in , ,

Ramai Tak Sabar! Apple Dijangka Perkenalkan iPhone 14 Pada 8 September

Salah satu telefon pintar yang dinantikan setiap tahun adalah iPhone. Apple sering memilih bulan September untuk pelancaran versi baharu, dan kini mengikut Bloomberg, Apple dijangka melancarkannya pada 8 September waktu Malaysia.

Apple dijangka memperkenalkan ia melalui sebuah acara atas-talian, sebelum mula menjual ia sekitar 17 September 2022 (waktu Malaysia).

Sebanyak empat model dijangka diperkenalkan, iaitu iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max. Siri iPhone Mini akan dihentikan dan tidak lagi diteruskan pada tahun ini.

Disamping itu, ia turut dikatakan sebelum ini, Apple mungkin mnggunakan cip pemprosesan seperti tahun lepas pada model iPhone 14, dengan hanya versi “Pro” menerima versi baharu.

Selain iPhone, Apple turut dijangka memperkenalkan jam tangan pintar baharu dibawah siri Apple Watch.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KEISYA

Cerita Sedih Keisya Levronka Dalam Single Terbaru TAK INGIN USAI

WEDNESDAY NETFLIX

Netflix Kongsi Imej Addams Family Sekeluarga dalam Siri WEDNESDAY