in

Astro Arena Kini Boleh Ditonton Dalam HD

Sepanjang enam tahun bersiaran sejak 26 Mac 2010, pelbagai kejayaan dan sejarah yang telah ditempa oleh Astro Arena dengan membawakan liputan menyeluruh dalam kejohanan-kejohanan tempatan, serantau dan antarabangsa dan terbaru, temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Rio 2016 yang turut disiarkan di dalam saluran definisi tinggi (HD)

Liputan langsung selama 15 jam sehari sepanjang Olimpik, Rio 2016 adalah kejayaan terbesar direkodkan Astro Arena apabila berjaya mencatatkan rekod jumlah tertinggi tontonan seramai 6.5 juta penonton ketika perlawanan badminton separuh akhir perseorangan lelaki negara dan perlawanan akhir beregu lelaki negara.

Rentetan daripada kejayaan ini, Astro dengan bangganya melancarkan secara terus Astro Arena HD di saluran 802 bermula 1 September ini.

4593_Arena_HD_print_ad

Mercu Tanda Baru Buat Astro Arena Dalam HD

[dropcap]M[/dropcap]enurut Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay, para peminat sukan kini boleh menikmati pengalaman tontonan dalam resolusi tinggi selain wadah terbaik untuk mendapatkan informasi terkini mengenai sukan tempatan dan antarabangsa di Astro Arena.

“Sejak Astro Arena bersiaran dalam HD buat pertama kali pada Sukan Sea Myanmar 2013, kami sentiasa berusaha untuk merealisasikan impian secara terus dalam HD yang sekian lama dinantikan oleh peminat sukan tanahair. Sepanjang Rio 2016 pula, Astro Arena membawakan liputan paling komprehensif dan meluas termasuk dalam saluran HD bagi memberikan sokongan buat atlit negara di pentas antarabangsa sekaligus meraikan kejayaan yang dikecapi oleh mereka.”

“Ini menunjukkan kami sentiasa komited untuk meningkatkan penerbitan dengan menggunakan teknologi pengeluaran terbaik dalam gambar berdefinisi tinggi yang pasti memberikan pengalaman tontonan dalam visual yang berkualiti kepada semua peminat sukan.”

“Selepas kejayaan liputan di Rio 2016, kini sudah tiba masanya untuk peminat sukan tanahair terus menikmati kualiti penyiaran yang terbaik dalam liputan kejohanan tempatan dan antarabangsa terutama pada temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun hadapan. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi dari awal sehingga kini.”




Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay bersama penyampai-penyampai Astro Arena yang bertugas semasa sukan Olimpik, Rio 2016

Nikmati pengalaman tontonan berkualiti tinggi

[dropcap]S[/dropcap]ementara itu penyampai Astro Arena yang juga bekas pemain hoki negara, Mirnawan Nawawi dan Sharon Wee, bekas pemain Skuasy negara turut melahirkan rasa teruja dengan pelancaran Astro Arena HD.

[pullquote align=”right”]Menurut Mirnawan, Astro Arena sentiasa melangkah ke hadapan dengan kewujudan Astro Arena HD dan kini peminat sukan negara dapat menyaksikan dengan lebih dekat dan merasai debaran serta pengalaman luar biasa aksi sukan dalam resolusi tinggi.[/pullquote]

Bagi Sharon, ini adalah satu pengiftirafan kepada usaha dan komitmen Astro Arena dalam membawakan yang terbaik kepada peminat sukan negara. Selain itu, ini juga adalah penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong Astro Arena.

Astro Arena sejak 2010 sehingga kini telah memaparkan lebih daripada 16,000 jam liputan sukan tempatan dan antarabangsa secara langsung serta berita sukan (Nadi Arena) dan program majalah TV.

arena logo 3DHD ENG

Mirnawan Nawawi dan Dayang ketika bertugas di Studio Arena

Sharon Wee ketika menyampaikan perkembangan terkini atlit negara di Olimpik, Rio 2016

Piala Sultan Azlan Shah 2016 antara kejohanan siaran langsung yang dibawakan Asto Arena

Mirnawan Nawawi dan Bazly Azmy menyampaikan laporan ketika Piala Sultan Azlan Shah 2016

Astro Arena, Nadi Sukan Malaysia.

Tentang Astro Arena Sdn Bhd.

Astro Arena adalah saluran sukan pertama berbahasa Malaysia yang memfokuskan kepada perkembangan sukan tempatan dan antarabangsa yang bersiaran melalui saluran 801 di Astro. Tanggal 26 Mac 2010 merupakan detik bersejarah buat Astro Arena apabila buat pertama kali memulakan siarannya di rangkaian saluran televisyen Astro. Astro Arena telah menjalankan liputan menyeluruh dalam beberapa temasya sukan utama seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Dalam masa yang sama, Astro Arena turut membuat liputan di beberapa kejohanan sukan lain yang menjadi tumpuan peminat sukan seantero dunia termasuklah Piala Thomas dan Uber, ISTAF Super Series, Kejohanan Hoki Remaja Piala Dunia dan Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah. Astro Arena juga aktif dalam membawakan liputan arena bola sepak antarabangsa yang terkemuka seperti EPL Tour, UEFA Champions League serta Piala Dunia FIFA dengan menawarkan ulasan perlawanan dalam Bahasa melayu. Sehingga kini, Astro Arena telah pun menyiarkan lebih daripada 16,000 jam program berbentuk majalah TV dan berita serta pelbagai lagi siarang langsung aksi sukan lain membabitkan penyertaan atlet negara di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Program- program HD di Astro Arena akan datang:

BOLASEPAK PERSAHABATAN ANTARABANGSA 2016
Malaysia Lwn Bahrain Bwh 22 Tahun
2 September 2016

Malaysia Lwn Afghanistan
11 Oktober 2016

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KEBANGSAAN GP 2016
17 & 18 September 2016

KEJOHANAN TNB LIGA HOKI MALAYSIA 2016
19 Ogos – 25 September

KEJOHANAN BOLA KERANJANG SEABA WANITA 2016
20 – 26 September 2016

SEPAK TAKRAW LEAGUE (STL) 2016
30 September – 18 Disember 2016

BOLA SEPAK PIALA BELIA 2016
18 & 25 Oktober 2016

HOKI PIALA SULTAN JOHOR 2016
31 Oktober – 6 November 2016

KEJOHANAN TERJUN GRAND PRIX (GP) FINA 2016
BADMINTON PURPLE LEAGUE 2016
Bermula 21 Disember 2016

PIALA PRESIDEN (Akhir)
27 Oktober 2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asia Aviation Capital To Appoint Stephane Daillencourt As President And Chief Executive Officer

Logo Fashion Lounge & Gallery Launches First Flagship Store At Evolve Concept Mall