in

Apa Yang Menarik Dalam THE WALKING DEAD Musim Ke-5

Bersempena dengan musim kelima ‘The Walking Dead’, bakal ditayangkan pada 13 Oktober 2014 di FOX (Saluran Astro 710), FOX International Channels (FIC) telah mengadakan acara eksklusif termasuk tayangan perdana khas musim episod ini ‘The Walking Dead’ dan lawatan ke ‘Terminus, A Sanctuary No More’ yang diadakan di Publika.

Acara dimulakan dengan membawa tetamu ke Black Box di Publika, di mana mereka diberikan tempat duduk khas untuk menyaksikan tayangan musim perdana yang mendebarkan.

Zombies On The Loose

Tayangan ini diikuti dengan lawatan ke ‘Terminus, A Sanctuary No More’, simulasi ‘Agumented Reality’ yang diperbuat daripada kontena yang seakan dengan Terminus, jalan cerita yang utama dalam episod pertama Musim Kelima ‘The Walking Dead’. Para tetamu dapat melihat ‘zombi’ merangkak di arah mereka melalui beberapa lubang pada kontena. Selain itu, beberapa ‘mayat-hidup’ juga turut ‘hadir’ dalam mewujudkan suasana yang menggerunkan.

‘The Walking Dead’ adalah salah satu dari 7 (tujuh) siri program FIC dan Astro yang akan ditayangkan pada ‘hari yang sama di Amerika Syarikat’ kepada penonton Malaysia.

Menurut Penny Tan, Pengarah Pemasaran FIC:

“The Walking Dead’ telah lama menjadi kegemaran peminat, bukan hanya untuk rakyat Amerika, tetapi juga bagi rakyat Malaysia dan kami gembira untuk membawakan musim ini kepada peminat di Malaysia, hanya beberapa jam selepas tayangannya di Amerika Syarikat.”

“Untuk acara ini kita mahu membawakan ‘The Walking Dead’ keluar dari skrin televisyen dan untuk itulah sebabnya kami telah membina replica khas Terminus dan menambah ‘mayat hidup’ untuk ‘berinteraksi’ dengan orang ramai di Publika.”

“Seperti di empat musim pertama, ‘The Walking Dead’ menjanjikan yang lebih menarik kali ini dan kami berharap penonton akan berpuas hati,” katanya.

Musim ini, penonton boleh menjangkakan satu lagi musim rivet penuh dengan ranjau dan misteri. Motif sebenar rakyat di Terminus yang akan didedahkan dalam harapan untuk mencari penawar di Washington D.C.

Terkenal dengan ranjau mengejutkan, adakah musim terbaru ini memperlihatkan watak yang diminati menjadi mangsa ‘the walkers’? Adakah kesepakatan yang ada terus kekal atau berpecah? Adakah penawar akan dijumpai? Setelah apa yang telah mereka lihat, semua yang telah mereka lakukan, semua yang mereka telah dikorbankan, hilang, dan pada apa jua kosnya, adakah mereka akan dapat bertahan?
Ketahuilah apa yang akan berlaku dengan menonton FOX (Saluran Astro 710) pada 13 Oktober 2014 jam 9.00 pm, iaitu pada ‘hari yang sama seperti Amerika Syarikat’.

Episod akan datang ‘The Walking Dead’ termasuk:

Musim Keempat ‘The Walking Dead’ berakhir dengan Rick dan kumpulannya mengalami kekurangan senjata, jumlah ahli kumpulan, dan terperangkap di dalam kereta kereta api menunggu nasib yang suram dan tidak menentu.

Musim Kelima bermula selepas itu. Apa yang berlaku berikutnya adalah cerita yang menyusuri motif sebenar rakyat Terminus dengan prospek harapan menjumpai penawar di Washington D.C., nasib rakan-rakan kumpulan yang hilang, dan juga kawasan-kawasan baru, konflik-konflik baru, dan halangan-halangan baru dalam memastikan ahli kumpulan terus bersama dan bertahan untuk terus hidup.

Jalan cerita akan bertambah sulit. Watak-watak dalam cerita ini akan menemui kasih sayang dan kebencian; keamanan dan konflik; ketenangan dan keganasan. Dan, dalam usaha untuk mencari tempat yang kekal selamat yang boleh dipanggil sebagai rumah, adalah merupakan persoalan utama yang terus menghantui mereka…

Setelah apa yang mereka telah lihat, semua yang mereka telah lakukan, semua yang mereka telah dikorbankan, hilang, dan bertahan dengan apa jua harganya…

Apakah yang akan terjadi kepada mereka?

Episod 501: Tiada Tempat Perlindungan
Kita telah ketahui motif sebenar Terminus apabila Rick dan kumpulannya mendapati kesemua mereka dalam keadaan yang bahaya. Adakah mereka mampu untuk bekerja bersama-sama?

Penny Tan, Marketing Director of FIC and San Yen, Executive Creative Director of Isobar

Terminus, A Sanctuary No More

Mengenai FOX
FOX menjanjikan kejutan, drama dan jenaka kepada semua. Terkenal dengan sajian terbaik di dalam hiburan di Amarika Syarikat, FOX menyampaikan siri-siri TV yang terbaru dan paling inovatif di Amerika Syarikat dan juga siri klasik terkemuka dalam pelbagai gaya dan genre – dari komedi, drama dan aksi sains fiksyen, animasi dan realiti. FOX mensasarkan para penonton dari bandar yang mahukan hanya yang terbaik dari dunia hiburan Amerika Syarikat. Ia adalah saluran yang berkembang pesat di Asia dan adalah khusus untuk terus memupuk pasaran melalui promosi tempatan yang sesuai.

Mengenai ‘THE WALKING DEAD’
Berdasarkan siri buku komik yang ditulis oleh Robert Kirkman dan diterbitkan oleh Image Comics, “The Walking Dead” dimahkotakan sebagai drama televisyen yang paling tinggi tontonan bagi orang dewasa yang berumur 18-49 tahun. “The Walking Dead” menceritakan kisah bulan demi bulan dan tahun demi tahun selepas berlakunya kejadian ‘mati hidup semula’, dan kisah sekumpulan mereka yang terselamat yang diketuai oleh seorang pegawai polis yang bernama Rick Grimes, yang mengembara dalam mencari tempat tinggal yang selamat dan terjamin. Siri, yang telah digembar-gemburkan oleh para pengkritik sebagai “an honest-to-God phenomenon” (Variety), “relentless and provocative” (Orlando Sentinel) dan “brilliantly engaging” (TheHollywoodNews.com), dibintangi oleh Andrew Lincoln sebagai Rick Grimes; Steven Yeun sebagai Glenn; Norman Reedus sebagai Daryl Dixon; Chandler Riggs sebagai Carl; Lauren Cohan sebagai Maggie; Danai Gurira sebagai Michonne; Melissa McBride sebagai Carol; Chad L. Coleman sebagai Tyreese; Sonequa-Martin Green sebagai Sasha; Emily Kinney sebagai Beth dan Lawrence Gilliard Jr sebagai Bob Stookie. Produser eksekutif siri ini ialah Scott M. Gimple, Kirkman, Gale Anne Hurd, David Alpert, Greg Nicotero dan Tom Luse.

Mengenai FOX International Channels
FOX International Channels (FIC) adalah perniagaan antarabangsa multi-media FOX di abad ke-21 ini. FIC membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan 300+ milik sepenuhnya dan milik majoriti saluran-saluran hiburan, sukan, berfakta dan filem-filem saluran dalam 45 bahasa di seluruh Amerika Latin, Eropah, Asia dan Afrika. Rangkaian-rangkaian ini semua beserta pembangunan mudah alih, tidak linear dan definisi tingginya telah mencapai lebih daripada 1.725 bilion isi rumah di seluruh dunia. Di samping itu, FIC memperoleh, membangun, menghasilkan dan bersama menghasilkan pengaturcaraan skrip dan bukan skrip untuk platform linear dan digital termasuk siri yang mendapat pencalonan Golden Globes, The Walking Dead, The Bridge and Da Vinci’s Demons.
Di Asia Pasifik dan Timur Tengah, portfolio FIC termasuk 30+ jenama saluran melewati semua genre di kedua-dua platform linear dan bukan linear, termasuk FOX Sports, FOX, National Geographic Channel, dan SCM (dahulunya STAR Chinese Movies). Sebagai penyiar terkemuka di rantau ini, FIC mencapai lebih daripada 580 juta rumah dengan pejabat-pejabat di Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Korea, Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, India, Australia dan UAE.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.foxinternationalchannels.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Search Live In Istana Budaya 2014

Malaysia Brings It to AXN’s Asia’s Got Talent Auditions