in

Aston Primera Pasteur Hotel Pertama di Indonesia IPTV

Aston Primera Pasteur : Hotel Pertama di Indonesia dengan IPTV!
oleh Shah Shamshiri

Pendapat sesetengah orang tentang hotel dan tempat penginapan biasanya sama sahaja. Secara amnya, semua beranggapan hotel pasti bilik tidur, bilik mandi dan tempat makan. Itu sahaja. Namun ramai yang lupa bahawa kemudahan yang disediakan oleh beberapa hotel tertentu berbeza mengikut keadaan, tempat dan keperluan.

Begitulah kesnya bagi salah sebuah hotel terbaru di Bandung yang mempunyai ciri uniknya tersendiri iaitu Aston Primera Pasteur Hotel & Conference Centre. Hotel yang baru berusia setahun ini merupakan satu lokasi penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang ke Bandung untuk tujuan kerja dan perniagaan.

Dari segi lokasi, hotel ini sangat strategik kerana jaraknya ke lapangan terbang Bandung (Hussein Sastranegara) hanya mengambil masa sekitar 10 minit sahaja dengan menaiki kereta atau teksi. ini memudahkan mereka yang perlu mengejar waktu untuk menaiki pesawat masing-masing.

Ia juga sangat berdekatan dengan laluan tol Cipularang – Purbaleunyi yang memudahkan para pengunjung untuk terus menghala ke Jakarta dengan menggunakan lebuhraya. Selain itu stesen keretapi terhampir juga hanyalah 10 minit dari hotel ini dengan berkenderaan. Lebih menarik lagi, kawasan membeli-belah dan beraneka tempat makan juga tidak jauh dari sini. Pusat membeli-belah tersohor Bandung, Paris Van Java juga beberapa minit dari hotel ini dengan menaiki kereta.

Menampilkan bilik-bilik yang serba moden dan ruangan khas untuk acara-acara tertentu, keajaiban bilik-bilik di hotel ini diperhebatkan lagi dengan perkhidmatan televisyen mereka yang serba canggih. Ini kerana Aston Primera Pasteur merupakan hotel pertama di Indonesia yang dilengkapi dengan Internet Protocol Television atau IPTV (Televisyen Berprotokol Internet) dalam setiap bilik mereka. Melalui sistem televisyen canggih ini, para tamu dapat menikmati kemudahan TV interaktif yang sangat komprehensif dan menjangkaui harapan pengguna dari segi maklumat serta hiburan. Para tamu juga dapat melihat maklumat bil dan bayaran di layar TV, selain maklumat perkhidmatan multi-media seperti cucian pakaian, limosin, menghantar SMS melalui layar TV malah memesan perkhidmatan bilik (Room Service) dengan memilih sajian yang ada tertera di dalam layar TV hotel. Pendek kata, perkhidmatan ini benar-benar memudahkan para tamu hotel.

Aston Primera Pasteur juga dilengkapi dengan sebuah kolam renang, sebuah pusat karaoke peribadi di tingkat 2A, sebuah gimnasium dan spa, serta ruangan lounge dan sebuah bar. Hotel ini memang sesuai buat anda yang inginkan kemudahan dan kelainan dalam penginapan anda di kota Bandung!

1A1 Deluxe King

1D Governer Suite 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zed Zaidi & Aleeza Shadan dalam Drama Setelah Kau Tiada

Paul McDonald is Eliminated On American Idol