in , ,

Apple Perkenal Aksesori Untuk iPhone di bawah Jenama MagSafe

Apple menghidupkan semula salah satu teknologi yang lebih disukainya, MagSafe, semasa acara Apple yang diadakan pada hari Selasa, mempamerkan barisan telefon pintar baru dengan magnet yang terpasang di bahagian belakang untuk sambungan pantas dan kukuh ke pengecas tanpa wayar, sarung tambahan, dan aksesori lain.

Nampaknya, Apple telah menghidupkan kembali jenama popular MagSafe mereka. Untuk makluman, sebelum ini Apple menggunakan jenama MagSafe dalam menawarkan sambungan kabel untuk MacBook,yang boleh tertanggal secara sendiri apabila pengguna terlanggarnya.

Apa pun, pada semasa acara Apple, pengeluar tersohor ini membuat sedikit perubahan, dan menawarkan aksesori dibawah jenama MagSafe tetapi untuk iPhone. Ia adalah sebuah magnet di dalam sarung itu yang akan memudahkan pengguna untuk menghubungkan telefon itu dengan pengecas wayarles.

Apple Perkenal Aksesori Untuk iPhone di bawah Jenama MagSafe

Antara yang ditawarkan termasuk adalah penawaran kerangka luaran tambahan untuk iPhone, sebuah kerangka berupa dompet, dan juga kabel pengeas nirwayar.

Berbeza dengan sebelum ini, jenama MagSafe kini dilihat memfokuskan kepada sokongan pengecasan nirwayar yang selamat dan dioptimasikan. Selain daripada penawaran Apple sendiri, ia turut dijangka pengeluar lain mungkin akan hadir dengan aksesori dibawah jenama MagSafe.

Apple Perkenal Aksesori Untuk iPhone di bawah Jenama MagSafe

Kabel sambungan pengecas nirwayar untuk iPhone dinamakan MagSafe Charge ditawarkan pada harga RM179, dan menawarkan kuasa pengecasan pada kadar 15W.

Disamping itu, beberapa kerangka luaran untuk iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max ditawarkan pada harga bermula RM219, dan sebuah dompet dengan sambungan ke kerangka MagSafe turut ditawarkan pada harga RM269.

Apple Perkenal Aksesori Untuk iPhone di bawah Jenama MagSafe

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pelitup Muka Punca Muka Berjerawat, Apa Kata Ikuti Tip Mudah Ini

Berikut 6 Lokasi Seni Menarik Untuk Bergambar di Selangor