in

Apple iPhone 8 & Apple iPhone 8 Plus Dipasarkan di Malaysia pada 20 Oktober ini

Apple iPhone 8 dan Apple iPhone 8 Plus akan tiba secara rasmi ke pasaran Malaysia pada 20 Oktober ini.

Walaupun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, Apple Malaysia telah mengemaskini laman sesawang mereka dengan pengesahan bahawa Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan tiba pada 20.10.2017.

Selain itu, Tempahan bagi Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus juga akan dibuka tepat pada 12.01 pagi 13 Oktober ini namun buat masa ini masih belum ada sebarang harga penjualan diumumkan.

Jika anda mahu menunggu sehingga pelancaran Apple iPhone X sebelum memilih model iPhone mana yang lebih sesuai untuk anda, Apple iPhone X mungkin memasuki pasaran tempatan pada bulan Disember.

Telefon pintar model terbaru berkenaan menampilkan penambahbaikan yang ketara dari iPhone 7 dan iPhone 7 Plus sungguhpun ia masih lagi mengekalkan ciri reka bentuk luaran yang lebih kurang sama.

Cuma, apa yang membezakannya adalah kemasan gelas yang diberikan pada bahagian belakangnya berserta keupayaan pengecasan tanpa wayar. Apple turut menambah baik 4.7” iPhone 8 dan 5.5” iPhone 8 Plus dengan teknologi True Tone yang digunapakai pada iPad Pro.

Untuk spesifikasinya pula, chipset yang digunakan adalah A11 Bionic yang lebih berkuasa jika dibandingkan dengan chipset A10 Fusion yang digunakan pada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Lain-lain seperti kameranya, ia telah dipertingkatkan kepada 12MP berserta mod ‘Potrait Lighting’ yang baru. Telefon pintar ini turut menyokong ARKit, pengecasan pantas dan banyak lagi ciri-ciri penambahbaikan baru.

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan mula dibuka untuk pra-tempahan bermula 15 September 2017 di pasaran-pasaran tertentu dan mula dijual pada 22 September. Tidak seperti iPhone sebelum-sebelum ini, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus hanya diberikan dua pilihan storan – 64GB dan 256GB.

Menurut Apple, telefon pintar model-model terkini ini akan terlebih dahulu tiba di negara-negara berikut iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, China, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Ireland, Itali, Japan, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Portugal, Puerto Rico, Singapura, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, dan Kepulauan Virgin AS.

applApple iPhone 8 & Apple iPhone 8 Plus e-iphone-8-malaysia-1-768x448

Lumpur, 11 October 2017: Celcom Axiata Berhad will offer Apple’s latest products starting on 20 October 2017, including the new generation iPhone 8 and iPhone 8 Plus. Customers will be able to pre-order iPhone 8 and iPhone 8 Plus beginning 13 October 2017 at Celcom Online Store, https://www.store.celcom.com.my/store/ or visit the nearest Blue Cube and Celcom Outlets nationwide.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora Ariffin Terbit Album Tribute Buat Arwah Suami

Peraduan Menang Tiket Menonton Filem BRAWL IN CELL BLOCK 99