in

Astro Bella Saluran Telenovela 24 Jam Pertama di Malaysia

Astro Bella
Saluran telenovela 24-jam pertama di Malaysia kini menyinari pakej Mustika

Para penggemar rancangan telenovela di Malaysia pastinya akan lebih teruja dengan pelancaran Astro Bella, sebuah saluran yang menghimpunkan pelbagai drama telenovela dari seluruh dunia 24 jam sehari bermula 5 Mac 2012 ini melalui pakej Mustika.

Astro Bella (saluran 133) yang merupakan saluran terbaru dalam pakej Mustika ini akan memberi nafas baru kepada kandungan pakej yang sedia ada menggantikan saluran B4U yang akan ditamatkan siarannya pada 5 Mac 2012. Satu-satunya saluran yang menyatukan semua peminat telenovela di bawah satu rangkaian, Astro Bella bakal memberi tumpuan kepada drama telenovela dari seluruh dunia termasuk Latin, Asia dan tempatan kecuali sinetron dari Indonesia.

Malay Language Business Vice President Khairul Anwar Salleh officiating the Astro Bella channel by playing the Bongo drum.

Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata, “Semasa pakej Mustika diperkenalkan buat pertama kalinya kepada umum pada tahun 2009, kami berazam untuk memberikan kandungan premium dan terbaik daripada program-program dari saluran-saluran yang ada. Untuk kekal relevan, kami sentiasa memastikan bahawa program-program yang ditawarkan terus menepati citarasa pelanggan. Pelancaran saluran Astro Bella pada hari ini dilihat mampu untuk terus menarik perhatian para penonton dan terus melengkapkan hasrat kami yang ingin menjadi pusat hiburan premium untuk tontonan sekeluarga melalui pakej Mustika.”

Pelancaran Astro Bella pada hari ini akan menyempurnakan lagi pakej Mustika serta menyokong dua saluran yang sudah menempah tempat di hati para penonton, iaitu Astra Warna (saluran 132) dan Astro Citra (Saluran 131). Melalui kehadiran Asto Bella, pelanggan pakej Astro Mustika yang sedia ada juga dijamin mendapat kepuasan dari wang yang telah dibelanjakan.

Telenovela yang sememangnya terkenal dengan pengisian melodramatik yang rata-ratanya berunsurkan cinta, dendam, perebutan kuasa, persahabatan, serta keperibadian setiap watak yang dilakonkan bintang-bintang tersohor dan sedang meningkat naik, dijangka bakal menyentuh hati para penonton yang sudah semestinya menginginkan rancangan yang sentiasa dekat di hati mereka.

Astro Bella mensasarkan golongan wanita berusia 18 tahun ke atas lebih-lebih lagi peminat yang mempunyai impian serta mengagumi kehidupan wanita Latin.
Sebagai permulaan, Astro Bella akan menyajikan pengisian kandungan Latin dan Asia kepada para penonton sepanjang tahun. Corak penjadualan tayangan telah disusun rapi agar menepati kelompok penonton sasaran.

Penonton juga diberi jaminan bahawa semua rancangan yang disiarkan menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Penonton juga akan dinasihatkan tentang kesesuaian rancangan melalui klasifikasi kumpulan seperti yang telah digariskan. Bagi mengekalkan keaslian dan keseronokkan menonton drama telenovela, pihak Astro mengekalkan bahasa asal dan menyediakan sarikata sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia untuk kesemua program yang bersiaran.

Sempena pelancaran Astro Bella pada bulan Mac ini, pelanggan juga berpeluang menonton Fish Port Princess (Tagalog), Rivals (Tagalog) , Diabla Daniela (Latin), Emparatriz (Latin), Pasion Morena (Latin), Eternamente Tuya (Latin) dan siri mini Girlfriends (Italian) serta Drowning City (Latin).

Pelancaran Astro Bella ini juga telah mengukuhkan lagi kedudukan pakej Mustika sebagai penyedia kandungan premium dan bagi melengkapi kehadiran saluran Astro Warna; saluran komedi tempatan 24-jam yang pertama dan pusat kepada pelawak tempatan yang membawakan program komedi kegemaran Melayu sepanjang zaman, sitcom terbitan tempatan yang baru, drama komedi, sketsa dan persembahan komedi solo serta Astro Citra; saluran HBO versi Malaysia yang menghiburkan pelanggan dengan filem blockbuster tempatan dan Asia, filem perdana Melayu, siri epik Melayu dan filem kegemaran Melayu sepanjang zaman.

Astro Bella akan mula bersiaran bermula 5 Mac 2012 melalui pakej Mustika pada harga RM12.95 sebulan. Untuk melanggan, sila layari laman web www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1-300-82-777.

Untuk maklumat lanjut mengenai saluran Astro Bella, pelanggan boleh menonton saluran 130 untuk pratonton program-program hebat dan layari laman facebook www.facebook.com/astrobella133.

Astro's Malay Language Business Vice President Khairul Anwar Salleh (right) Astro Bella's Channel Manager Natasha Hashim (center) and AVP Premium Channel, Nizam Sani

Astro’s Malay Language Business Vice President Khairul Anwar Salleh (right) Astro Bella’s Channel Manager Natasha Hashim (center) and AVP Premium Channel, Nizam Sani

One Comment

Leave a Reply
  1. Selamat petang.saya penonton tetap astro bella.saya nak tanya dan nak tahu mengapa drama astro bella sering kali dimainkan ulang-alik..saya harap channel astro bella di naik taraf.dan perbanyakanvdrama telenovela filipina…harap maklum

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di PC ABPBH2011 Ke-3

Pendapatan Lumayan Dengan Menulis Skrip Drama TV Secara Part Time atau Sepenuh Masa