in

Astro Fiesta Siar Konsert Awie & Ella & Konsert Penghargaan P.Ramlee

SALURAN PERCUMA ASTRO FIESTA KEMBALI TAHUN INI MERAIKAN RANCANGAN MUZIK TERBAIK!
Untuk semua pelanggan Astro selama 10 hari, dari 28 Disember 2012 hingga 6 Januari 2013

[dropcap]P[/dropcap]ara pelanggan Astro dapat meraikan musim cuti ini dengan menonton pelbagai rancangan serta acara muzik yang terbaik di saluran-saluran Astro Fiesta, yang disediakan secara PERCUMA kepada semua pelanggan Astro dari 28 Disember 2012 hingga 6 Januari 2013 di saluran Astro 120 dalam bentuk Definisi Standard (SD) dan juga di saluran Astro 100 dalam bentuk Definisi Tinggi (HD).

Sebagai tanda penghargaan berterusan kepada semua pelanggan Astro, saluran-saluran PERCUMA Astro Fiesta akan menampilkan pelbagai rancangan muzik yang terbaik dari saluran-saluran tempatan dan antarabangsa yang kini sedia ada di Astro.

Astro-Fiesta 2012Logo

[dropcap]P[/dropcap]ada tahun ini, pastinya ramai peminat muzik akan teruja menonton siaran konsert serta persembahan hebat daripada artis-artis tempatan mahupun antarabangsa kegemaran anda dalam genre musik rock metal, rock klasik, pop, dance, hip-hop dan banyak lagi.

[pullquote align=”right”]Astro Fiesta mulai 28 Disember 2012 hingga 6 Januari 2013 di saluran Astro 120 dalam bentuk Definisi Standard (SD) dan juga di saluran Astro 100 dalam bentuk Definisi Tinggi (HD).[/pullquote]

Saksikan siaran Konsert Penghargaan P Ramlee yang menampilkan penyanyi-penyanyi tanah air seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk M. Nasir, Ning Baizura, Meet Uncle Hussain, Yuna, Ella dan Aizat mendendangkan komposisi lagu-lagu popular Allahyarham Tan Sri P Ramlee, mengikut taksiran dan rentak muzik tersendiri. Selain itu, peminat-peminat rock tempatan tentu akan terhibur dengan persembahan Raja dan Ratu rock Malaysia di siaran Konsert Awie & Ella.

Awie&Ellaed

Selain itu, bersedia untuk menari dan menyanyi dengan artis-artis K-Pop kegemaran anda di rancangan popular Korea K-Pop Countdown (Inkigayo) di saluran Astro Fiesta. K-Pop Countdown adalah sebuah rancangan mingguan yang paling lama dan popular di Korea yang menampilkan artis-artis K-Pop terbaru dan terhangat pada masa ini. Saksikan kehebatan dunia K-Pop di saluran Astro Fiesta.

P Ramlee Tribute

[dropcap]P[/dropcap]elanggan-pelanggan Astro juga akan berkesempatan menonton konsert-konsert antarabangsa seperti siaran MTV World Stage LIVE di Malaysia 2012 (menampilkan penyanyi sensasi seperti Justin Bieber, Jay Park & KARA), MTV Sessions: James Morrison dan MTV Sessions: Greyson Chance. Saksikan juga siaran Best Music Festivals yang penuh dengan persembahan hangat sertatemu bual eksklusif dengan rakaman belakang pentas bersama penyanyi terkemuka antarabangsa termasuklah Bruno Mars, Coldplay, Snoop Dog, Foreigner dan Sting. Pastikan anda juga tidak terlepas menyaksikan rancangan popular iTunes Festival 2012 dengan persembahan daripada artis-artis popular di Camden Roundhouse, London seperti Andrea Bocelli, Jack White dan Ed Sheeran.

Jangan ketinggalan menonton saluran percuma Astro Fiesta khas untuk pelanggan-pelanggan Astro bermula dari 28 Disember 2012 – 6 Januari 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my

MTV Sessions Greyson Chance 2012 2ed

iTunes Festival - Jessie Je2

KPop - inkigayo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kontroversi 2 Hari Sebelum Hari Nikah Apex Leuniey

Album Terbaru Sheila On 7 Berlayar Bakal Dihadiahkan di BlackBerry Music Mania Concert