in , ,

Astro Fibre & Celcom Timur Sabah Sediakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi 

Astro Fibre bekerjasama dengan Celcom Timur Sabah untuk menyediakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi kepada 118,000 rumah

Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia telah menandatangani perjanjian akses dengan Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. (“CT Sabah”), sebuah syarikat yang menyediakan Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Sabah.

Perkongsian ini membolehkan Astro menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi bersama pakej TV Astro kepada potensi 118,000 rumah di Sabah merentasi bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Kunak, Sandakan, Penampang, Lahad Datu, Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Putatan, Ranau, Tenom dan Tuaran.

Melalui perkongsian ini, Astro akan dapat menyediakan perkhidmatan jalur lebar kendiri dan bundle sebagai tambahan kepada pakej TV Astro kepada lebih ramai pelanggan di Sabah tanpa perlu membina infrastruktur baharu sambil meneruskan tawaran sambungan internet berprestasi tinggi dan penyelesaian komprehensif kepada pelanggannya melalui Penyelesaian Capaian Internet dari CT Sabah. 

Astro Fibre menawarkan hiburan dan nilai terbaik kerana para pelanggan juga boleh memilih untuk mencipta pakej hiburan mereka sendiri dengan menambah pada Pek TV Astro kami dan menikmati rebat pakej sehingga RM39.00/sebulan.

Astro Fibre yang digabungkan dengan Pek TV bermula dari RM139.99/sebulan dengan rangkaian internet sebanyak 50Mbps untuk menyampaikan pengalaman penstriman yang paling menakjubkan serta Pek Primary yang terdiri daripada lebih daripada 80 saluran, koleksi Video on Demand yang pelbagai, akses kepada Astro GO dan 200 jam Cloud Storage.

Perkhidmatan Astro Fibre ke kawasan ini dijangka akan bermula pada separuh kedua tahun 2023. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Astro Fibre, sila layari www.astro.com.my/fibre.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADAM SHAHZ

“Kewangan & Tekanan Punca Kepincangan Rumah Tangga,” – Adam Shahz

IZZUE ISLAM

Izzue Islam Kini Jadi Hos Muzik Muzik 38, Lebih Dinamik & Segar!