in ,

Apa Yang Baru Dalam Trailer Filem STAR TREK BEYOND

Semalam, Budiey dah pun menonton trailer terbaharu yang dihantar oleh pihak pengedar filem Star Trek Beyond di mana bagi pendapat Budiey satu suntingan yang amat bagus walaupun kita akan nampak beberapa spoiler kat situ. Haha, biasalah, trailer zaman sekarang dah takde kejutan lagi. Kekadang kalau boleh segalanya nak diceritakan dalam trailer tu. Mungkin dah sangat excited kot.

Apa-apa pun filem yang akan diluncur di pawagam mulai 22 Julai, 2016 ini menjanjikan banyak sekali adegan-adegan luarbiasa lagi dramatik! Nak tahu dramatik atau tidak, korang kena tonton trailer kat atas ni.

Salah satu adegan yang paling mendebarkan dalam treler terbaru ini adalah apabila pesawat angkasa Enterprise diserang oleh sekumpulan armada makhluk asing yang buas dan ganas. Selain itu, ia juga lebih banyak memaparkan pelbagai aksi yang memukau. Namun, masih belum kelihatan kelibat Joe Taslim yang sahkan akan muncul dalam filem arahan Justin Lin (Space Jam 2, True Detectives) ini.

STAR TREK BEYOND

Joe Taslim yang diiktiraf pakar dalam seni mempertahankan diri seperti Pencak Silat, Wushu, Judo, Taekwondo dan Shotokan serta pernah berlakon dalam filem-filem pecah panggung seperti The Raid: Redemption dan Fast & Furious 6 dilaporkan akan memegang watak penjahat dan orang kanan kepada Krall lakonan Idris Elba (Thor, Pacific Rim).

Selain treler di atas, pihak Paramount Pictures juga mendedahkan dua buah poster rasmi daripada filem ini. Sebuah poster memiliki sentuhan klasik yang mengembalikan nostalgia awal permulaan francais ini. Manakala sebuah poster gaya minimalis moden yang memaparkan pesawat angkasa Enterprise sedang terbang tinggi membelah awan.

Star Trek Beyond akan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 Julai, 2016.

STAR TREK BEYOND

Directed by
Justin Lin

Writing Credits
Simon Pegg … (written by)
Doug Jung … (written by)
Gene Roddenberry … (television series “Star Trek”)
Roberto Orci … (writer) (uncredited)
Patrick McKay … (writer) (uncredited)
John D. Payne … (writer) (uncredited)

Cast
Idris Elba … Krall
Zoe Saldana … Uhura
Chris Pine … Kirk
Simon Pegg … Scotty
Karl Urban … Bones
Sofia Boutella … Jaylah
Anton Yelchin … Chekov
Zachary Quinto … Spock

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dinner In The Sky Malaysia Secara Rasmi Berada di Johor

Amyra Rosli Buka Pintu Hati Untuk Saharul Ridzwan