in , ,

Asmidar & Aizat Amdan Bergabung dalam Single Pertama RAYA, JANJI HAPPY

Asmidar & Aizat Amdan Tubuh Band Bernama “Thunderclap” Dengan Single Pertama “Raya, Janji Happy”

Rilisan terbaru dari KGE Studio mempersembahkan sebuah lagu raya bertajuk “Raya, Janji Happy” kolaborasi bersama Asmidar, Aizat Amdan tajaan Mimpi Kita. Lagu ini, bagaikan membawa anda ke zaman 50-an, jadi pilihan bunyi-bunyi di dalamnya berpandukan zaman itu. 

Band “Thunderclap” ini, adalah sebuah projek band raya gandingan Asmidar (vokal), Aizat Amdan (vokal dan gitar) dan Ruvi (snare). 

Asmidar & Aizat Amdan Bergabung dalam Single Pertama RAYA, JANJI HAPPY

Tercetusnya idea untuk lagu “Raya, Janji Happy” adalah apabila Aizat dan Asmidar ingin memberi penghormatan kepada arwah nenek dan moyang mereka. “Arwah Opah saya pernah pesan dekat saya untuk buat lagu asli setelah mendengar saya cover lagu Nak Dara Rindu daripada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Jadi ini adalah kehormatan untuknya”, kata Aizat Amdan. 

Muzik Video lagu “Raya, Janji Happy” akan dikeluarkan pada 6 April 2023 (Khamis) di Youtube KGE Studio manakala pada 10 April 2023 (Isnin) di seluruh platform digital strim

Asmidar & Aizat Amdan Bergabung dalam Single Pertama RAYA, JANJI HAPPY

Tajuk: Raya, Janji Happy (2:28) 

Producer: Aizat Amdan
Performed by: Aizat Amdan, Asmidar & Ruviyamin Written by: Asmidar & Aizat Amdan Arrangements: Ruviyamin
Mixing: Felix Voon
Mastering: Felix Voon
Source: Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd 

Lirik Lagu 

Sepanjang waktu
Kau harum mekar mewangi Bunga yang indah
Segar nyaman di dalam hati 

Tiap musim kau
Ku bayang kau di sisiku Kau ku puja
Kau kusayang
Kau ku tunggu 

Chorus: 

Rayaku bersama mu Kan ku ingat selalu Kau bunga yang Aku sayang 

Yang ku rindu Nikmat yang kan Aku simpan Dihatiku

Tiap musim kau Ada di sanubari ku Kau ku puja,
Kau kusayang Tiap waktu 

Chorus: 

Rayaku bersama mu
Kan ku ingat selalu
Kau bunga yang
Aku sayang yang ku rindu
Nikmat yang kan aku simpan dihatiku 

Walau sendiri lagi Tak berakhir di sini Tapi janji
Raya kita tetap happy 

TENTANG KGE STUDIO 

Dengan lebih daripada satu dekad pengalaman dalam industri muzik, KGE Studio telah menghasilkan artis tempatan yang berbakat seperti Aizat Amdan,Ai.Z, Countrywolves, Faiz Najib dan banyak lagi. KGE Studio adalah rumah produksi audio yang menawarkan perkhidmatan yang terdiri daripada pengeluaran audio, pengarang, penulisan lagu dan pengurusan bakat. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Tak Mahu Keluarkan Kata Tidak Sepatutnya Bulan Puasa,” – Syamsul

Konsert JIWA KACAU Empat Kugiran Terbaik Malaysia di Atas Satu Panggung