in

Astro Julang Anugerah di Asean Business Awards 2013

[dropcap]T[/dropcap]ahniah! Astro Malaysia Holdings Berhad (“Astro”) telah dinobatkan sebagai ‘Most Admired Enterprise’ bagi kategori Tanggungjawab Sosial Korporat (Syarikat Besar) di ASEAN Business Awards 2013 (“ABA”).

ABA dianjurkan dan dilancarkan oleh negara-negara ASEAN pada tahun 2007 untuk memberikan pengiktirafan kepada syarikat-syarikat di rantau ini yang telah memberikan sumbangan positif dalam pelbagai bidang seperti pembangunan, pekerjaan, inovasi dan tanggungjawab sosial korporat (“CSR”).

Astro

[pullquote align=”right”]ASTRO dianugerahkan ‘MOST ADMIRED ENTERPRISE’ bagi tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Asean Business Awards 2013[/pullquote]

ABA 2013 disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei pada 20 Ogos 2013, di Majlis Makan Malam Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-45 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Brunei.

Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-45, mengucapkan tahniah kepada Astro atas penerimaan anugerah tersebut.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian Astro yang ternyata cemerlang bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat serantau. Astro sememangnya layak menerima anugerah CSR ini, memandangkan sumbangan besar yang telah ia berikan kepada rakyat Malaysia. Teruskan usaha ini, dan kita berharap Astro akan merangkul lebih banyak pengiktirafan pada masa akan datang. Syabas diucapkan,”- Dato’ Sri Mustapa.

Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata,

“Kami di Astro Kasih ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah menerima baik kehadiran kami. Suatu penghormatan buat kami apabila diberi kesempatan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian anggota masyarakat. Ini termasuklah komuniti di Kg. Magandai, dan Kg. Malinsau di Sabah serta Kg. Sg. Paku di Sarawak. Anda terus menjadi inspirasi kami di Astro.”

Astro Kasih mempunyai empat asas CSR, iaitu pembelajaran sepanjang hayat, sukan & kesihatan, pembangunan komuniti dan alam sekitar. Dengan lebih 4,500 kakitangan yang berkhidmat untuk 3.5 juta rumah di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman di Malaysia, Astro mempunyai kelebihan untuk memberi khidmat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Astro menggalakkan kakitangannya untuk memanfaatkan bakat dan kemahiran masing-masing melalui projek Astro Kasih. Sehingga hari ini, kakitangan Astro telah menyumbangkan kira-kira 68,000 jam untuk menjayakan lebih daripada 700 projek amal. Semangat dan kepuasan yang dirasai oleh kakitangan Astro dalam merealisasikan inisiatif Astro Kasih apabila penganjuran setiap program CSR mengubah kehidupan komuniti meninggalkan kesan positif yang amat memberangsangkan.

Astro

Antara projek CSR Astro Kasih termasuklah:
• Pembelajaran Sepanjang Hayat – Sistem Pembelajaran Kampus Astro

  • o Membekalkan set top box, piring, alat kawalan jauh dan akses ke 17 saluran pembelajaran Astro kepada sekolah-sekolah seluruh negara.
  • o Menyediakan lebih daripada 700 jam program televisyen berasaskan pembelajaran untuk menyokong sukatan pembelajaran sekolah bagi membantu kira-kira 5.3 juta pelajar dalam usaha akademik mereka.
  • o Kakitangan Astro melawat lebih 600 sekolah untuk menemui lebih 100,000 pelajar untuk menunjuk cara menggunakan Sistem Pembelajaran Kampus Astro, serta melibatkan mereka dengan permainan serta eksperimen menyeronokkan di atas sebuah trak yang diubah suai khas untuk tujuan tersebut.

• Sukan & Kesihatan – 1MCC – Astro Kem BOLA

  • o Astro mengadakan kerjasama selama lima tahun dengan Akademi Bolasepak 1Malaysia Cardiff City, yang memberi peluang kepada anak-anak muda berlatih di bawah naungan kelab bolasepak bertaraf Liga Premier iaitu Cardiff City Football Club.
  • o Dalam tahun pertama, kira-kira 2,530 belia menjalani latihan bolasepak profesional dengan jurulatih Cardiff City di Cardiff, UK.

• Pembangunan Komuniti – Astro Hostel

  • o Kakitangan Astro telah membina 3 buah asrama di Kg. Magandai dan Ranau di Sabah serta Sungai Paku di Sarawak yang lengkap dengan kemudahan asas, dan memasang Sistem Pembelajaran Kampus Astro untuk memudahkan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman bersekolah. Sebelum ini, mereka perlu berjalan antara 4 dan 6 jam sehari ke sekolah.

• Alam Sekitar

  • o Dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan marin, kami bekerjasama dengan 134 penyelam tempatan dan antarabangsa bagi menjayakan pembersihan dasar laut selama 168 jam secara berterusan, sebuah inisiatif yang kini tercatat dalam GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk Pembersihan Dasar Laut Terpanjang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ntv7 Semarak Kempen Saya Sayang Malaysia

Program Menarik di 8TV Sempena Hari Merdeka