in ,

Astro Bakal Lancar Program Realiti Terbaharu GEMPAK SUPERSTAR

Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Astro Ria sebagai sebuah saluran hiburan Melayu utama, pihak Astro dengan berbesar hati bakal melancarkan sebuah lagi program realiti yang berkonsepkan pertandingan nyanyian iaitu Gempak Superstar istimewa bermula April ini.

GEMPAK SUPERSTAR

Tampil dengan format segar yang pastinya menghiburkan, buat julung kalinya Gempak Superstar bakal menghimpunkan 10 barisan pelakon popular tanah air sebagai peserta yang akan berentap di pentas utama setiap minggu untuk merebut gelaran juara. Apakah tugasan yang diberikan kepada para peserta?

Bukan itu sahaja, program ini juga akan menyaksikan gabungan dua pelakon popular tanah air yang bakal disatukan untuk menerajui program ini selaku hos. Siapakah mereka? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Popular Jayakan Muzikal Randai CINDUA MATO

Peraduan Gandakan Keriangan Tawar Hadiah Lumayan