in , , ,

Apple Perkenal Mac Mini Berasaskan Cip Apple M1 dengan Harga Bermula RM2999

Selain pengenalan komputer MacBook Air berasaskan cip Apple M1, pihak Apple juga turut memperkenalkan satu lagi produk terbaru berasaskan cip pemprosesan sama, iaitu Mac Mini.

Melalui acara pelancaran hari ini, Apple turut memperkenal Mac mini baharu dengan janaan prestasi cip M1. Peranti yang menjadi pusat janaan komputer anda ini hadir dengan rekaan kompak seperti generasi dahulu, tetapi dengan naik taraf prestasi yang baik.

Apple Perkenal Mac Mini Berasaskan Cip Apple M1 Bermula RM2999

Menurut Apple, Mac mini tampil dengan prestasi CPU 3x lebih pantas dan grafik 6x lebih pantas berbanding model terdahulu. Dengan 16 teras Neural Engine pada cip M1 yang menjana Mac mini, ia memberi prestasi pembelajaran mesin (ML) 15x lebih baik seperti kelajuan menganalisis pengeditan video, pengecaman seuara, pemprosesan imej dan banyak lagi. Anda boleh menyemak spesifikasi asas Mac mini seperti di bawah:

  • Cip Apple M1
  • RAM 8GB (boleh ditambah sehingga 16GB)
  • Storan SSD 256GB/512GB (boleh ditambah sehingga 2TB)
  • Sokongan paparan video sehingga 6K 60Hz melalui sambungan Tunderbolt, 4K 60Hz melalui HDMI 2.0
  • Menyokong sehingga 6K Pro Display XDR
  • Port tersedia: Bicu audio 3.5mm, Ethernet, 2x Thunderbolt/USB 4, HDMI 2.0, 2x USB-A
  • Sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.0 dan Ethernet
  • Dioperasikan macOS
Apple Perkenal Mac Mini Berasaskan Cip Apple M1 Bermula RM2999

Apple Mac Mini terbaru yang diperkenalkan ini dilengkapi cip Apple M1 terbaru, sekaligus menawarkan prestasi CPU dan GPU yang baik, disamping pada masa yang sama menggunakan tenaga lebih efisien.

Mac Mini hadir dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM, dan storan 2TB SSD, disamping menyokong paparan 6K melaluinya. Mac Mini terbaru ini juga turut dilengkapi sambungan HDMI, dan WiFi 6, selain sokongan USB 4.

Apple turut mengatakan ia kini lebih 60% efisien dari segi penggunaan tenaga berbanding sebelum ini.

Apple Perkenal Mac Mini Berasaskan Cip Apple M1 Bermula RM2999

Untuk pengetahuan anda, Mac mini turut menyokong aplikasi iPhone dan iPad. Melalui laman web Apple Malaysia, Mac mini varian 256GB tersedia dengan harga RM2,999, manakala varian 512GB berharga RM3,799.

Sumber: Amanz

Apple Perkenal Mac Mini Berasaskan Cip Apple M1 Bermula RM2999
Apple Perkenal Mac Mini Berasaskan Cip Apple M1 Bermula RM2999

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Apple Lancar MacBook Pro 13′ dengan Cip M1 & Bateri Tahan Hingga 20 Jam Bermula RM5,599

Johor Ambil Langkah Terbaik, Terpaksa Tunda SUKMA XX Ke Tahun 2022