Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , , ,

Astro Jadi Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar, Pelanggan ‘Movies Pack’ Akan Dapat Strim

Pelanggan ‘Movies Pack’ Astro akan dapat strim Disney+ Hotstar

Astro teruja mengumumkan pelantikannya oleh The Walt Disney Company sebagai pengedar rasmi untuk perkhidmatan penstriman yang dinantikan, Disney+ Hotstar, di Malaysia yang akan dilancarkan pada 1 Jun 2021. Pelanggan Astro akan dapat strim lebih daripada 800 filem dan 18,000 kandungan episod Disney yang menakjubkan pada aplikasi Disney+ Hotstar. Astro berusaha untuk menyediakan kandungan Disney+ Hotstar menerusi kotak Ultra dan Ulti yang disambungkan, pada tahun ini kelak dan memberikan kemudahan hiburan sehenti kepada pelanggan Astro.

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata, “Kami gembira dapat menjadi pengedar rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia dan akan mengagregasikan lebih banyak kandungan bertaraf dunia di platform kami. Tidak lama lagi, pelanggan dapat menikmati kandungan hebat dari Disney+ Hotstar, tambahan kepada kandungan terbaik Astro, kandungan tempatan, karya asli yang memenangi anugerah, dan kandungan sukan yang tiada tandingannya, yang menjadikan kami destinasi hiburan yang tidak disangkal lagi oleh rakyat Malaysia.”

“Pelanggan ‘Movies Pack’ kami akan dapat strim hiburan bertaraf dunia di Disney+ Hotstar hanya dengan tambahan RM5 sebulan, sementara pelanggan selain ‘Movies Pack’ juga dapat menikmati Disney+ Hotstar melalui ‘bundle’ nilai menarik yang lain. Ini adalah permulaan yang baik untuk tahun penuh aksi di mana kami akan mengagregasikan perkhidmatan penstriman langganan video ‘on demand’ (SVOD), memberikan pelanggan kami pelbagai jenis hiburan untuk dipilih, yang memberi nilaidan kemudahan.”

David Shin, Pengurus Besar, The Walt Disney Company di Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara, berkata, “Kami teruja untuk melancarkan Disney+ Hotstar kepada para pengguna di Malaysia dan juga bekerjasama rapat dengan Astro untuk memberikan hiburan yang terbaik. Dari kandungan klasik Disney yang ikonik, hinggakan siri Disney+ Original yang baharu, kandungan terbaik dari pengarah Malaysia, pembuat filem dan pelakon-pelakon serta siri dan filem Asia, pastinya ada sesuatu untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.”

Disney+ Hotstar adalah destinasi penstriman untuk kandungan global dan Malaysia. Ia menyatukan filem-filem pecah panggung Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi, yang juga merangkumi tayangan perdana eksklusif dan tayangan pecah panggung dari studio terkemuka di Malaysia. Disediakan pada peranti bersambung internet yang serasi, Disney+ Hotstar menawarkan kandungan bebas komersil dengan pelbagai filem asli panjang, siri aksi langsung dan animasi, kandungan format pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier dan filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2. Disney+ Hotstar juga akan menampilkan simpanan kandungan yang luas untuk penerbitan pawagam Malaysia yang memenangi anugerah, dan kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan banyak lagi.

Mulai 4 Mei, pelanggan boleh mula mendaftar untuk mendapatkan ‘Movies Pack’ yang disertakan dengan Disney+ Hotstar pada 1 Jun melalui WhatsApp +603-95433838, Saluran 200, astro.com.my/Disney, dan juga menerusi pengedar dan pembekal yang sah.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version