in , ,

Apple Watch 7 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Lebih ‘Berpetak”

Apple dijangka memperkenalkan Apple Watch 7 pada bulan hadapan bersama-sama dengan siri telefon pintar terbaharu, iPhone 13.

Jika korang perasan, kebelakangan ini, nampak Apple sudah menukar hala lenggok reka bentuk produk mereka. Contohnya seperti iPad Pro yang tampil dengan rekaan rata disis, disusuli pula dengan siri iPhone 12. Mengembalikan nostalgia kita kepada rekaan iPhone 4 dan 5 suatu ketika dahulu.

Apple Watch 7 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Lebih 'Kotak"

Kini, rekaan skrin rata itu mungkin dibawa juga kepada jam tangan pintar mereka bagi siri seterusnya, Apple Watch 7. Berdasarkan imej 3D yang dimuat naik oleh Instagram @appledesign, ia memperlihatkan rekaan skrin dan kerangka yang rata pada sisi.

Apple Watch 7 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Lebih 'Kotak"

Mungkin tidaklah ketara perubahannya, tetapi rekaan kali ini kelihatan lebih ‘petak’ jika mahu bandingkan dengan Apple Watch sedia ada yang bersisi melengkung.

Imbas kembali khabar angin terdahulu, imej 3D ini mirip dan selari dengan apa yang pernah Jon Prosser kongsikan. Namun begitu, ia berbalik kepada pemilihan pengguna sama ada suka akan rekaan yang lebih ‘kotak’ ini ataupun tidak.

Apple Watch 7 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Lebih 'Kotak"

Apple dijangka memperkenalkan Apple Watch 7 pada bulan hadapan bersama-sama dengan siri telefon pintar terbaharu, iPhone 13.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Say Shazril Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Wartawan Ini Dedah Apa Akan Jadi Jika Ismail Sabri Menjadi Perdana Menteri