in ,

Apa Jadi Bila Pelakon Chris Hemsworth dan Tom Holland Jadi Wartawan?

Beberapa hari lalu, Budiey ada melihat satu posting dua pelakon terhebat Avengers, Chris Hemsworth dan Tom Holland berkongsi sebuah video viral melalui akaun Instagram mereka.

Dalam video tersebut, Hemsworth dan Holland berpura-pura menjadi wartawan dan saling melemparkan pertanyaan mengenai filem terbaru masing-masing. 

Hemsworth telah upload video tersebut di akaun Instagram dan Twitter peribadinya. Video berdurasi hampir dua minit itu memperlihatkan keduanya melontarkan gurauan dan jenaka spontan melalui pertanyaan dan jawapan masing-masing.

“Sat down with competition winner @tomholland2013 in Bali. So great to see the look on his face when he got to meet his hero,”

– ulis Hemsworth di satu posting Instagram.

Rakaman video ini dipercayai telah dirakam semasa kedua-dua pelakon ini berada di Bali untuk acara PAN-ASIAN SUMMIT Media 2019 untuk bertemu media dan peminat sempena kedatangan filem lakonan masing-masing.

Chris Hemsworth dan Tom Holland

Hemsworth memulakan wawancara dengan berpura-pura menanyakan tentang identiti Holland seolah- olah mereka tak pernah jumpa face-to-face, baru pertama kali bertemu kononnya. Bukan itu sahaja, Hemsworth juga dengan sengaja menyebut watak Spider-man itu dengan nama aktor lain, Tom Hiddleston. Haha, yang ini lawak! LOL!

Dengan nada bergurau, Holland menjelaskan bahawa filem terbarunya, SPIDER-MAN: FAR FROM HOME ini dilakonkan oleh watak dari Avengers untuk menentukan siapa yang akan menggantikan pelakon Robert Downey Jr yang telah pun dimatikan. Hah?

Mendengar hal itu, Hemsworth sempat berpura-pura menahan tawa. Ia juga bertanya mengapa tidak ada karakter Thor dalam filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME?

Tom Holland

Pelakon Kegemaran Tom Holland

Tak berhenti di situ, Hemsworth juga menanyakan siapakah pelakon kegemaran Holland.

Holland kemudian mengakui bahawa pelakon kegemarannya adalah Liam Hemsworth, iaitu tak lain tak bukan adalah abang kepada Chris Hemsworth.

Holland juga mengatakan bahawa Luke Hemsworth sangat berbakat, dan India Hemsworth, anak Chris, juga boleh membesar menjadi seorang pelakon yang sangat hebat suatu hari nanti. 

“Saya rasa India Hemsworth ada potensi. Dia dapat membesar menjadi seorang pelakon yang hebat,”

Tom Holland

Selain Chris Hemsworth, Tom Holland juga mengupload video yang sama di akaun Instagram peribadinya.

Video tersebut memperlihatkan betapa dekatnya kedua bintang tersebut. Interaksi yang diperlihatkan keduanya dianggap sangatlah menghibur oleh para penggemar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi To’ki Cedera Diserang Tiga Lelaki

Konsert Terakhir Boyzone Di Kuala Lumpur Bakal Dihadiri Lebih 5,000 Peminat