in , ,

Apple Perkenal Apple One, Langganan Bundle Servis Apple Bermula RM19.90 Sebulan

Pada hari ini juga Apple telah mengumumkan perkhidmatan berkas langganan mereka yang menyertakan pelbagai perkhidmatan dibawah satu harga, dinamakan Apple One.

Apple One yang diura-urakan beberapa minggu lalu akhirnya menjadi kenyataan.

Ia merupakan perhidmatan langganan yang menghimpunkan segala perkhidmatan Apple termasuklah iCloud, Apple Music, Apple Arcade, Apple TV+, Apple News, dan Apple Fitness+.

Apple-One-Malaysia-1

Dengan langganan ini, ia lebih memudahkan anda untuk menguruskan pelbagai perkhidmatan Apple yang dilanggan. Tambahan, anda tidak perlu melanggan perkhidmatan Apple secara berasingan dan harganya lebih murah.

Apple One ini akan menyertakan perkhidmatan Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan juga storan iCloud sebanyak 50GB pada satu harga yang murah.

Apple One menawarkan harga langganan sebanyak RM19.90 sebulan untuk versi individu yang hadir dengan akses ke Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan 50GB iCloud.

Untuk versi keluarga pula, ia hadir pada harga RM33.90 sebulan yang menawarkan akses kepada sehingga 5 orang untuk perkhidmatan sama, dan perkongsian iCloud 200GB.

Untuk pelan permulaan, ia menyertakan Apple Arcade, Apple TV+, Apple Music, dan iCloud sebanyak 50GB pada harga RM19.90. Terdapat juga pek keluarga dengan harga langgan RM33.90.

Penawaran ini masih belum aktif, dan dijangka ditawarkan kelak pada tahun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Perkenal Apple Watch SE, Jam Tangan Mampu Milik

Adik-Beradik The Melvins Bersyukur Dah Cecah Status Jutawan