Apple – syarikat yang tak pernah penat mencipta gelombang baharu dalam dunia teknologi, sekali lagi buat peminat mereka tertanya-tanya: apa kejutan untuk tahun ini? Seperti biasa, Apple memang gemar melancarkan peranti baharu sekitar September.
Kalau sebelum ini iPhone baharu menjadi tumpuan, kali ini semua mata tertumpu pada iPad Pro generasi baharu yang dijangka hadir dengan cip Apple M5 dan satu lagi ciri menarik: dwi-kamera hadapan yang bakal mengubah cara kita menggunakan tablet premium ini.
iPad Pro M5: Dua Kamera Hadapan, Dua Dunia Berbeza
Apple seakan faham apa yang pengguna mahu. Tahun ini, khabarnya iPad Pro M5 bakal tampil dengan dua kamera hadapan — satu di bahagian potret, satu lagi di lanskap. Kedua-duanya membenarkan pengguna menikmati pengalaman mengambil gambar, selfie, dan panggilan video yang jauh lebih fleksibel. Bagi mereka yang selalu mengeluh sebab FaceTime kamera cuma okay untuk satu orientasi, inilah jawapan Apple. Ia jelas membalas rungutan pengguna yang “kurang gemar” kamera hadapan iPad Pro M4 yang sebelum ini hanya memfokuskan lanskap sahaja.
Apa yang menarik, pendekatan ini bukanlah sesuatu yang benar-benar baru untuk Apple. Dulu pada tahun 2010, Apple sendiri pernah bercadang nak letakkan dua 30-pin iPod Dock Connector pada iPad pertama — di sisi potret dan lanskap. Tapi, Steve Jobs sendiri ‘block’ idea tu masa produksi besar-besaran nak mula. Kini, Apple hidupkan kembali idea ‘dua dunia’ dengan cara yang lebih segar dan relevan.
iPhone Lipat Apple: “Datang Lewat, Tapi Tetap Nak Menang?”
Bab telefon lipat ni, terus-terang Apple memang agak ‘lambat’. Bila orang sebut telefon lipat, Samsung memang raja — dah tujuh tahun main dalam padang ni. iPhone lipat Apple hanya akan muncul tahun depan, dan… jangan terkejut, katanya pelancaran ini “paling tak Apple” pernah dibuat. Biasanya, Apple suka jadi trendsetter — buktinya dengan iPod, iPhone, iPad, Apple Watch dan AirPods, mereka tak sekadar masuk pasaran, tapi ‘ubah’ pasaran terus. Tapi kali ni, Apple cuma ‘join the party’ yang Samsung dah lama anjur.
Bukan bermakna Apple main salin je — mereka tetap cuba baiki apa yang orang tak suka pada telefon lipat: lipatan skrin yang jelas, dan mekanisme engsel yang kurang kemas. Kononnya, iPhone lipat Apple akan ada engsel lebih baik, lipatan skrin lebih ‘smooth’, dan pastinya perisian iOS 27 akan dioptimumkan untuk format baharu ini. Harga? Sedia untuk terkejut — anggaran awal, lebih USD2,000 (bayangkan berapa dalam RM tu).
Samsung Sediakan Jalan, Apple Nak Tuai Hasil?
Sebenarnya, Samsung sudah bertahun-tahun ‘buka jalan’ untuk telefon lipat jadi mainstream. Contoh paling jelas — Samsung Galaxy Z Fold 7 yang baru, dipuji ramai sebagai foldable phone paling matang dan paling ‘boleh pakai’ untuk pengguna arus perdana. Jualan pun makin meningkat. Tapi Apple punya ‘magik’ tetap lain macam. Mereka memang pakar buat produk mahal jadi trending, walaupun bukan yang pertama. Ramai pengguna setia iPhone sanggup tunggu iPhone lipat sebab tak mahu lompat ke Android — dan Apple tahu, permintaan tu memang besar.
Ada yang kata Samsung dah lama ‘buat kerja berat’, sekarang Apple tinggal menuai hasil. Tapi, Samsung pun untung juga sebab Apple guna komponen OLED lipat daripada Samsung Display. Satu dunia untung, satu dunia hype.
Apple Tak Pernah Sempurna, Tapi Selalu Memberi Pengalaman Berbeza
Kritiklah Apple macam mana pun, mereka tak pernah sekadar “ikut trend”. Lihat je sejarah iPod, iPhone, iPad — bila Apple masuk, produk terus jadi piawaian industri. Walaupun produk baru seperti Apple Vision Pro kurang menjadi, sekurang-kurangnya mereka berani mencuba konsep baru yang unik.
Wajah Baharu iPad Pro, Kamera Selfie Lebih Bijak
Untuk peminat iPad Pro, selain cip yang lebih pantas, ciri dwi-kamera hadapan inilah yang bakal mengubah segalanya. Pengguna kini bebas berFaceTime atau ambil gambar dalam apa-apa orientasi, tanpa kompromi. Tak ‘revolusionari’, tapi tetap satu ‘enhancement’ yang patut diberi pujian.
Dunia AI, Persaingan Makin Panas
Satu lagi cerita panas: dua penyelidik AI utama dari Apple dikatakan akan berpindah ke Meta (Facebook). Baru minggu lepas, Meta ‘curi’ bos AI Apple, Ruoming Pang. Sekarang, Tom Gunter dan Mark Lee — antara nama besar dalam pasukan AI Apple — juga bakal ke Meta. Isu ‘perebutan otak’ antara syarikat gergasi teknologi memang jadi lumrah dalam dunia AI sekarang.
Apa Kata Budiey?
Budiey sendiri rasa, tahun ini bakal jadi detik penting untuk Apple. iPad Pro dengan dua kamera hadapan ni bukanlah satu revolusi besar, tapi ia menandakan Apple masih lagi dengar suara pengguna dan mahu berikan pengalaman yang lebih baik. Tentang iPhone lipat, memang Apple datang lambat, tapi sejarah dah buktikan, bila Apple masuk sesuatu arena — mereka bukan sekadar bersaing, tapi ‘ubah permainan’. Walaupun bukan pionir kali ini, Apple tetap punya kelebihan ‘cult following’ dan kuasa pemasaran yang luar biasa. Persaingan dengan Samsung pula akan buat dunia telefon lipat jadi lebih menarik — pengguna pula yang dapat untung dengan teknologi makin canggih dan harga yang mungkin akan turun akhirnya.
Secara peribadi, Budiey harap Apple terus kekalkan identiti mereka: berani mencuba, tapi jangan sampai lupa akar tradisi yang buat pengguna jatuh cinta dari dulu. Untuk semua peminat Apple, standby dompet — tahun ni dan tahun depan, poket memang kena rabak, tapi the hype is real!