di liganya yang tersendiri.

Terbaru, Budiey mendapat berita dari Astro Oasis akan mengadakan Majlis Pelancaran Imam Muda musim ketiga pada 22 Mei ini. Ramai yang menyambut baik seruan Astro Oasis untuk terus mengorak langkah dengan membawakan kembali Imam Muda musim ketiga dan memperkenalkan 10 peserta terbaru untuk musim ini.

Siapakah peserta terbaru Imam Muda musim ke-3? Budiey akan umumkan nanti ya.

Bakal peserta Imam Muda 3 akan dibimbing Mudir iaitu Dato’ Hassan Mahmud Al Hafiz, selain kehadiran Imam Muda Asyraf dan Hizbur sebagai Mursyid serta alumni Imam Muda dua musim lalu. Perjalanan kesemua Imam Muda ini akan dapat ditonton di Astro Oasis (Saluran 106) bermula 1 Jun ini.

Pada majlis pelancaran ini juga, Pengurus Saluran Astro Oasis; Tuan Haji Izelan Basar akan memperkenalkan pengacara bagi program Imam Muda musim ketiga pada kali ini. Siapakah beliau? Sama-sama kita nantikan kemunculannya ya.

Astro Oasis Umum Senarai Peserta Imam Muda Musim 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TM UniFi Anjur Konsert Lancar Saluran EC Inspirasi

TEA TRACKER NTV7 Cari Teh Terbaik Dunia