in , ,

Astro & Netflix Umum Kerjasama Strategik, Pelanggan Dapat Akses di Kotak Ultra

Pelanggan kini dapat menggabungkan pakej Netflix dan Astro sekaligus menikmati kemudahan akses dengan nilai yang lebih berbaloi

Astro dan Netflix hari ini mengumumkan telah memeterai penjanjian strategik yang akan membawakan perkhidmatan penstriman terkenal Netflix ke platform Astro, sekaligus bakal memberikan pengalaman hiburan yang luar biasa kepada para pelanggan Astro.

Pelanggan Astro bakal menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi kotak Ultra, sejurus selepas kerjasama tersebut dilancarkan dan menerusi Kotak Ulti dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang. Ini merupakan antara ciri-ciri kefungsian terbaharu yang diperkenalkan bagi mengintegrasikan perkhidmatan penstriman global di platform Astro.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia kini boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil yang sama, dengan nilai tambah yang lebih baik.

Netflix

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata, “Kerjasama yang termeterai dengan Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan No.1 bagi rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati. Pengumuman ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia.”

Tony Zameczkowski, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC, Netflix berkata, “Rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis, dan K-drama seperti Vincenzo, kami percaya bahawa kisah-kisah terhebat seperti ini boleh datang dari mana sahaja dan turut diminati oleh audiens seluruh dunia. Saya amat berbesar hati dengan pakatan strategik yang terjalin dengan Astro kerana kerjasama tersebut membolehkan kami membawa kandungan hiburan bertaraf dunia di pelbagai peranti pintar pilihan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.”

Dapatkan maklumat lanjut dan info mengenai pendaftaran di https://astro.com.my/Netflix ###

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Viral Hiasan | 23

Kisah Lelaki Yang Sangat Terdesak Sampai Jual Baju Sendiri, Isteri & Anak Demi Teruskan Hidup

Aprena Manrose 2020 | 24

Selepas Elizad, Giliran Aprena Manrose Pula Disoal Tentang Zuriat