in ,

Apa Yang Sengit Sangat di Konsert Separuh Akhir Ceria Popstar 2016

Saingan Ceria Popstar 2016 semakin hangat apabila hanya 6 sahaja lagi peserta tinggal bagi merebut kejuaraan musim kali ini. Persembahan meyakinkan Hazmil dan Rezza di Konsert Peluang kedua minggu lalu membuahkan hasil apabila mereka berdua terpilih untuk kembali bersaing di pusingan separuh akhir. Jumaat ini, kesemua 6 peserta bakal bertarung habis-habisan untuk menempah tempat ke Konsert Akhir minggu hadapan.

6 Peserta Cabar Diri Nyanyi Lagu ‘Berhantu’ Dalam Konsert Separuh Akhir Ceria Popstar 2016

Jun yang tampil cemerlang menerusi lagu, ‘The Power of Love’ nyanyian asal Celine Dion dua minggu lalu bakal menyanyikan lagu Putus Terpaksa. Mampukah kelantangan vokal Jun menguasai aras kesukaran lagu nyanyian asal Ziana Zain ini? Hazmil, antara peserta kegemaran penonton pula diberikan tugasan menyanyikan lagu idolanya Dato’ Siti Nurhaliza, Nirmala Adakah pelantun irama tradisional ini berjaya membawakan lagu ciptaan Pak Ngah ini dengan cemerlang? Eylia, anak kecil dari Sabah pula diuji dengan lagu Hello, yang dipopularkan Adele.

Berjayakah anak didik Jac ini menyahut cabaran lagu bernada tinggi ini? Semuanya akan terjawab dalam Konsert Separuh Akhir Ceria Popstar!




Sama-sama kita saksikan Konsert Separuh Akhir Ceria Popstar yang akan disiarkan Jumaat ini, 20 Mei 2016, bermula jam 9 malam di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105. Konsert kali ini menampilkan Nabil Ahmad selaku pengacara manakala pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak diundang selaku juri jemputan bagi menilai persembahan setiap peserta yang bertanding di samping juri tetap, Awie dan Dato’ Siti Nurhaliza. Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini.

Penonton Berpeluang Tentukan Finalis Akhir Melalui Undian SMS

Istimewanya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat bakal membuat persembahan istimewa di konsert separuh akhir. Format penjurian konsert Separuh Ahir Ceria Popstar ini tampil sedikit berbeza apabila menggunakan format 50 % penilaian daripada juri professional dan 50 % lagi undian SMS penonton di rumah bagi memberi peluang peminat Ceria Popstar di luar sana memilih peserta kegemaran mereka.

Berikut merupakan senarai lagu tugasan yang akan dipersembahkan di Konsert Separuh Akhir Ceria Popstar 2016:

No. Nama Peserta & Cikgu Asal Lagu Tugasan Cara Undian SMS (RM 0.53 setiap undian)
1. Muhammad Shahrezza Bin Abu Samah (Rezza) – Mark Adam Sarawak Berat (Mark Adam) CP<Jarak>REZZA

Hantarkan ke 32777

2. Eylia Eyre Guntabid (Eylia) – Jaclyn Victor Sabah Hello (Adele) CP<Jarak>EYLIA

Hantarkan ke 32777

3. Fatma Naslin Bt Suhailin
Farhana Naslyn Bt Suhailin (SISTAR) – Black
Sabah Flashlight (Jessie J) CP<Jarak>SISTAR

Hantarkan ke 32777

4. Hazmil Bin Hassan (Hazmil) – Mark Adam Sarawak Nirmala (Dato’ Siti Nurhaliza) CP<Jarak>HAZMIL

Hantarkan ke 32777

5. Muhammad Aniq Iffat Bin Ruzaimi (Aniq) – Jaclyn Victor Perak Sudah Ku Tahu (Projector Band) CP<Jarak>ANIQ

Hantarkan ke 32777

6. Siti Junaidah Binti Bekri (Jun) – Black Sabah Putus Terpaksa (Ziana Zain) CP<Jarak>JUN

Hantarkan ke 32777

Juara Ceria Popstar 2016 bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi.

Siapakah yang akan menyerlah dalam konsert kali ini dan siapakah yang akan tersingkir? Saksikan Konsert Separuh Akhir Ceria Popstar Jumaat ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima, disiarkan secara langsung dari Kompleks Studio Merdeka FINAS!

Konsert separuh akhir Ceria Popstar juga boleh disaksikan secara langsung menerusi Astro On The Go (AOTG).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Almy Nadia Teraniaya Dalam Telemovie MAGHFIRAH YANG TERBUKA

Tukar Beli Telefon Lama Untuk Dapat iPhone6s Terbaru