in

Apa Dalam Bag Luxola Girls: The Raya Edition

[dropcap]T[/dropcap]iga hari lagi nak raya mesti ramai yang sangat teruja untuk meraikan musim perayaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Tetapi disebabkan terlalu sibuk mengunjungi rumah terbuka dan ziarah menziarahi rumah sedara, Budiey percaya anda semua tiada masa untuk pulang ke rumah untuk bersalin pakaian. Pastinya anda juga perlu menyediakan keperluan untuk kecantikan dan kenalah jaga diri anda supaya berbau segar dan anda pasti mencari produk yang terbaik!

Okay, jangan risau kerana Luxola Girls di Malaysia telah menyediakan senarai barangan yang disediakan rapi di dalam beg kami untuk Hari Raya ini:

luxola

1. Celak atau Mascara
Selepas sesi ziarah-menziarahi rumah jiran-jiran, bersembang dengan saudara-mara dan melayan kerenah sepupu anda yang comel tu,anda mungkin mula melihat wajah anda bertompok sana sini, jadi korang mestilah nak menambah celak dan maskara dan pastinya alat solek ini perlu ada dalam beg anda, kan? Luxola ada mengesyorkan Maybelline’s Lasting Drama Gel Liner dan The Falsies.

2. Gloss Lip
Luxola juga mengesyorkan anda gloss bibir dengan pelbagai pilihan. Lagipun, ia akan terus melindungi bibir anda daripada matahari dan akan nampak cantik. Jadi, anda memerlukan produk yang hebat? Cubalah produk Sleek Glossed SPF 15 sebagai pilihan utama.

3. Wipes Pembersih
Selepas sibuk membantu nenek atau ibu untuk memasak sepanjang pagi, anda pastinya mahu nampak lebih segar dan fresh sebelum tetamu datang ke rumah. Oleh itu, korang kenalah menyimpan beberapa kain lap basah berguna. Jadi, kami sediakan Korres Milk Protein Cleansing Wipes yang sesuai dengan semua jenis kulit.

4. Perfume
Tiada apa yang boleh menjadi lebih teruk daripada muncul di rumah saudara-mara dengan keadaan badan yang berbau akibat berpeluh. Itulah sebabnya kita tidak akan berfikir dua kali untuk menyimpan botol minyak wangi dalam beg kami. Untuk sesuatu yang kecil tetapi tahan lama, Minyak Perfume Kai. Ia disarankan oleh pelakon Reese Witherspoon dan Jennifer Aniston juga.

Sekarang anda telah mendapat semua produk keperluan untuk Hari Raya anda, anda akan jadi lebih segar dan kelihatan menawan sepanjang hari! Selamat Hari Raya dari Luxola Girls!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Syawal Safi Bersama Budiey.com

Emak Arja Lee Meninggal Dunia