in

Astro Lancar Saluran Baru TARA HD

Astro telah melancarkan sebuah saluran Hiburan Hindi Umum yang berdefinisi tinggi (HD) baharu iaitu TARA HD (Saluran 108). Semua pelanggan yang memiliki dekoder Astro B.yond akan menikmati akses pra-tonton percuma ke saluran ini sehingga 20 November 2016.

Para penggemar hiburan Bollywood pasti akan teruja untuk menyaksikan pelbagai rancangan yang disajikan menerusi saluran ini termasuklah hiburan terkini dari dunia Bollywood seperti filem-filem klasik, rancangan siri televisyen, program realiti, rancangan bual bicara dan drama televisyen menerusi dua saluran jenama Hindi terkini, iaitu TARA HD dan BollyOne HD (Saluran 251).

Launch Of Tara Hd_Dr Rajamani And Hemalatha

Astro Lancar Saluran Baru TARA HD

[dropcap]S[/dropcap]ejurus tempoh pra-tonton percuma di saluran ini tamat, TARA HD boleh dinikmati oleh pelanggan Astro menerusi pakej Astro Family HD dan boleh turut disaksikan menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG), selain turut terkandung di dalam pakej pra-bayar bagi pelanggan NJOI.

Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan Pelanggan India, Dr. Rajamani Chellamuthu berkata, “Kami di Astro sentiasa mahu memberikan kandungan hiburan berbahasa India terbaik kepada para pelanggan. Pada tahun 2014, kami telah melancarkan BollyOne HD, iaitu sebuah saluran hiburan berbahasa India tanpa henti di mana kami memaparkan filem-filem Hindi terkini, dan ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelanggan. Kini dengan adanya TARA HD, kami akan bawakan lebih banyak hiburan Hindi hebat kepada penonton termasuklah pelbagai jenis drama, filem, konsert, program anugerah berprestij, program realiti, dokumentari dan program bual bicara.

TARA HD hanya menawarkan hiburan Bollywood terbaik kepada pelanggan dan sesuai ditonton oleh setiap peringkat usia. Kami juga turut telah memilih pelbagai jenis filem dan drama dari beberapa saluran terkenal seperti Colors, Star Gold dan Star Plus untuk disiarkan bagi memastikan setiap pelanggan kami menerima hanya kandungan hiburan yang terbaik serta hebat dari kami”.




[pullquote align=“left”]TARA HD turut menawarkan drama bersiri terbaik, selain rancangan aneka ragam, dan program muzik yang dibawakan khas dari India dan Pakistan.[/pullquote]

Antara program menarik yang pasti menarik perhatian penonton adalah beberapa judul drama seperti ‘Chakravarthi Ashok Samrat’, ‘Nagin’, ‘Yeh Hai Mohobattein’, ‘Ishqbaaaz’ dan ‘CID’; selain drama bersiri seperti ‘Yudh’ yang dibintangi Amitabh Bachchan. Selain itu juga antara program menarik lain yang boleh disaksikan menerusi saluran baharu ini adalah rancangan bual bicara popular seperti ‘Koffee with Karan’ dan ‘The Kapil Sharma Show’ selain beberapa rancangan variasi yang lain seperti ‘Bolly Stars’, ‘Bolly Dance’, dan ‘Comedy Nights Bachaq’.

Tayangan filem blockbuster dan pelbagai rancangan menarik bersempena sambutan perayaan Deepavali

Pelanggan NJOI juga boleh menikmati pra-tonton percuma saluran TARA HD ini sehingga 20 November 2016. Namun setelah tamat tempoh pra-tonton tersebut, saluran ini boleh dinikmati dengan melanggan pada harga RM 7.00 untuk tempoh masa 3 hari, RM 10.00 untuk tempoh masa 7 hari dan RM 25.00 bagi tempoh masa 30 hari. Selain itu, TARA HD juga boleh disaksikan oleh pelanggan Astro menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG) dengan saluran berdefinisi tinggi (HD).

Langganan AOTG ini adalah termasuk di dalam pakej Super Pack Plus, Super Pack, Multi room, Sports Pack dan Value Pack tanpa sebarang caj tambahan dikenakan. Manakala bagi pelanggan Astro dengan pakej yang lain, ianya boleh dibeli pada harga RM 10.60/sebulan.

Kesemua program yang disiarkan di saluran TARA HD juga turut disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Untuk keterangan lanjut mengenai TARA HD, sila layari http://www.bollyonehd.com/bollywoodnews. Untuk melanggan sebarang pakej di Astro dan NJOI, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 03 -9543 3838.

Opening Performance By Desi Dance Group

Group Picture With Local Talents And Host

Dr Rajamani With Local Artist

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapakah Pemenang HERO OVEN Pertama Malaysia

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2016 (ASK2016)