in

Artis Bantu Bina Rumah Mangsa Lecur

Artis Makin Prihatin Bantu Masyarakat

Kejayaan program gotong-royong membina rumah baru buat mangsa lecur terkena kejutan elektrik iaitu Hairuman Miskun pada penghujung Januari lalu memanggil portal murai.com.my sekali lagi untuk bekerjasama dengan KPTM (Kolej Poly-Tech MARA) bagi program KPTM Prihatin Bersama Selebriti di Pekan, Pahang, Sabtu lalu.
Program yang dianjurkan selama satu hari itu bertujuan untuk membantu mangsa banjir dan orang susah di Perkampungan Datuk Syahbandar, Peramu, Pekan, telah mendapat sokongan dari ramai selebriti seperti Rafidah Ibrahim, Nas Adila, Zehra Zamberi, Zizi The Fabolus Cats, Shahila, Deor, Shah AF8, Sahri, Kumpulan Klangit, PRInc, Aesar Mustafa dan personaliti Bernama TV, Hilmy Ashley.

Murai

Malah, Presiden KPTM, Dato’ Sohaimi Shahadan sendiri sanggup turun padang untuk bersama golongan artis dan penuntut KPTM membaiki surau di Perkampungan Datuk Syahbandar. Lebih menarik, Sohaimi turut meronda seluruh kampung dengan menaiki motosikal bersama selebriti untuk menyerahkan sumbangan ke rumah-rumah yang terpilih.

“Aktiviti amal sebegini sewajarnya dijalankan selalu lebih-lebih lagi dengan adanya penglibatan golongan artis. Apabila artis sanggup turun padang menyertai projek amal ini, ia lebih mendapat perhatian. Jadi, tidak salah sekiranya ia diteruskan dan dijalankan setiap bulan.

“Terima kasih kepada pihak murai.com.my kerana sanggup bawa artis turun padang dari Kuala Lumpur ke Pahang. Sesungguhnya, aktiviti ini sepatutnya bukan dijadikan program eksklusif tetapi program inclusive seperti yang disarankan kerajaan,” ujar Sohaimi.

Dalam pada itu, Shah AF8 yang kali pertama menyertai program ini sangat teruja apabila dia diberikan peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat yang memerlukan bantuan.

Murai

“Shah rasa amat seronok sekali. Kalau boleh, Shah nak menyertainya lagi. Shah boleh mendapat lebih ramai kenalan. Lagi pun, program ini boleh membantu orang yang tidak berkemampuan, warga emas dan macam-macam lagi.

“Portal murai.com.my patut anjurkannya selalu. Sekiranya ada peluang lagi, artis yang pernah menyertai program ini bolehlah menyertai sekali lagi selain penambahan artis-artis yang lain,” kata Shah

Sementara itu, sebelum memulakan aktiviti gotong-royong pada pagi Sabtu, 19 Februari itu, artis yang telah sampai ke Pekan, Pahang pada malam 18 Februari 2011 telah disambut penduduk di sana dengan menjalan program bermain futsal.

Sungguhpun pihak selebriti kalah, namun kearaban antara penduduk kampung sudah terjalin dengan adanya ikatan kemesraan.

Sebelum bertolak pulang ke ibu kota, artis-artis juga sempat singgah ke Kolej KPTM cawangan Pahang dengan menghiburkan penuntut di sana. Antara artis yang sempat bernyanyi secara unplugged ialah Shah AF8, Klangit, Rafidah Ibrahim dan Shahila. Selepas itu, artis dibawa pula ke Teluk Cempedak bagi aktiviti beriadah.

Murai

Murai

Murai

Murai

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert D’Lloyd Semalam di Malaysia

Salma Dapat Pujian Melambung di Konsert Mentor 5