in , ,

Ariz Dakwa Penduduk Gaza Tak Suka Ambil Gambar Orang Miskin, Ini Kata Dr. Sheikh Muszaphar

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli semakin menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apabila dia mendakwa pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew telah menyekatnya di media sosial. Akan tetapi lain pula yang dikatakan oleh Dr. Sheikh Muszaphar.

Ariz Ramli menerusi platform Instagram Stories mempersoalkan tingkah laku Ustaz Ebit Lew ketika menyempurnakan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Terbaru, Caprice telah melakukan sesi live bersama seorang pemuda yang dikenali sebagai Redha Zaini. Pemuda tersebut dipercayai menetap di Cairo dan pernah membantu Ustaz Ebit dan pasukannya ketika mereka menetap di Mesir sebelum menyempurnakan misi di Gaza.

Menerusi siaran live tersebut, Caprice menceritakan mengenai 13 hantaran Instagram Stories yang ditulis olehnya berhubung Ustaz Ebit Lew dan pasukannya. Caprice kata, dia telah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ustaz Ebit berhubung isu pendakwah tersebut menggunakan foto kanak-kanak m4lang di bumi Palestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar. Namun begitu, Caprice mendakwa Ustaz Ebit telah menyekatnya di Instagram.

Ariz Dakwa Penduduk Gaza Tak Suka Ambil Gambar Orang Miskin, Ini Kata Dr. Sheikh Muszaphar

Benda Boleh Bincang

Cuma, sejak ustaz viral, ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak-budak miskin. Caprice bagi contoh budak yang ambil gambar ni. Bila orang Palestin tanya Caprice kenapa seorang ustaz yang terkenal di Malaysia boleh buat macam ni. Caprice tak tahu nak jawab macam mana.

Sementara itu, Caprice sekali mengingatkan orang ramai bahawa penduduk di Gaza tidak suka sekiranya gambar mereka diambil ketika menghulurkan bantuan. Hal ini turut diakui oleh seorang netizen yang berkahwin dengan orang Saudi.

“Saya berkahwin dengan orang Saudi. Orang Arab memang tak suka kalau kita post muka diorang. Lagi-lagi kalau nak untuk menderma. Kalau anda mahu menderma, derma jer. Tak perlu tunjuk.”- tulis salah seorang netizen menerusi DM (Direct Message)

Caprice menjawab, sememangnya ini budaya orang sana yang tidak senang bila penderma ambil gambar orang miskin.

Ariz Dakwa Penduduk Gaza Tak Suka Ambil Gambar Orang Miskin, Ini Kata Dr. Sheikh Muszaphar

“Bila kita tunjuk satu gambar sahaja, terus kena tembak kaw-kaw sedangkan benda ini budaya orang Arab diorang memang tak senang bila ambil gambar orang miskin”

Jelas Caprice, dia mahu masuk ke Gaza untuk menunjukkan bahawa negara kita bersama dengan rakyat dan pejuang di sana. Tambahnya, peperangan di Al-Aqsa pada bulan puasa tempoh hari merupakan pembakar semangat buat dirinya untuk ke sana.

Ariz Dakwa Penduduk Gaza Tak Suka Ambil Gambar Orang Miskin, Ini Kata Dr. Sheikh Muszaphar

Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar ada berkongsi pengalaman beliau sepanjang misi bantuan di Gaza

Video – Gaza Palestine

Many people wanted to enter Palestine for many reasons .

I have been to Gaza twice for a month during the war for humanitarian aid back then .

I worked at Syifa Hospital

I stayed with the Palestinians

Always listening to them …

their plight and their sorrows .

I truly understood them .

Many do not want us to come there ..

All they wanted are aids – Medicine , Hospital Equipment and Food mainly .

Which can be contributed through NGOs .

Loads of trucks and buses are always outside the border awaiting the green light to enter Palestine .

It’s a sacred place

Only with Allah’s Will one is allowed to enter .

Do it for the sake of Allah

Not for name and fame

Do it with Sincerity

Need not make a Shout

Do them quietly

InsyaAllah everything will go smoothly …

Best we could do is to make Donations thru NGOs and Doas in our daily prayers .

Just Sharing

PS – Video from our Palestinian friend Ashaq yesterday

Dalam pada itu ada satu pertanyaan dari netizan apa kah benar orang Palestin tidak suka ambil gamabr orang miskin, namun jawapan diberikan oleh Dr Sheikh Muszaphar sangat bertentangan dengan dakwaan yang di buat oleh Caprice.

Di Instagram, angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar memberitahu kepada umum bahawa di pernah masuk ke Gaza sebanyak dua kali sebelum ini bagi menyempurnakan misi kemanusiaan.

Sebagai salah seorang individu yang bertuah dan pernah menjejakkan kaki di sana, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi pengalamannya sebelum masuk ke Gaza.

Ramai Orang Nak Masuk Ke Palestine

Ramai orang mempunyai pelbagai alasan untuk nak masuk ke Palestine. Saya pernah pergi ke Gaza sebanyak dua kali selama sebulan ketika perang sedang berlaku. Saya pergi atas dasar misi kemanusiaan dan memberi bantuan perubatan pada masa tersebut. Saya bekerja di Hospital Syifa dan saya menetap dengan masyarakat di sana. Saya sentiasa mendengar luahan dan derita yang dialami oleh mereka. Saya sangat memahami mereka.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau pernah berkhidmat di sebuah hospital di Palestine semasa melakukan misi kemanusiaan. Selama sebulan di sana, beliau berjaya memahami dan mendengar luahan masyarakat di sana. Ujar beliau lagi, terlalu ramai orang memberi pelbagai alasan untuk masuk ke Palestine.

Jelas Dr Sheikh Muszaphar, masyarakat di sana dipercayai tidak mahu mana-mana individu datang ke sana. Mereka hanya mahukan bantuan sahaja seperti bantuan perubatan dan makanan. Perkara tersebut boleh dilakukan oleh badan bukan kerajaan tanpa mana-mana individu masuk ke sana. Tambah beliau, terlalu banyak lori dan bas yang masih menunggu di sempadan untuk masuk ke Palestine.

Tempat Keramat

Palestine tempat keramat. Hanya Allah sahaja yang dapat membenarkan seseorang individu untuk masuk ke situ. Oleh itu buat sesuatu kerana Allah dan bukan kerana nama dan kemasyhuran. Buat dengan ikhlas dan tidak perlu hebohkan kepada umum. Buat secara senyap dan InsyaAllah Allah akan permudahkan segalanya. Cara terbaik yang kita semua boleh buat adalah memberi sumbangan menerusi NGO dan berdoa ketika solat. Sekadar berkongsi.

Di akhir posting, Dr Sheikh Muszaphar memberi nasihat kepada umum bahawa setiap perkara yang dilakukan perlu didahului dengan niat kerana Allah. Menurut beliau, Allah akan permudahkan segala urusan hambanya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas dan tidak melakukannya kerana nama mahupun pujian.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

Tunggu Rabu ini – Caprice

KUALA LUMPUR: Terus trending dalam media sosial sejak beberapa hari lalu, penyanyi, Caprice yang berjanji membuat pendedahan mengenai realiti di sebalik kontroversi di Gaza, Rabu ini, berharap hubungannya dengan Ustaz Ebit Lew pulih.

Mengaku mengambil pil tidur sejak tiga minggu lalu, Caprice mendakwa tidak menyangka Ebit Lew yang dianggapnya sahabat terus senyap dan tidak memberi kerjasama selepas apa yang berlaku di Gaza.

“Caprice tidak sangka seorang sahabat tiba-tiba senyap dan tidak boleh beri kerjasama selepas apa yang berlaku di Gaza… Benda kecil sahaja.

“Tetapi, saya fikir saya tahu (puncanya) sekarang… Saya sangat sedih. Saya harap hubungan kita kembali seperti dahulu tanpa campur tangan politik dan orang lain.

“Apabila difikirkan, jika kami bersama-sama demi Ummah… Bayangkan, kalau kita masuk Gaza sama-sama.

“Beliau dengan aktiviti kebajikannya dan saya pula merapatkan saf dengan artis, ‘influencer’, guru, anak-anak muda dan orang Gaza,” luahnya melalui Instagram (IG) Story.

Caprice mendakwa, mengikut perancangan asal, dia memasuki Gaza bersama Ebit Lew.

“Sebelum kita sampai Kaherah, kita sudah rancang untuk masuk Gaza bersama-sama.

“Tetapi adalah benda yang kita tidak sangka berlaku tetapi saya tidak boleh cerita sekarang,” katanya yang mengaku patah hati dengan insiden itu.

Caprice mendakwa, perubahan perlakuannya berpunca daripada rasa kecewa apabila usaha jihadnya untuk Palestin dicabar dan dipertikaikan.

“Kita jadi orang lain, kita jadi baran apabila orang ‘cucuk’ jihad saya di Gaza,” katanya.

Melalui satu lagi entri di IG Story, Caprice menafikan dia dengki terhadap Ebit Lew.

“Tiada siapa di sini dengki dan cemburu dengan pasukan Ustaz Ebit Lew. Ini hanya apa yang berlaku di Misi Gaza yang membuatkan saya dan pasukan lain yang mahu memasuki Gaza selepas ini lebih susah.

“Tolonglah faham… Tiada siapa pertikai perkara baik yang dilakukan. Cuma ada dua atau tiga perkara berlaku yang kecoh di Gaza dan kita kena hadam,” katanya.

Sebelum ini, Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew susulan rungutan diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.

Ebit Lew juga dikatakan menyekat akaun Instagram milik Caprice difahamkan berpunca daripada kontroversi itu.

Pada 24 Jun lalu, Caprice berangkat ke Palestin untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Namun, sehingga hari ini, Caprice masih belum memasuki Gaza. Malah, melalui pengakuan IG Story, penyanyi itu mendakwa mungkin niat untuk memasuki wilayah itu menjadi sukar.

Nak Sijil Ka Nak Sumbang?

Terdahulu keadaan di sesi live Caprice ternyata menjadi hangat apabila Redha Zaini memberitahu bahawa penyanyi rap tersebut tidak boleh dibawa berbincang. Jelas Redha, hal yang berlaku boleh dibincang secara baik dan tidak perlu diceritakan kepada umum. Bagi menjernihkan keadaan pada masa itu, Redha dipercayai meninggalkan sesi live tersebut dan membuat satu lagi sesi live yang baru bersama team Ustaz Ebit Lew iaitu saudara Arieff.

Isu dia kecil ja pasal gambar dan dia kaitkan dengan politik jijik pula. Aku tak idola siapa pun. Aku just nak luah cerita. Dia dah koyak tu. Caprice dah tak selamat tu. Dia petik nama orang-orang dekat Malaysia. Dia burukkan nama Ustaz Ebit Lew juga. Itu sebab ustaz tak nak berurusan dengan mereka. Kau cakap Arab pun tak boleh. You datang nak sijil ka nak sumbang? Dia call tanya semua dapat sijil atau tak. Lepas tu dia tanya amaun semua masa misi tersebut. Lepas daripada itu dia mengeluarkan kata kesat. Benda jadi isu bila dia cakap f*ck u dekat team Ustaz Ebit Lew.

Kau nak gaduh pasal gambar. Dia kurang ajar. Dia nak mention dia bukan cap ayam. Perlu ka nak buruk nama macam tu. Benda boleh bincang. Penyakit tu team dia pun kata caprice koyak.

Siapa yang tembak dulu. Dia mental koyak. Dia nak balik Malaysia, ada orang tak bagi dia balik Malaysia.I minta maaf.

Menerusi live Redha, dia menceritakan serba sedikit mengenai kisah yang berlaku semasa dirinya berjumpa dengan Caprice. Sebagai seorang muslim, Redha terkejut apabila Caprice didakwa mengeluarkan kata kesat semasa mereka sedang berbincang dan berada di dalam masjid. Ujar Redha, Caprice perlu faham mengenai isu yang berlaku dengan sebaiknya dan tidak perlu memburukkan nama mana-mana pihak.

Mengenai dakwaan Caprice tidak boleh balik ke Malaysia, Arieff tidak menjelaskan hal tersebut secara terperinci dan tidak memetik nama mana-mana individu. Terbaru, selepas sesi live tersebut, Instagram Redha dipercayai terus kena suspend.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Keliru Apa Masalah Sebenar Ariz Ramli & Ebit Lew, Mungkin Ringkasan Ini Dapat Membantu

Kenali Siapa Sebenarnya Caprice, Baca Profile Ini, Patutlah Berani Dia Lain Macam