in , ,

Apple Lancar Apple M1, Cip Apple Silicon Pertama Untuk Mac

Apple sedia mengumumkan perancangan mereka untuk beralih menggunakan cip pemprosesan tersendiri, menggantikan penggunaan cip Intel. Hari ini, gergasi perkomputeran berkenaan berkongsi lanjut berkenaan dengan perkara berkenaan, termasuk mengumumkan cip pertama untuk komputer riba daripada Apple Silicon.

Apple sebelum ini telah mengumumkan perkongsian mereka mengenai peralihan dari menggunakan cip Intel kepada cip binaan mereka sendiri. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, menerusi acara tahunan Apple Events yang ke-3 untuk tahun ini, Apple telah memperkenal dan melancarkan cip Apple Silicon pertama mereka, cip M1, cip yang memfokuskan kepada prestasi tinggi dan juga kecekapan tenaga dalam binaan 5nm.. Cip M1 tampil dengan prestasi kuasa dan grafik yang lebih baik berbanding generasi terdahulu.

Menurut Apple, cip 5nm ini hadir dengan 8 teras CPU, 8 teras GPU dan 16 teras Neural Engine. Ia dibina dengan Unified Memory Architecture (UMA) yang menghasilkan lebar jalur yang tinggi dan latensi yang rendah. Cip M1 mempunyai prestasi CPU yang terbaik di dunia. Cip ini turut hadir dengan pengurusan jangka hayat bateri yang lebih baik.

Apple M1

Ia adalah dari senibina ARM dan juga unified memory architecture (UMA) dan hadir dengan 8 teras CPU, sehingga 8 teras GPU, dan 16 teras Neural Engine. Apple tidak berkongsi dengan lebih lanjut kelajuan CPU, namun menyatakan 8 teras CPU tersebut terdiri dari 4 teras utama prestasi tinggi dan 4 teras lagi cekap tenaga.

Cip Apple Silicon pertama M1 dilancar: Prestasi lebih tinggi dari cip komputer lain di pasaran

Pada M1 juga Apple memuatkan sebanyak 16 billion transistor. Ia merupakan cip dengan jumlah transistor paling banyak yang pernah Apple hasilkan.

Mengenai prestasi CPU M1, Apple tidak menceritakan dengan terperinci perbandingan dengan cip yang lain seperti Intel namun hanya membuat kenyataan cip M1 mereka adalah lebih pantas dari cip laptop PC sahaja.

Cip pemprosesan ini juga turut menawarkan sokongan untuk USB 4, disamping Apple mengatakan ia turut menawarkan sokongan pengaktifan serta-merta, disamping menawarkan kuasa pemprosesan yang baik.

Cip ini akan mengoperasikan MacBook Air, MacBook Pro 13 inci dan Mac mini dengan prestasi tinggi. Menurut Apple, MacBook Air yang dijana cip ini boleh menayangkan video sehingga 18 jam dalam satu pengecasan dan sehingga 20 jam untuk MacBook Pro baharu. Komputer riba pertama yang hadir dengan cip Apple M1 ini adalah MacBook Air terbaru.

Apple turut memperlihatkan yang mana cip ini menawarkan prestasi kuasa dan grafik yang lebih baik, disamping pada masa yang sama lebih efisien dan jimat penggunaan tenaga bateri.

Apple M1
Apple M1
Apple M1
Apple M1
Apple M1

Untuk prestasi GPU pula, ia adalah merupakan pemprosesan grafik terbina terpantas di dunia. Mengikut dakwaan Apple ini, ia adalah lebih pantas dari grafik Intel Iris Xe terbaharu. Apple juga turut memperlihatkan prestasi GPU mereka yang boleh mencecah sehingga 2.6 teraflops.

Apple M1

Jika dilihat dari sekadar nombor, Iris Xe Max hanya mempunyai sekadar 2.46 teraflops sahaja.

Antara kelebihan menggunakan cip Apple M1 apabila diaplikasikan kepada komputer Mac Apple, komputer akan aktif dan hidup serta merta seperti sebuah telefon pintar, 1.9x lebih pantas, sistem operasi dan juga animasi lebih lancar.

Kelebihan paling menarik sudah tentunya penggunaan komputer yang lama disebabkan cip berasaskan ARM jimat tenaga berbanding cip seperti Intel.

Dengan pengenalan cip M1 ini, Apple juga secara rasmi mengumumkan kehadiran cip ini dalam komputer riba MacBook Air dan juga MacBook Pro terbaharu mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Drama & Telemovie Khas Deepavali 2020 Yang Bakal Ditayangkan di RTM

Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana Suntik Nafas Baru Untuk Lagu 4 DARA