in , ,

Apple WWDC23 Akan Berlangsung Awal Jun Dijangka umum iOS 17 & macOS 14

Apple WWDC23 Akan Berlangsung Pada Awal Jun, dijangka umum iOS 17, macOS 14 dan Peranti AR/VR baharu

Acara Persidangan Pembangun Apple Sedunia (WWDC) merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat. Apple kini mengesahkan bahawa WWDC23 akan diadakan pada awal Jun 2023.

Seperti biasa, acara ini akan diadakan atas talian. Bagi pembangun perisian dan pelajar, mereka berpeluang untuk menyertai acara khas persendirian di Apple Park pada hari pertama. 

Apple dijangka akan membentangkan pembangunan terbaru sistem operasi mereka meliputi iOS, iPadOS, macOS, watchOS dan tvOS. Memandangkan iPhone 15 akan dilancar pada akhir tahun ini, kita pastinya dapat melihat apa yang akan dibawakan oleh iOS 17 nanti.

Apple WWDC23 Akan Berlangsung Awal Jun Dijangka umum iOS 17 & macOS 14

WWDC23 adalah acara 5-hari yang berlangsung dari 5 hingga 9 Jun 2023. Bagi pembangun perisian Apple yang berminat hadir sendiri, boleh membuat permohonan tetapi tempat adalah terhad. Menurut Apple, jemputan akan diberikan menerusi proses pemilihan rawak dan mereka yang berjaya menerima jemputan akan dimaklumkan pada 5 April jam 6 petang waktu tempatan.

Khabar angin kuat menyatakan bahawa Apple mungkin akan mengumumkan Set Kepala Realiti Campuran di WWDC23. Malah, gambar di jemputan WWDC23 kelihatan menyerupai lensa pankek, yang sering digunakan di gogel VR.

Beberapa hari lepas, ada laporan menyatakan set kepala AR/VR telah diperlihatkan kepada pegawai tertinggi di Cupertino, petanda besar bahawa ia akan dilancarkan kepada umum tidak lama lagi. Mark Gurman, penganalisa Apple di Bloomberg menyebut, “demonstrasi tersebut sangat baik, megah dan mengujakan, tetapi ramai eksekutif melihat dengan jelas tentang cabaran Apple memasuki pasaran baharu ini”.

Tetapi, jangan pula menyangka bahawa Set Kepala Realiti Campuran Apple ini akan menjadi mampu milik untuk orang ramai. Produk serba baharu ini dikatakan akan berharga sekitar USD3,000 (~RM13,254) dan memerlukan bateri luaran sebagai sumber tenaga. Pasti semuanya akan diketahui pada minggu pertama Jun kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

XES Shoes

XES Shoes Tawar Belian Satu Kasut Percuma Sepasang Lagi

TONY ROMA'S

Tony Roma’s Perkenalkan Roma’s Platters Terbaharu Untuk Raya Tahun Ini