in ,

Artis Veteran Kembali Beraksi dalam STAND UP COMEDY OTAI

Astro Sahut Seruan Finas, Bantu Artis Veteran Kembali Beraksi. Dato’ Shah Reza, Sheila Mambo, Sabri Yunus, Didie Alias, Angeline Tan, Jaafar Onn antara penyeri pentas ‘Stand Up Comedy Otai’.

Bagi menyahut saranan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi menggalakkan penglibatan penggiat seni veteran untuk memeriahkan industri kandungan karya kreatif tempatan, Astro akan melancarkan sebuah lagi program berkonsepkan komedi terbaharu berjudul ‘Stand Up Comedy Otai’ yang bakal bersiaran pada setiap Khamis bermula 5 Disember 2019, jam 9.30 malam di Astro Warna/Warna HD (saluran 132/124).

STAND UP COMEDY OTAI

Program ini juga boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

Program ‘Stand Up Comedy Otai’ yang dihoskan oleh Joey Daud merupakan salah satu inisiatif Astro untuk memberikan peluang kepada golongan penggiat seni veteran yang terdiri daripada barisan pelakon dan pelawak untuk kekal aktif menerusi platform yang disediakan.

Majlis sidang media ini bakal diadakan minggu depan untuk mempromosikan program ini kepada media. Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nazri.

Turut menyerikan majlis kelak adalah barisan peserta ‘Stand Up Comedy Otai’ termasuklah Dato’ Shah Reza, Sheila Mambo, Sabri Yunus, Apek Senario, Pak Ya Senario, Azlee Senario, AR Badul, Salleh Yaacob, Didie Alias, Angeline Tan, Jaafar Onn, Hamdan Ramli, Shamsul Ghau Ghau, Imuda, Ebby Yus, Jalil Hamid, Norlia Ghani, Sathia, Farouk Hussein dan Abon.

Nantikan kemaskini selanjut di saluran Budiey Channel.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Character Posters for STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER You Must See

Sunday Night Live LEFTHANDED Bakal Gegarkan Hard Rock Café Kuala Lumpur