in

Yang Menarik Apabila ARENA BINTANG BERSAMA BINTANG 2018 Buka Tirai

Hiruk pikuk di ruang tamu pada malam hujung minggu kembali bergema! Puncanya tidak lain tidak bukan adalah program realiti lawak Bintang Bersama Bintang 2018 yang membuka tirai pada Ahad lalu dengan siaran langsung yang ditayangkan di TV3.

Bintang Bersama Bintang 2018 merupakan medan peperangan lawak era baharu dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang yang dibarisi oleh nama-nama besar seperti Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk.

Tiada penyingkiran dilakukan pada setiap minggu namun pemenang mingguan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Manakala, pada peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000.

Barisan Bintang Bersama Bintang 2018

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Ahad bermula 14 Januari 2018 pada pukul 10.00 malam, para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka.

Antara selebriti yang terlibat pada minggu ini adalah Fauziah Nawi bergandingan bersama Ajak, Sherry Alhadad bersama Issey, Mat Dan bersama Mark Adam, Bocil dan Achey, Nabila Razali bergabung tenaga bersama Shuk dan Ali Puteh berganding bahu bersamanya abangnya, Abam. Manakala Saiful Apek sebagai juri tetap tidak berseorangan, ditemani oleh finalis AJL32, Wany Hasrita.

Achey dan Bocil membuka Arena Bintang Bersama Bintang 2018 dengan mempersembahkan sketsa dengan hanya berbekalkan bantal, meja dan tikar. Achey yang juga pandai menyanyi berjaya mengubahsuai lirik lagu Tak Tahu Malu sehingga seluruh studio hingar dengan gelak tawa penonton.

Primadona masih berbisa! Itu yang dapat digambarkan mengenai persembahan pelakon versatil Fauziah Nawi dan Ajak dalam sketsa dan nyanyian mereka. Ternyata pengalaman dalam industri seni melebihi 30 tahun membuktikan lagenda seni tanah air ini masih mendapat tempat di hati peminat.

Persembahan peserta ketiga pada malam ini adalah gandingan Mark Adam dan Mat Dan yang menyanyikan lagu Blues Terengganu Kite nyanyian asal kumpulan Iklim. Duo unik ini juga berupaya membuahkan ‘punchline’ yang hebat bagi memberi saingan terhadap peserta-peserta BBB2018 lain.

Seterusnya, Shuk membawakan seorang gadis ayu yang namanya sering disebut-sebut sejak kebelakangan ini, Nabila Razali dengan mempersembahkan sketsa yang amat menghiburkan serta lagu yang menjadi siulan rata-rata pendengar radio di Malaysia, Pematah Hati dalam versi pecah perut.

Sherry Alhadad yang dijemput sebagai ‘sidekick’ Issey pada malam ini tidak melepaskan peluang memberikan 100 peratus komitmen dalam persembahannya yang sentiasa memukau. Tampil dengan parodi lagu Abang Nak Tegur nyanyian Dato’ Sri Aliff Syukri dan Nur Sajat, mereka juga berjaya menghiburkan penonton dengan gaya bersahaja dalam Arena Bintang Bersama Bintang 2018 minggu pertama ini.

Persembahan terakhir pada malam ini adalah daripada dua beradik, Abam dan Ali. Berkonsepkan lagu pop yeh yeh, mereka mempersembahkan lagu Selamat Tinggal Pujaan dan Mas Mona dan sketsa mengenai warga emas yang pastinya membuat penonton ketawa.

Para penonton Bintang Bersama Bintang 2018 boleh mengikuti perkembangan para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 melalui Komik Bintang Bersama Bintang (BBB) pada setiap Ahad jam 6.00 petang di TV3. Komik BBB memaparkan aktiviti harian para peserta disamping persediaan mereka untuk mempersembahkan sketsa mingguan. Para penonton boleh memeriahkan media sosial dengan #BBB2018.

Bintang Bersama Bintang 2018 juga dapat disaksikan secara HD di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Aksi Mat Dan dan Mark Adam cukup menghiburkan

Aksi teruja Shuk selepas menang dalam minggu pertama Arena BBB

Belacan untuk ibu

Dua beradik, Abam dan Ali Puteh menutup tirai minggu pertama BBB2018

Gandingan Sherry Alhadad dan Issey menjadi

Gembira menang RM10,000 di Arena BBB

Issey membawa watak lelaki lembut

Komunikasi Achey bersama selebriti jemputan, Bocil

Mark Adam menyanyikan lagu Blues Terengganu Kita

Shuk memberikan komitmen 100 peratus

Shuk memenangi RM10, 000 dalam minggu pertama

Siapa sangka Nabila Razali juga mampu memberikan _punchline_.

Abam selesa di rumah orang tua

Ajak sebagai anak kepada Ibu Fauziah Nawi

Mengenai TV3
Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Samarinda, Iris, Cerekarama dan yang terbaharu, Seramedi serta pelbagai kempen dan program TV lain yang menarik untuk penonton setianya.

Mengenai tonton
tonton merupakan portal dan aplikasi penstriman video nombor 1 di Malaysia dengan lebih daripada 6.6 juta pengguna berdaftar dengan pertumbuhan sebanyak 18,000 ahli setiap minggu.

Dilancarkan pada April 2016, tonton memperkenalkan perkhidmatan video hibrid disamping jenama aplikasi baharu yang menawarkan keahlian PERCUMA dan perkhidmatan premium baru iaitu tonton VIP.
Bermula dengan hanya RM3, pengguna-pengguna yang menaik-taraf langganan kepada tonton VIP dapat menikmati lebih 23,000 jam kandungan lokal dan sindiket, program-program klasik popular, majlis dan anugerah secara langsung dalam siaran HD, video tanpa iklan, menawarkan fungsi ‘memuat turun dan tonton kemudian’, mendapat layanan istimewa di majlis eksklusif serta banyak lagi. Penonton yang menaik taraf kepada keahlian tonton VIP juga dapat menonton kesemua episod kandungan esklusif dan drama-drama hebat sebelum ditayangkan di televisyen.

Menerusi perkhidmatan jenama baru ini, visi kami adalah untuk menjadi laman penstriman video no. 1 yang harus dimiliki bagi setiap isi rumah di Malaysia. Muat turun aplikasi tonton dari App Store & Google Play hari ini atau layari www.tonton.com.my.

Mengenai xtra
Portal dan aplikasi penstriman video nombor satu Malaysia, tonton memperkenalkan xtra.com.my – portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’.
Ketahui segala yang kontroversi di sebalik tabir, terkini dan sensasi dari seluruh negara. Ikuti tawaran kandungan berita video dan drama hiburan percuma di xtra.com.my yang dikuasakan oleh tonton.
tonton turut disesuaikan ke servis video hibrid bersama aplikasi terbaharu bermula tahun 2016 dengan tawaran servis PERCUMA (AVOD) dan video langganan atas permintaan (Subscription based Video On Demand) (SVOD) yang dikenali sebagai tonton VIP dengan tawaran 30 ribu jam drama, filem serta rancangan hiburan tempatan dan Asia, termasuk acara anugerah berprestij secara HD.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI VERSI Tambahan 133 Minit

Malaysia Book of Records Muzik Iktiraf Aiman Tino Video Paling Tinggi Tontonan