in

LoveLove SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA! WinWin CuteCute OMG!OMG!

Ariel Zafril, Zoey Rahman Drama KLIK Astro Ceria

Sesi ramah mesra bersama pelakon drama berunsur komedi terbaru di Astro Ceria berjudul KLIK telah berlangsung pada jam 4 petang semalam di Mid Valley.

Antara pelakon remaja yang terlibat dengan drama terbitan David Teo ini ialah Ariel Zafril, Aren Yunus, Erin Malek, Fifi Natasya, Jorrin atau Chee Ka-Yee dan Wawa Zainal.

Pelakon Klik

Drama KLIK ni lebih kurang macam Geng Bas Sekolah versi sekolah menengah. Sentuh pasal Geng Bas Sekolah yang sekarang memasuki musim ke-5 memang mendapat sambutan dan rating pun boleh tahan juga. Sama juga dengan Geng Bas Sekolah, KLIK menampilkan watak-watak remaja di sekolah dengan macam-macam perangai.

Video Sekitar Sessi Ramah Mesra & Temubual Bersama Pelakon KLIK:

Drama bersiri ini disiarkan mulai 9 Januari 2011 di Astro Ceria saluran 611 jam 10.30 pagi. Bersiaran selama 30 minit dan mempunyai 13 episod. KLIK menceritakan kehidupan sekumpulan remaja yang terdiri daripada remaja sekolah. Konsep KLIK memang santai dan mencuit hati dengan gelagat bersahaja serta mengupas persoalan dalam lingkungan remaja seperti persaingan mendapat tempat terbaik, kemahuan untuk dikenali dan menjadi pujaan ramai.

Selain kisahnya memberi pengajaran kepada remaja, kisah KLIK ini juga akan menyingkap keindahan dunia remaja pada zaman kini yang biasanya dipandang serong. KLIK bertujuan untuk menyedarkan para penonton bahawa hidup sebagai seorang remaja tidak kira di kota besar atau di pinggar bandar, mereka tetap seorang remaja yang perlu didekati. Menonton drama ini membolehkan kita lebih memahami dan membantu mereka pada masa hadapan untuk sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

Semua pelakon ada karakter masing-masing. Redwan yang agak nakal dan suka melawak. Ameer yang kononnya tegas dan berdisiplin namun suka menggunakan kedudukannya untuk menghukum orang yang tidak disukainya. Elisya yang bijak dan cantik, Aizat yang merupakan seorang pelajar yang pintar dan agak kelam kabut, Alia pula seorang yang lucu dan sangat suka membantu. Karthik seorang yang tegas. Wawa yang merasakan dirinya hebat dan selalu berlagak diva dan eve pula suka mengampu.

Pelakon Klik

Ariel Zafril sebagai Redwan

Pelakon Klik Fifi Natasya

Fifi Natasya sebagai Alia

Pelakon Klik Zoey Rahman

Zoey sebagai Ameer

Pelakon Klik Wawa Zainal

Wawa sebagai Amanda

Pelakon Klik Jureen

Jorrin sebagai Eve

Pelakon Klik Aren Yunus

Aren Yunus sebagai Aizat

Pelakon Klik

Kamal Fariz sebagai Cikgu Shah

Pelakon Klik

Pengarah drama

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. best ke drama klik ni?. macam tak kenal je pelakon dia. yang paling saya kenal zoey rahman jer. yang lain tu harapkan muka jer kot.belakon? hurm kita tengok je la nanti yerh.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Teater Bangsawan Siti Zulaikha

Lirik Altimet feat. Imran Ajmain – Maafkan Kami