in

Apabila 14 Peserta Ikon Siarawan Ke-3 Mula Bersaing

Seramai 14 orang peserta menyahut cabaran sebagai wartawan, penyampai berita, pengulas sukan, penyampai radio dan pengacara TV menerusi rancangan pertandingan realiti Ikon Siarawan musim ke–3.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus mengorak langkah untuk menerbitkan Ikon Siarawan Musim ke- 3 dengan meletakkan objektif untuk membentuk kerjaya generasi muda sebagai ikon yang berketerampilan, berpengetahuan luas dan serba boleh.

Mereka ialah Amirah Hanim binti Hashim, 27, dari Kuantan, Andy Reza Rohadian bin Khairul Anwar, 23, Ampang, Selangor, Muhammad Azri bin Othman, 25, Tanjung Malim, Perak, Doria Rachel Jolly, 28, Miri, Sarawak, Frisca Jendang Anak Freddy, 25, Kuching, Sarawak, Muhammad Hasif bin Idris, 26, Cheras, Selangor, Nur Jaziedah binti Zulkifli, 28, Segamat, Johor, Mohamad Munawar bin Azmi, 25, Kuching, Sarawak, Muhamad Nadhir bin Nordin, 28, Jengka, Pahang, Siti Balqis binti Elias, 26, Nilai, Negeri Sembilan, Syafik Shukri bin Abdul Jalil, 26, Kuching, Sarawak, Syarifah Nur Farhana binti Syed Talib, 25, Kuantan, Pahang, Vanessa Mering, 27, Kuching, Sarawak, dan Zehra binti Zamri, 29, Cheras, Selangor.

Ikon Siarawan memulakan siaran dengan episod pengenalan pada 20 Februari 2016, setiap hari Sabtu, pukul 4.00 petang di TV2. Program ini bakal menampilkan Farish Aziz sebagai pengacara.

14 peserta ini cukup bertuah kerana selain didedahkan dengan dunia penyiaran, latihan secara profesional disediakan. Latihan tersebut merangkumi etika kewartawanan, teknik berhadapan dengan kamera, penyampaian berita, pengacaraan serta latihan melaporkan berita dari lokasi secara langsung. Selain itu, pasra pesrta didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar seperti sesi fotografi , lawatan media dan menghadiri acara-acara anjuran RTM.

Sepanjang tempoh berada dalam ikon siarawan, kesemua peserta akan ditempatkan di Wisma TV, Wisma Berita, Wisma Radio dan Institut Peyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (Ipptar) untuk program latihan. Penggunaan pelbagai peralatan penerbitan dan cara penyesuaian diri dengan persekitaran studio juga diberikan disamping latihan vokal, teknik pembacaan skrip dan penghayatan serta pemahaman skrip.

Bagi mendapatkan gambaran sebenar cabaran dunia kewartawanan, para peserta turut berpeluang menemubual beberapa orang tokoh terkenal tanah air serta diberi tugas untuk mengendalikan beberapa slot dan program kendalian RTM antaranya di unit Majalah & Dokumentari, program hiburan, juruhebah dan tugasan-tugasan di bilik berita TV RTM. Laporan terbaik dan mempunyai nilai berita akan disiarkan dalam siaran berita sebagai pendedahan sebenar.

Apa yang pasti, tugasan yang menanti setiap peserta cukup mencabar dengan meletakkan mereka ke dunia realiti sebenar bidang penyiaran. Diharap apabila berakhir sahaja program ikon siarawan, setiap diantara mereka telah bersedia dan tahu apa yang harus dilakukan sebaik menceburi bidang penyiaran.

Setiap minggu para peserta Ikon Siarawan akan dinilai berdasarkan sistem penjurian profesional sepenuhnya. Selain kritikan para juri mereka juga berhadapan dengan penyingkiran. Juri-juri yang terlibat dalam pengadilan Ikon Siarawan bakal dianggotai dari kalangan personaliti TV dan juri jemputan. Juri tetap ialah Datin Yusanani Yushak dan Syed Munawar. Penjurian dibuat berdasarkan pesembahan, laporan, kebolehan dan keterampilan dalam setiap tugasan para peserta yang diberikan.

Sesuai dengan konsep rancangan yang berupa gabungan realiti TV dan pertandingan, hadiah berbentuk wang tunai yang ditawarkan menjadi pemangkin kepada finalis untuk bergelar juara ikon siarawan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Amal Filem Olabola Astro Kasih

Segala Tentang SAVE OUR RAINFOREST 2016