in , ,


Program Baharu Astro Oasis SALAMUN ’ALAIK Kupas Sunnah Rasullulah SAW

MW Entertainment dan Astro Oasis baru-baru ini telah mengumumkan siaran sebuah program baru bertajuk SALAMUN ALAIK. Apa yang menariknya tentang program terbaharu ini? Jom baca entri ini.

SALAMUN ALAIK sebuah program bual bicara islamik yang mengupas sunnah sunnah Rasullulah SAW dengan berkisarkan kisah kehidupan dan pengalaman artis jemputan. Memulakan siaran pertama pada 6 Jun 2021, Salamun’alaik akan bersiaran setiap hari Ahad pada jam 6 petang hingga 7 petang selama 1 jam di Astro Oasis, Saluran 106. 

IMG20210403220552

Program 13 episod ini menampilkan Mawi dan Anas Tahir sebagai pengacara dan akan menjemput seorang ustaz undangan dan juga Artis Undangan untuk sama sama berbicara secara santai mengenai tajuk tajuk di setiap episod. Antara Tajuk yang menjadi perbincangan seperti Senyum Satu Sedekah, Hebatnya Sunnah, Memuliakan Tetamu , Kesempurnaan Solat dan pelbagai lagi . Ustaz yang telah diundang untuk memberi pencerahan dalam program ini adalah Ustaz Nabil Ahmad, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Akhil Hayy, Ustaz Zarifi Daud dan ramai lagi. Program 1 jam ini dibahagikan kepada 5 segmen iaitu : 

  • Segmen Pengenalan 
  • Segmen Layan Tak Layan 
  • Segmen Kupas Tak Kupas 
  • Segmen Tanya Tak Tanya 
  • Segmen Cari Tak Cari 

Program Salamun alaik ini turut mengangkat martabat dan secara tidak langsung mengajak penonton untuk lebih mengenali tulisan jawi melalui segmen Cari Tak Cari yang mana Artis Undangan diminta bermain permainan perkataan tersembunyi di dalam tulisan jawi. Salamun alaik juga bertujuan untuk mengajak penonton sentiasa berselawat ke atas Rasullulah SAW dengan kehadiran Kumpulan pemuzik undangan Soutul Falah yang akan mengiringi program dengan selawat ke atas Nabi. 

Ramli dan Mohar dari Kumpulan Mohram dan Tom pemain drum lagenda turut diundang sebagai pemuzik undangan mengiringi persembahan. 

Tidak ketinggalan watak ‘Cif Khadam’ yang dibawakan oleh Along Cham, Zalif Sidek dan Yasin Yahaya akan mencuit hati penonton di sebalik maksud yang tersirat dan tersurat dengan watak khadam ini.

IMG20210404223731


Istimewa Salamun’alaik, program ini turut mengundang penulis penulis khat yang akan berkongsi cara penulisan khat dengan penonton. Antara penulis khat yang diundang dalam program Salamun alaik Pak Dinie Jurie merupakan seorang khatat (penulis khat antarabangsa) , Cheb Ali, Ustaz Ilham Che Daud, Ustaz Rusydi Ramli, Ustaz Nik dan Ustaz Suffian Kamaruddin. 

Program terbitan MW Entertainment ini merupakan salah satu program TV yang telah dipilih oleh pihak ASTRO OASIS & PELAKSANA DKD di bawah FINAS. Dengan pendemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia dan telah memberi kesan kepada pemain dan penggiat industri, pihak MW Entertainment amat berterima kasih kepada FINAS di atas langkah yang dilakukan untuk membantu mereka yang bekerja di Industri Kreatif yang turut terkesan dengan pendemik ini untuk terus bernafas dan menanggung perbelanjaan keluarga. 

SALAMUN ’ALAIK

Program Salamun’alaik ini disokong sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dan FINAS dengan kerjasama pihak Persatuan Irama dan Radio Rasmi Salamun alaik merupakan Radio Zayan dan disiarkan di ASTRO OASIS saluran 106. Bagi mereka yang ingin mengikuti program ini di saluran social media sila layari Instagram rasmi @salamunalaikofficial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama MEK WOK Lakonan Fauziah Nawi Sempena Hari Kebangsaan

Pertimbangan Bagi Pembukaan Semula Pawagam Khusus Individu Yang Lengkap Divaksin