in ,

Apa Ada Pada Papan Iklan Digital pada Merdeka ini?

Jadilah Bintang Papan Iklan Digital pada Merdeka ini Bersama Wall’s Malaysia. Wall’s Asian Delight mengajak rakyat Malaysia untuk “Serlahkan Sisi Asia Anda” dan menjadi wajah bagi kempen Merdeka di papan iklan digital.

Wall’s Malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat untuk menjadi sebahagian daripada kempen Unwrap the Asian in You, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63.

Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil gambar yang berinspirasikan Malaysia bersama dengan varian baharu dalam rangkaian Asian Delight iaitu ais krim Kelapa Laut, Keledek dan Pulut Hitam Santan. Kemudian, muat naik gambar tersebut di laman Facebook atau Instagram mereka beserta kapsyen sebanyak 150 patah perkataan yang menyatakan rasa cinta mereka kepada Malaysia, secara kreatif.

Apa Ada Pada Papan Iklan Digital pada Merdeka ini?

Sempena memperingati 63 tahun kemerdekaan, sebanyak 63 kisah terbaik rakyat Malaysia daripada seluruh negara akan disenarai pendek untuk dipaparkan selama sebulan bermula dari Hari Merdeka, di papan iklan digital dan platform media sosial Wall’s Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen Asian Delight.

Selain itu, Wall’s Malaysia juga memberi ganjaran kepada pelanggan melalui promosi Merdeka e-Dagang yang eksklusif di e-Kedai Lazada dan Shopee. Pelanggan boleh membeli kombo ais krim Asian Delight yang telah dipek khas menerusi Asian Delight Pride Bundle pada harga RM47.40 atau I Love Malaysia Bundle pada harga RM63.30.

Apa Ada Pada Papan Iklan Digital pada Merdeka ini?

Promosi bermula pada 10 Ogos hingga 16 September dan 300 pelanggan pertama akan mendapat hadiah eksklusif dengan setiap pembelian seperti set poskad Wall’s x LokaMade, bekas serta beg penyejuk, sementara stok masih ada.

Layari laman Facebook rasmi Wall’s Malaysia di https://www.facebook.com/wallsmalaysia untuk maklumat lanjut mengenai kempen Unwrap the Asian in You serta rangkaian ais krim Asian Delight yang baharu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Amal BIGO Live & K-Clique Sokong MyKasih Foundation

Noraniza Idris Terhibur Dengan Gelagat Peserta ICSYVMY