in , ,

“Arwah Menitiskan Air Mata Sebelum Disahkan Meninggal,” – Zizi Kirana

Putrajaya: “Ibu arwah cakap, sebelum disahkan meninggal, arwah menitiskan air mata,” kongsi penyanyi, Zizi Kirana yang sempat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sandra Dianne di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.

Zizi berkata, dia bergegas ke hospital selepas dimaklumkan perkara itu oleh pengurusnya yang dikenali sebagai, Bob yang berada di sana.

Menurut Zizi, dia juga dimaklumkan arwah sudah dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) pada pagi semalam sebelum dilaporkan kritikal pada jam 11 malam.

Zizi Kirana Sandra Dianne

“Sehari sebelum kemalangan, Sandra ada masuk di sesi siaran langsung Instagram saya. Saya ucapkan tahniah dan beri dia kata semangat dan berjanji mahu datang memberi sokongan di Big Stage. Tapi, tidak kesampaian dan akhirnya pertemuan kami di hospital.

“Hampir setiap hari saya dikemaskini mengenai perkembangan Sandra termasuklah arwah dipindahkan ke CCU. Cuma, semalam seharian saya berasa tak sedap hati. Berkali-kali saya tanya pada Bob mengenai keadaan Sandra.

“Pada jam 11 malam tadi, Bob mesej saya yang Sandra dalam keadaan kritikal dan pada jam 1 dia sudah tiada. Kebetulan sesi rakaman saya sudah habis, jadi terus ke hospital,”

– Zizi Kirana
Zizi Kirana Sandra Dianne

Menurut Zizi, dia juga berada di hospital pada hari pertama arwah dimasukkan ke unit kecemasan.

Zizi berkata, walaupun dia baru dua tahun berkawan dengan arwah selepas bekerjasama menerusi lagu Terkemuka, Zizi menyifatkan arwah seorang yang sangat baik.

Zizi Kirana Sandra Dianne

“Kali pertama jumpa masa nak bekerjasama lagu Terkemuka. Dari situ kami terus berkawan. Dia seorang yang lucu dan lurus bendul. Tapi, sangat ‘best’ berkawan dengannya. 

“Hari pertama dia dimasukkan ke hospital saya tunggu sampai tengah malam untuk pastikan dia sedar. Tapi, selepas lebih empat jam masih tak sedar, doktor terus masukkan ke ICU.

“Lebih menyedihkan, minggu depan iaitu 16 September hari jadi Sandra. Padahal saya ada cakap pada pengurus yang mana nak belikan kek dan berharap dia sedar ketika itu,”

– Zizi Kirana
Zizi Kirana Sandra Dianne

Terdahulu, Sandra yang juga bintang Big Stage musim ketiga, mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dan sebelum ditempatkan di ICU hospital itu.

Jenazah Allahyarham akan disempurna dan dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah.

*Sumber: Harian Metro
Zizi Kirana Sandra Dianne

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AishaHanim & Iq Dinzly Ajak Pendengar Supaya Jangan Terlalu ‘LEKA’

Romantisnya! Mira Filzah Kongsi Foto Berbulan Madu di Pulau Langkawi