in , ,

Aroya IslamiCruise Tawar Pelayaran Umrah Mewah Untuk Keluarga

Perjalanan Mewah 16 Hari 15 Malam Yang Satukan Rohani, Warisan Dan Pelancongan Premium Di Lautan Antarabangsa

Aroya IslamiCruise baru sahaja melancarkan pakej Pelayaran Umrah Keluarga & Rakan yang pertama di Malaysia – sebuah inovasi pelancongan Islamik yang menyatukan pengalaman mewah, pengisian rohani dan jejak sejarah. Ini bukan sekadar bercuti di atas kapal, tetapi satu bentuk perjalanan hidup yang sarat makna untuk keluarga dan rakan yang mahu menunaikan Umrah dengan cara berbeza.

Pelayaran ini mengambil masa 16 hari 15 malam, bermula dari Malaysia menuju Arab Saudi, sambil singgah di destinasi ikonik seperti Oman, Maldives dan Banda Aceh. Yang lebih menarik, laluan ini sebenarnya menelusuri semula jalan laut bersejarah yang suatu ketika dahulu menjadi laluan para jemaah menunaikan Haji dan Umrah sebelum wujudnya penerbangan moden.

Budiey boleh katakan, pelayaran ini seolah-olah membawa kita “throwback” kepada nostalgia perjalanan orang lama, tapi dalam versi lebih selesa, lebih eksklusif dan penuh gaya moden.

Aroya IslamiCruise Tawar Pelayaran Umrah Mewah Untuk Keluarga

Pakej Family & Friends Direka Untuk Keselesaan Maksimum Dan Rohani Yang Utuh

Pakej Family & Friends yang diperkenalkan bukan calang-calang. Ia menawarkan pengalaman lengkap:

  • 16 hari 15 malam perjalanan pelayaran penuh makna
  • Penginapan mewah Balcony Cabin untuk 4 orang sekeluarga atau sahabat rapat
  • 3 hari 2 malam penginapan di Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah

Promosi ini sah sehingga 31 Oktober 2025. Dari sudut pasaran pelancongan, pakej sebegini sebenarnya menjawab trend travel berkonsepkan keluarga & faith-based tourism yang kini semakin berkembang dalam kalangan umat Islam seluruh dunia. Malaysia sendiri semakin aktif memposisikan diri sebagai hab pelancongan Islam antarabangsa, dan kehadiran Aroya IslamiCruise menguatkan lagi status tersebut.

Aroya IslamiCruise Tawar Pelayaran Umrah Mewah Untuk Keluarga

Lima Agensi Umrah Paling Terpercaya Jadi Rakan Eksklusif

Tidak semua pakej boleh ditempah sewenang-wenangnya. Bagi menjaga kualiti dan keyakinan, Aroya hanya melantik lima agensi Umrah & Haji paling berpengaruh di Malaysia untuk menguruskan tempahan:

  • Tabung Haji Travel & Tours (THTS)
  • Andalusia Travel & Tours
  • Rayhar Travel & Tours
  • Jay Ibrahim Travel
  • Insaff Travel

Lima agensi ini bukan nama baharu. Mereka telah mengendalikan ratusan ribu jemaah sebelum ini, jadi kerjasama dengan Aroya memberi satu bentuk jaminan eksklusif bahawa pakej ini bukan sekadar mewah, tetapi juga selamat, teratur dan dipercayai.

Aroya IslamiCruise Tawar Pelayaran Umrah Mewah Untuk Keluarga

Bimbingan Rohani Sepanjang Pelayaran Dari Ustaz Tersohor

Antara nilai tambah yang membuat pakej ini lain daripada yang lain ialah pengisian rohaninya. Penumpang akan dibimbing oleh dua tokoh agama ternama: Ustaz Wadi Anuar (Malaysia) dan Ustaz Abdul Somad (Indonesia). Mereka akan memimpin ceramah, tazkirah dan sesi rohani sepanjang pelayaran.

Bayangkan berada di atas kapal yang luas, lautan terbentang di sekeliling, tetapi hati terikat dengan pengisian agama – itulah perpaduan antara spiritual dan pengalaman eksklusif yang ingin disampaikan Aroya.

AROYA BALCONY SUITE 1

Seperti kata Ab Rahman Mohd Ali, Pengarah Projek Aroya IslamiCruise:

“Pelayaran ini merupakan satu detik bersejarah yang penuh makna, khusus buat insan-insan hebat yang telah mencurah keringat dan usaha sepanjang kehidupan mereka. Inilah saat yang dinanti.

Waktu untuk memanjakan diri, menyuburkan jiwa dan merehatkan raga, dalam suasana yang tenang dan penuh keberkatan. Sebuah hadiah istimewa dari Allah SWT, dihayati melalui pengalaman unik bersama Aroya IslamiCruise.”

Ab Rahman Mohd Ali
Aroya IslamiCruise Tawar Pelayaran Umrah Mewah Untuk Keluarga

Khuzama Club Simbol Status Eksklusif Untuk Tetamu Premium

Tetamu yang memilih suite atau kelas lebih tinggi akan mendapat Keahlian Khuzama Club – pas eksklusif yang membawa pelbagai keistimewaan seperti:

  • Keutamaan boarding tanpa perlu menunggu panjang
  • Pengalaman santapan bertaraf lima bintang
  • Concierge peribadi untuk melayan keperluan tetamu 24/7
  • Sesi kebudayaan peribadi untuk memahami warisan Islamik dan Arab
  • Pengalaman pelabuhan premium yang dirangka khas berbeza dengan penumpang biasa

Khuzama Club ini bukan sahaja tentang kemudahan, tetapi tentang status, eksklusiviti dan penghargaan untuk tetamu yang mahu sesuatu lebih istimewa.

Aroya IslamiCruise Tawar Pelayaran Umrah Mewah Untuk Keluarga

Aroya Cruises Dan Visi Besar Wawasan 2030 Arab Saudi

Untuk memahami lebih dalam, kita perlu tahu siapa di sebalik Aroya. Aroya Cruises ialah syarikat pelayaran pertama di Arab Saudi, yang lahir daripada inisiatif Cruise Saudi di bawah Wawasan 2030 dan mendapat sokongan Public Investment Fund (PIF).

Kapal utama Aroya mampu menampung lebih daripada 3,300 tetamu dan dilengkapi fasiliti premium yang menepati standard pelayaran antarabangsa. Selain itu, Asia Tenggara kini menjadi fokus utama kerana dilihat sebagai pintu masuk strategik untuk memperkukuh kedudukan Arab Saudi sebagai hab pelancongan Islam global.

Dengan pelancaran pakej Umrah mewah ini, Malaysia bakal menjadi salah satu destinasi penting dalam blueprint pelancongan Islamik dunia.

Aroya IslamiCruise Tawar Pelayaran Umrah Mewah Untuk Keluarga

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, pakej Pelayaran Umrah Keluarga & Rakan Aroya IslamiCruise ini bukan sekadar pelancongan biasa. Ia adalah pertemuan antara spiritualiti dan gaya hidup moden, sesuatu yang jarang sekali kita lihat. Kalau sebelum ini kita hanya kenal konsep cruise sebagai hiburan, kali ini ia ditransformasi menjadi ruang untuk beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT sambil menikmati kemewahan duniawi.

Budiey melihat ini sebagai satu trend baharu dalam pelancongan Islam antarabangsa – gabungan umrah mewah, cruise Islamik eksklusif, laluan bersejarah, dan bimbingan rohani. Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju pelancongan Islam moden dengan adanya kerjasama seperti ini.

Pakej ini juga memberi mesej bahawa Islam tidak menolak kemewahan, malah kemewahan boleh menjadi wasilah untuk menghayati ibadah dengan lebih selesa dan mendalam. Apa yang penting ialah niat dan pengisian rohani yang mengiringi perjalanan tersebut.

Bagi Budiey, ini adalah pakej Umrah generasi baharu – sesuai untuk keluarga, sesuai untuk rakan-rakan, dan sesuai untuk mereka yang mahu mengabadikan memori hidup dalam cara paling bermakna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alicafé Umum Datuk Remy Ishak Sebagai Duta Baharu Kempen Kuasa Kau Kaw